Selepas sembilan tahun beroperasi, Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) berjaya melakar sukses apabila dinobatkan sebagai The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award kategori Healthcare Integrated Private Clinic.

Kejayaan yang terus menjadi penanda aras baru itu diraih KMZ dalam sebuah acara berlangsung 24 Februari lalu di Hotel Majestic Kuala Lumpur.

Kian mendapat perhatian sepanjang tempoh pandemik COVID-19 melanda di negara ini, Ketua Pegawai Eksekutif KMZ, Datuk Mohd Nafidz Hj Abdul Razak mendedikasikan anugerah berprestij berkenaan kepada seluruh pasukan kerjanya.

“Jenama Bumiputera Terbaik Di Malaysia,” – Selebriti Antara Yang Bantu Promosi, Megaklinik Zahran Sukses Terima Anugerah “Jenama Bumiputera Terbaik Di Malaysia,” – Selebriti Antara Yang Bantu Promosi, Megaklinik Zahran Sukses Terima Anugerah“Jenama Bumiputera Terbaik Di Malaysia,” – Selebriti Antara Yang Bantu Promosi, Megaklinik Zahran Sukses Terima Anugerah

“Kejayaan ini tak bermakna tanpa pekerja kami yang menjadi tulang belakang KMZ. Merekalah yang telah mengembling usaha serta tenaga  dalam memberikan pelbagai perkhidmatan terbaik buat seluruh pelanggan dan pesakit.

“Ia sekali gus berjaya membawa jenama KMZ sebagai satu jenama Bumiputera yang terbaik di Malaysia.

“Semoga kejayaan ini akan menjadi titik tolak dan pembakar semangat untuk kita semua warga kerja KMZ  termasuk membendung wabak jahat di luar sana yang masih menjadi ancaman manusia,” katanya.

IKLAN

KMZ mula bertapak pada tahun 2013, pembabitan golongan terkenal termasuk artis menjadi medium pengaruh serta promosi terbesar selain rezeki yang membuatkan jenama itu pantas dikenali dan menjadi sebutan.

“KMZ kini mempunyai 11 cawangan yang beroperasi di hampir seluruh negeri. Kami mensasarkan pembukaan 12 lagi cawangan pada tahun ini. Jika semua menjadi seperti dirancang, ia akan menjadikan jumlah keseluruhan 23 cawangan.

“Jenama KMZ menempa nama terutama ketika fasa awal pandemik melalui Zahran COVID-19 Centre yang menyediakan perkhidmatan penuh pengurusan wabak itu.

“Ia termasuk daripada saringan COVID-19 secara 24 jam dan menerusi khidmat bergerak ke lokasi. Begitu juga Pusat Penilaian COVID-19 Swasta untuk pesakit positif, pusat  pemberian vaksin (PPV) dan pusat kuarantin  serta rawatan COVID-19 swasta,” katanya lagi.

IKLAN

“Jenama Bumiputera Terbaik Di Malaysia,” – Selebriti Antara Yang Bantu Promosi, Megaklinik Zahran Sukses Terima Anugerah

Perkhidmatan ditawarkan KMZ setakat ini juga telah membantu lebih 2 juta rakyat Malaysia di samping membantu negara dalam misi membebaskan wabak berbahaya itu.

“Kami takkan berhenti meneruskan perjuangan ini. Pelbagai usaha akan terus dilakukan bagi membantu negara keluar daripada pandemik dan seterusnya memangkin ekonomi dalaman negara.

IKLAN

“Kami optimis dengan perancangan tahun ini, yang mana kami cuba meneroka sektor ‘Medical Tourism’ pula sebagai salah satu agenda utama kerana industri ini yang banyak terjejas semasa pandemik berlaku,” katanya.

“Jenama Bumiputera Terbaik Di Malaysia,” – Selebriti Antara Yang Bantu Promosi, Megaklinik Zahran Sukses Terima Anugerah “Jenama Bumiputera Terbaik Di Malaysia,” – Selebriti Antara Yang Bantu Promosi, Megaklinik Zahran Sukses Terima Anugerah“Jenama Bumiputera Terbaik Di Malaysia,” – Selebriti Antara Yang Bantu Promosi, Megaklinik Zahran Sukses Terima Anugerah

Terdahulu, Anugerah Brandlaurete adalah satu pengiktirafan nasional kepada syarikat bumiputera yang telah berjaya menempa jenama di peringkat nasional.

Selain Mohd Nafidz, isterinya, Datin Ummul Khairiyah Abdul Rahman atau mesra dengan nama Kak Long di posisi Ketua Pemasaran & Pengkomersilan jenama itu

juga dilihat antara ‘agen’ KMZ yang kerap berkongsi kesedaran, input dan info terutama mengenai COVID-19.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI