Kedatangan kumpulan K-pop popular Blackpink sempena konsert jelajah dunia, Bornpink di Kuala Lumpur disambut meriah peminat setia kumpulan yang sudah berkampung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAS), Subang pada kira-kira pukul 10 malam Jumaat.

Rose dan Jisoo mendarat di KLIA manakala dua lagi ahli kumpulan itu, Jennie dan Lisa pula tiba di LTSAS menaiki jet peribadi masing-masing.

Kemunculan Jisoo dan Rose meraih sorakan gemuruh daripada para peminat setia kumpulan idola tersebut yang setia menanti ketibaan mereka sejak petang semalam.

Bahkan, terdapat juga segelintir peminat yang berlari berkejaran sebelum menyerbu kawasan ketibaan penumpang untuk melihat penyanyi idola mereka di depan mata.

IKLAN

Sementara itu, Lisa dilihat tiba dengan memakai baju sejuk berwarna coklat dan lengkap memakai pelitup muka.

Kelibat Jennie bagaimanapun tidak dapat dirakam oleh peminat susulan ketibaannya dikawal ketat dan kenderaan yang membawanya juga turut diiringi oleh kenderaan polis.

IKLAN

Kumpulan yang popular dengan lagu Kill This Love itu bakal menggamatkan Stadium Bukit Jalil pada malam ini bersempena konsert jelajah tersebut.

Sebelum berkunjung ke Malaysia, Blackpink terlebih dahulu turun ke Bangkok, Hong Kong, Riyadh dan Abu Dhabi.

IKLAN

Selepas ini, mereka akan meneruskan persembahan pula di Jakarta, Taiwan, Manila dan Singapura.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI