Ads

Jihan Muse Selamat Bersalin Baby Boy Malam Tadi!

Wah tahniah MH ucapkan buat pelawak dan pengacara popular, Jihan Muse yang telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki malam tadi.

Jihan telah melahirkan putera sulungnya itu di Hospital DEMC Specialist, Shah Alam malam tadi kira-kira jam 10.15 malam.

Berat bayi yang dilahirkan adalah seberat 3.85 kilogram dan menurut pihak pengurusan Jihan dan suaminya, Engku Hariz iaitu Laugh Out Loud Entertainment, kedua-dua ibu dan anak ini berada di dalam keadaan sihat.

Ads

Jihan juga bakal berehat selama dua bulan daripada kariernya untuk memberi sepenuh perhatian kepada keluarga.

Ads

“Jihan Muse dan bayi kini dalam keadaan bayi dan sedang berehat. Memandangkan ini adalah kelahiran sulung mereka, Jihan bakal berehat dari apa-apa aktiviti hiburan selama dua bulan untuk memberi tumpuan dan meluangkan masa bersama keluarga.

 

“Kami dari pihak pengurusan ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas doa dan sokongan dari ahli keluarga, rakan terdekat, rakan media dan para peminat. Terima kasih,” katanya.

Sekali lagi MH ucapkan tahniah buat Jihan dan Ungku Hariz yang kini sudah bergelar ibu dan bapa.

Ads

Semoga bayi yang selamat dilahirkan ini membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat kedua-dua ibu dan bapanya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Ini Bukan Wayang, Kitalah Last One Standing,” – Video Tular Sam...

Spekulasi mengenai hari bahagia personaliti media sosial, Sam Lim bersama model dan pelakon baharu, Parisa Ardina, semakin hangat diperkatakan.
error: Hello. Cannot.