Siapa yang tidak tahu dengan kelantangan Janna Nick ketika menyuarakan sesuatu perkara.

Adakalanya memang agak menakutkan bila pelakon berambut pendek ini mula membuka mulut.

Lebih-lebih bila ada yang mengusik hal peribadinya. Namun MH percaya itu tidak bermaksud Janna seorang yang jahat atau biadap.

IKLAN

Sebaliknya itu caranya mempertahankan diri daripada menjadi ‘mangsa’ dalam sesuatu hal.

‘Jika Dulu Saya Lantang, Kini Mahu Jadi Yang Lebih Positif!’ Janna Nick Mahu Perbaiki Diri

IKLAN

Terbaru, melalui Astro Gempak, Janna Nick memberitahu azam 2018nya kali ini adalah untuk menjadi seseorang yang lebih positif dan tidak mahu memanjangkan mana-mana pertelingkahan.

“Jika dulu orang kata saya lantang dan sering membalas jika ada sebarang kontroversi melibatkan diri saya.

 

“Tahun 2018, saya mahu berubah dan kekal positif. Jika ada sebarang isu yang melibatkan diri saya, saya akan meminta maaf dan ‘move on’, bukan berbalas kenyataan seperti dahulu.

 

“Saya tak mahu memanjangkan pertelingkahan, biarlah saya menjadi seorang yang positif,” katanya kepada wartawan Astro Gempak ketika ditemui di sebuah majlis.

Malah, Janna memberitahu ingin menggunakan kesempatan sosial media untuk menyebarkan semangat positif kepada semua orang terutama pengikutnya.

IKLAN

Malah, Jannah akui membuat keputusan untuk menanamkan sifat positif sejak muhasabah diri dan tidak menolak percutiannya ke Korea banyak memberi pengajaran sedikit sebanyak pada dirinya.

Wah, baguslah kalau macam tu! Bagi MH sebagai seorang selebriti memang seseorang itu tidak boleh terlalu cepat melatah dan terlalu lantang kerana setiap gerak geri akan diperhatikan oleh orang sekeliling. Lagi pula bila nama yang besar seakan menjadi role model buat semua orang!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI