Pelakon dan pengacara, Janna Nick tampil mempertahankan dirinya berhubung dakwaan tular yang dicetuskan segelintir netizen susulan sebuah sesi bual bicara, baru-baru ini.
Menurut Janna, perkara ini tidak sepatutnya dijadikan isu kerana soalan yang ditujukan artis jemputan iaitu pelakon Fattah Amin itu tidak merujuk kepada mana-mana pihak.
Sebaliknya ia merupakan persoalan yang bersifat umum dari pandangan sudut orang lelaki.
“Nak serang orang pun, janganlah sampai membabi buta. Sebenarnya saya malas nak menjawab tentang isu ini. Pada saya, ia tak patut dijadikan isu.
“Anda kata saya panggil Fazura ‘perempuan gila’? Yang gila itu saya. Saya bertanya soalan contoh bagi situasi umum seorang lelaki,” katanya.
Perkara itu dikongsikan oleh pelakon drama Marry Me Senorita itu menerusi sebuah hantaran di Tik Tok.
Ads
Tak Hina Sesiapa!
Dalam pada itu, Janna turut menafikan dakwaan dirinya menghina golongan wanita. Malah, dia juga faham perasaan yang dilalui oleh mereka berpisah.
“Untuk yang tidak faham dan kata saya hina perempuan atau orang bercerai, saya ini datang daripada ‘broken family’. Mak saya pun wanita yang diceraikan. Saya sangat faham perasaan wanita yang berpisah.
“Tak mungkin saya nak menghina seorang wanita atau ibu. Soalan itu bukan nak menghina sesiapa. Saya bertanya sebab saya betul-betul nak tahu pandangan daripada seorang lelaki.
Ads
“Sebab ada sesetengah lelaki atau ayah yang lepas tangan selepas berpisah. Saya nak tahu adakah mereka rasa bebas lepas bercerai. Bebas daripada anak bini yang menyerabutkan otak dan membebankan mereka ke?
“Saya nak tahu perspektif lelaki yang rimas dengan bekas isteri. Ada lelaki yang rasa perempuan ini gila selepas mereka berpisah,” ujarnya lagi.
Mohon Maaf
Pada masa sama, Janna turut menjelaskan soalan tersebut sebagai sebahagian daripada perjalanan program temu bual terbaharu itu.
“Saya tahu soalan saya sangat direct, tak sesuai untuk sesetengah pihak dan agak sensitif untuk pihak Fattah, tapi itulah tugasan dan tanggungjawab saya di rancangan tersebut.
Ads
“Ada banyak lagi soalan yang baik-baik saya tanya tapi korang tak mahu highlight. Fahamlah konsep program,” kongsinya lagi.
Lantaran itu, isteri kepada pelakon, Dinie Dini Schatzmann tampil membuat permohonan maaf andai tindakannya itu ada menyakiti hati mana-mana pihak.
“Apapun, saya minta maaf andai cara saya deliver soalan ada buat mana-mana pihak terguris hati. Saya pun maafkan semua orang yang bercakap fasal anak saya,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Tik Tok & Instagram Janna Nick
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam genap empat tahun pelawak Fad Bocey dan Syahirah A.Rahman bergelar suami isteri.
Momen indah itu dikongsikan Fad beserta doa agar mahligai yang dibina kekal hingga akhir hayat.
“Thank you for the dinner .happy anniversary .4 tahun mungkin angka yg kecil tapi dlm 4 tahun mcm2 yg jadi .susah senang nak ada di tahap ni bukan mudah mcm yg org tengok ..
“Kita pernah kat tahap yg susah .anak2 kna stay dlm icu .bergadai jual kereta sbb nak bayar bil anak2 .kta duduk dlm rumah beralaskan sehelai toto dengan sebiji tv ja .hari demi hari ,sebab tu ktorang percaya rezeki anak2,” tulis bapa kepada tiga orang cahaya mata itu.
“Alhamdulillah hayyan zayyan mmg bwk rezeki besar .sama jugak aminah .hadirnya anak2 ni mmg akan bawak satu nikmat yg besar .selagi ada selagi mampu ,kita sama2 jaga keluarga kita .doa mommy moga bahagia milik kita sekeluarga mommy mungkin tk mcm perempuan lain ,mommy selalu marah klu bab kerja ,mommy selalu bising apa yg berkaitan dgn tugas awak ,tpi tkda benda lain selain nk tgok semuanya sempurna..
“Terima kasih daddy korbankan banyak benda utk ktorang .terima kasih jugak atas hadiah yg paling besar yg tk mungkin mommy lupa sampai bila2 .you work hard for that !HAPPY ANNIVERSARY,”tulis Fad.
Lalu, netizen turut mendoakan agar hubungan mereka bahagia selamanya.
Dalam perkembangan lain,Fad dan Syahirah kini merupakan hos baru bagi program famili, Pa& Ma Musim Ke-4 yang bersiaran di Astro Prima dan Astro Prima HD.
Foto : IG Fad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Sharifah Sofea menyifatkan saluran NTV7 banyak berjasa buat dirinya kerana di situlah perjalanan kariernya sebagai seorang anak seni bermula menerusi sitkom popular, Spana Jaya.
Menerusi perkongsian di laman Twitter, Sofia memaklumkan sewaktu dia melakonkan sitkom tersebut, umurnya baru sahaja berusia 15 tahun dan pada ketika itu dia terpaksa tidak hadir ke sekolah selama tiga bulan bagi menjalani sesi pengambaran.
“NTV7 is where it all started for me. Just after my PMR, falling into the entertainment world. Skipped 3 months of school to shoot 52 episodes of Spanar Jaya. Biggest pay cheque EVER at 15!! Hahaha! Life changing experience,” tulisnya.
Katanya lagi, pada ketika itu dia telah menerima gaji yang agak lumayan bagi seorang gadis yang berusia 15 tahun dan semenjak itu juga hidupnya telah berubah.
Dalam pada itu, Sofia turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyokong perjalanan kariernya selama ini.
“Hey! I wanna seriously thank everyone for all the love. Spanar Jaya was definitely my breakthrough into the industry and I loved every bitter sweet experience.
“I definitely miss being on set and giving characters life. I’m honoured to have been able to do that all these years, tulisnya.
Selain Sofia, sitkom Spana Jaya turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya Ahma Idham, Opie Zami, Wardina Safiyyah dan ramai lagi.
Terdahulu, saluran NTV7 telah pun ditamatkan bagi memberi laluan kepada rangkaian tv pendidikan yang dikenali sebagai Didik TV di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula hari ini.
Sumber: Twitter Sharifah Sofia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Santesh berjaya menggamatkan suasana di Auditorium MBSA pada Ahad di saingan Big Stage 2019 minggu kedua apabila membuat persembahan lagu Balqis, nyanyian asal Datuk Seri Nurhaliza yang juga merupakan juri tetap kepada program realiti berkenaan.
Membuat persembahan dengan penuh tenaga, Santesh mendapat kedudukan antara lima tertinggi pada akhir saingan.
“Kalau bagus saya cakap bagus, kalau tak bagus saya akan bagitahu apa sebabnya. Akan tetapi persembahan Santesh ni bukan saya nak bias, memang terbukti bagus!
“Untuk pengetahuan peserta yang lain, kalau ikutkan penjurian vokal mempunyai 70 peratus dan kreativiti 30 peratus. Sebab itulah kita jangan hanya bergantung pada vokal sahaja. Kreativiti juga diambil kira dan saya ingin puji dengan apa usaha yang Santesh sudah lakukan pada malam ini, inilah tahap persembahan yang kami mahukan,” puji Siti sejurus Santesh selepas membuat persembahan.
Pada masa sama, penyanyi lagu Anta Permana ini juga tidak menafikan penyanyi berketurunan India itu mempunyai kelebihan dari segi lenggok nyanyuan.
“Satu persembahan yang menghiburkan. Nyanyiannya juga kelebihan di situ dan Santesh ada kelebihan dari segi lenggok dan bagi saya Santesh bawakan lagi ini dengan cara tersendiri.
“Jadi saya puji, suka dengan persembahan ini. Saya nak Santesh terus konsisten, berikan yang lebih baik minggu depan,” komen Siti sekali gus mendapat reaksi dari juri jemputan yang juga penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat.
“Pada saya Santesh punya persembahan yang sangat matang, selesa di atas pentas dan tak takut untuk berkomunikasi dengan audiens. Keep it up, nampaknya markah awak agak tinggi dari saya,” kata Syafinaz.
Menerusi ruangan komen di Instagram Astro Gempak, rata-rata penonton terhibur dan memberikan komen positif terhadap persembahannya.
Sementara itu, tiga perserta lainnya iaitu Sheryl, Aziz dan Chaleeda berada di kedudukan tiga terbawah dan nyata markah undian tidak menyebelahi Sheryl sekali gus menyebabkan dirinya tersingkir.
Big Stage 2019 bersiaran secara langsung setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Pelakon filem adaptasi aksi nyata Lilo & Stitch terbitan Disney, David Hekili Kenui Bell, dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 46 tahun, menurut kenyataan...