Pelakon, Abby Abadi mengingatkan diri sendiri akan tanggungjawab yang diamanahkan buat dirinya serta bekas suami, aktor Norman Hakim.

Kongsinya menerusi Instagram, dia dan Norman sedang berusaha untuk menjaga anak-anak hasil perkongsian hidup mereka berdua dengan sebaiknya dan usah memisahkan anak dengan si ibu atau bapa bagi yang sudah berpisah.

“Hidup penuh TANGGUNGJAWAB. Walaupun Mama/ Papa dah berpisah, kena ‘tanggung’ sama2 “AMANAH” yg diberi ini di dunia & ‘jawab’ semua depan ALLAH nanti mana2 yg tak dapat dilaksana.

“Sebab itu kami usahakan yg terbaik hari ini, agar mampu menjawab bila dgn ALLAH SWT nanti, inshaALLAH.

“Apa yg Sy cuba nak sampaikan: Janganlah pisahkan anak dgn bapanya, atau anak dgn ibunya. Jagalah sama2, tak rugi apapun. Buang segala ego yg bersarang di jiwa. Anak itu milik ALLAH. DIA bagi pinjam je.. kenapa kita nk buat mcm hak kita?

“Baik buruk bekas pasangan kita, dia tetap ibu/bapa pada anak2 yg telah dilahirkan. Tiada salah seorang, tak lahir anak tu,” maklum Abby.

IKLAN

Pada masa sama, bintang Gerak Khas ini turut berkongsi akan hak seorang anak terhadap ibu bapanya.

“Tak banyak kes yg dalam pengetahuan Sy, ibu dipisahkan dari anak. Tapi anak di pisahkan dari bapa ramai sangat… Sampai besar tak kasi jumpa.. sampai anak tu takde hati langsung la nk dgn Ayah dia.. sedih melihatnya.

“Ada juga yg dah kasi jumpa, tapi mcm saja pulak lari dari tanggungjawab.. mmm ntahlah.

IKLAN

“Anak2 juga ada hak ye ibu ayah. Hak utk dijaga & dibelai sebaiknya. Hak utk makan pakai, pendidikan dan sebagainya. Hak utk mendapat kasih sayang dari kedua2nya. Semua tu ALLAH akan tanya. Bersediakah kita utk menjawabnya nanti?

“Maaf ye kalau terkait dgn sesiapa. Tapi Sy mohon…. Kalau tak dapat kekalkan hubungan dgn pasangan, anak2 jangan lah dipisahkan,” tulisnya panjang lebar.

Abby yang kini hidup bahagia bersama suami, Faizal Zakaria mendirikan rumah tangga bersama hos Mingguan Wanita itu pada 8 Januari 2002 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada 18 Disember 2008.

IKLAN

Hasil perkongsian hidup, keduanya dikurniakan cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim, 11.

View this post on Instagram

Hidup penuh TANGGUNGJAWAB 🥰 . Walaupun Mama/ Papa dah berpisah, kena ‘tanggung’ sama2 “AMANAH” yg diberi ini di dunia & ‘jawab’ semua depan ALLAH nanti mana2 yg tak dapat dilaksana. Sebab itu kami usahakan yg terbaik hari ini, agar mampu menjawab bila berdepan dgn ALLAH SWT nanti, inshaALLAH 🥰 . Apa yg Sy cuba nak sampaikan: Janganlah pisahkan anak dgn bapanya, atau anak dgn ibunya. Jagalah sama2, tak rugi apapun. Buang segala ego yg bersarang di jiwa. Anak itu milik ALLAH. DIA bagi pinjam je.. kenapa kita nk buat mcm hak kita???? . Baik buruk bekas pasangan kita, dia tetap ibu/bapa pada anak2 yg telah dilahirkan. Tiada salah seorang, tak lahir anak tu 🙊 . Tak banyak kes yg dalam pengetahuan Sy, ibu dipisahkan dari anak. Tapi anak di pisahkan dari bapa ramai sangat… Sampai besar tak kasi jumpa.. sampai anak tu takde hati langsung la nk dgn Ayah dia.. sedih melihatnya . Ada juga yg dah kasi jumpa, tapi mcm saja pulak lari dari tanggungjawab.. mmm ntahlah . Anak2 juga ada hak ye ibu ayah. Hak utk dijaga & dibelai sebaiknya. Hak utk makan pakai, pendidikan dan sebagainya. Hak utk mendapat kasih sayang dari kedua2nya. Semua tu ALLAH akan tanya. Bersediakah kita utk menjawabnya nanti? . Maaf ye kalau terkait dgn sesiapa. Tapi Sy mohon…. Kalau tak dapat kekalkan hubungan dgn pasangan, anak2 jangan lah dipisahkan….. 😷

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Foto: Instagram Abby Abadi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI