Pelakon, Farah Nadia Zainal Abidin atau Nad Zainal mendedahkan bahawa dia sentiasa mohon restu selain minta pandangan suami, Muhammad Faliq Amiruddin sebelum menerima setiap tawaran lakonan.

Ini kerana, Faliq akan sentiasa memberikan pendapat dan komen untuk setiap tawaran lakonan yang diterimanya sepanjang 6 tahun mereka mendirikan rumah tangga bersama.

6 Tahun Kahwin… Nad Zainal Sentiasa Mohon Restu & Tanya Pandangan Suami Sebelum Terima ‘Job’ Lakonan 6 Tahun Kahwin… Nad Zainal Sentiasa Mohon Restu & Tanya Pandangan Suami Sebelum Terima ‘Job’ Lakonan

Meski tidak terlibat secara menyeluruh dalam dunia lakonan, ibu kepada dua orang cahaya mata ini memberitahu Faliq bijak dalam menyuarakan pendapatnya.

“Jangan sibuk nak balik awal, hujung-hujung tak ada dapat apa. Kata beliau disaat kuajukan cerita mana patutku ambil.

“Kang I balik pukul 11 pm kang, jangan tiap 5 minit mesej bila nak balik eh. Jangan menyesal…buat kerana passion kan? baiklah!

IKLAN

“Apa sahaja offer saya dapat, inilah muka saya minta restu dulu, minta pandangan dia. Katanya line up power tak semestinya meletup kalau cerita so so dan the makingnya cincai.,” jelas Nad.

Dia berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran di akaun Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NANAD (@nad.zainal)

IKLAN

Terdahulu, Nad mendirikan rumah tangga bersama Faliq pada tanggal 18 Disember 2015.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Fahad Ibrahim, 5 tahun dan Budi Kalsom, 10 bulan.

6 Tahun Kahwin… Nad Zainal Sentiasa Mohon Restu & Tanya Pandangan Suami Sebelum Terima ‘Job’ Lakonan

IKLAN

6 Tahun Kahwin… Nad Zainal Sentiasa Mohon Restu & Tanya Pandangan Suami Sebelum Terima ‘Job’ Lakonan

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Nad Zainal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI