Baru-baru ini, pelakon Risteena ada memuat naik beberapa keping foto majlis perkahwinan di laman akaun Instagram miliknya.
Bagaimanapun, adik kepada Risteena atau nama lengkapnya Nur Risteena Munim, Ruhainies mendapat perhatian netizen gara-gara bahagian perut yang dilihat buncit.
Serentak dengan statusnya yang baru saja bergelar suami orang, pelakon Isa Khan melancarkan lagu ciptaannya berjudul Karunia Terhebat khas buat isteri tercinta yang juga pelakon, Nur Risteena Munim pada Jumaat.
Single istimewa tersebut disifatkan sebagai hadiah sempena hari bahagia mereka selepas sah diijab kabulkan.
Secara simboliknya juga, lagu tersebut bercerita tentang wanita yang bertakhta di hati beserta perjalanan kisah cinta mereka berdua.
“Sepenuhnya saya buat untuk Risteena. Its a wedding song sebenarnya,” kata Isa.
Sementara itu, Risteena mengakui dia tahu Isa sedang mencipta sebuah lagu buatnya, namun perkara itu tidak dikongsikan secara terperinci.
“Tahun lalu dia ada cakap tengah tulis lagu untuk saya, ketika itu saya di set penggambaran. Saya tidak tahu bagaimana liriknya, hanya sikit sahaja. Kalau tak silap, Isa mula tulis lagu tersebut sekitar Julai tahun lalu.
“Katanya lagu itu tentang saya dan dia mencari tajuk ketika itu. Lalu saya dapat tahu ia berjudul Karunia Terhebat. Wah, sayalah Karunia Terhebat tu,” seloroh Risteena di samping Isa.
Berkongsi apa perasaan sejurus mendengar lagu tersebut, kakak kepada Ruhainies ini akui menitiskan air mata terharu.
“Kali pertama saya dengar dan hayati lirik lagu ini, saya menangis. Saya berasa tak ada lelaki yang mampu melakukan sesuatu yang istimewa begitu untuk saya. Jadi saya terharu dan hargai,” katanya.
Imbas kembali, pasangan selebriti itu sah suami isteri dengan sekali lafaz kira-kira 10.40 pagi semalam dan dinikahkan oleh bapa Risteena, Zainul Ilyas Zainul Abidin di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dengan mas kahwin RM1,000.
Pada majlis itu, Isa turut menyerahkan wang hantaran RM32,000 sebagai simbolik usia Risteena iaitu 32 tahun.
Sebelum ini, Risteena dan Isa merancang untuk bernikah pada 20 November lalu, namun terpaksa menangguhkan hasrat itu berikutan penularan pandemik Covid-19.
Pasangan itu juga terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 di Bali, Indonesia setelah lima bulan berkenalan.
Muzik video Karunia Terhebat sudah pun boleh ditonton disaluran YouTube mereka.
Foto: Instagram Risteena, Isa Khan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan buat pasangan penyanyi, Ashira yang bakal bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, penyanyi Bad daripada kumpulan Indigo, hari ini.
Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abd Aziz ada berkongsi beberapa keping foto ketika membuat persiapan sebelum majlis pernikahan itu berlangsung di laman akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Di Ombak Resah ini turut mendoakan agar semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
“Assalammualaikum.. Today is the day.. sementara tunggu MUA sampai,so i selfie lahhh last selfie sebelum bergelar isteri orang.
“Semoga semuanya berjalan dgn lancar hari ini Insyaallah Aamiin.
“Ashira X Bad, 11Th March 2021, Israk Mikraj,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar mahligai yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.
Imbas kembali, Ashira mula menjalinkan hubungan percintaan dengan Bad atau nama lengkapnya Badrul Izhan Yeop Abdullah sekitar Oktober tahun lalu selepas kedua-dua bintang ini terlibat dengan program realiti nyanyian Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).
Sekadar informasi, Ashira merupakan seorang ibu tunggal dan memiliki seorang anak lelaki bernama Megat Shazril Haziq Hadi yang kini berusia 15 tahun.
Manakala Bad sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2007 namun telah bercerai pada tahun 2010. Hasil perkahwinannya Bad dikurniakan sepasang cahaya mata, Rayyan, 12 dan Rania, 11.
Foto: Instagram Ashira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, pelakon Nad Zainal meluahkan rasa kesal dan kurang senang terhadap sikap segelintir pemandu lori di kawasan perumahannya yang didakwa melakukan provokasi.
Menurut pelakon berusia 30 tahun ini menambah, ada ketikanya kenderaan berat itu parkir sesuka hati selain memandu secara melulu.
“Pada jam tepat 9am, saya dan suami ingin pulang ke rumah, di depan perumahan kami ada satu kerja pembinaan sedang berlangsung.
“Ini bukan kali pertama mereka ini membawa lori secara berbahaya dan selalu provoke penduduk di sini, seperti parking sesuka hati, bawa lori secara melulu, dan DEGIL!
“Sebentar tadi, lori ini keluar dari tapak pembinaan dengan laju, dan menggesa kenderaan kami untuk undur.. dan mengancam untuk melanggar..mata pemandu merah, ini bukan kali pertama terjadi, dan bukan sahaja pada kami.. (untuk kami dah kali ketiga),” tulisnya.
Nad atau nama lengkapnya Farah Nadia Zainal Abidin menjelaskan situasi yang berlaku juga disifatkan keterlaluan.
“Pernah juga mereka seperti melambat-lambatkan proses parking lori, dan menyebabkan kesesakan di satu satunya jalan untuk penghuni kediaman di sini pulan ke rumah.
“Bila ada yang kata mahu adukan pada polis mereka tidak takut, malahan terus mencabar ” Reportlah.. aku tak kisahterasa dibuli di tempat sendiri kepada tuan tapak projek sila pantau pekerja ini
“Kami sudah bertoleransi dengan pencemaran bunyi yang kalian buat, yelah, bertukang.. takkan nak senyap macam orang menjahit pula kan..tapi kalau sampai buli atas jalan raya.. yg juga satu satunya jalan nak balik rumah.
“Rasanya macam too much.. @pdrmsia_official
@mp_ampangjaya#tamanmelawati,” tulisnya lagi.
Penyanyi legenda, Rahmat Ekamatra menyifatkan penglibatannya dalam program Gegar Vaganza 12 (GV12) sebagai satu pengalaman bermakna yang membuka lembaran baharu dalam perjalanan kerjayanya sebagai anak seni.