Tahniah diucapkan buat pasangan penyanyi, Ashira yang bakal bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, penyanyi Bad daripada kumpulan Indigo, hari ini.
Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abd Aziz ada berkongsi beberapa keping foto ketika membuat persiapan sebelum majlis pernikahan itu berlangsung di laman akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Di Ombak Resah ini turut mendoakan agar semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
“Assalammualaikum.. Today is the day.. sementara tunggu MUA sampai,so i selfie lahhh last selfie sebelum bergelar isteri orang.
“Semoga semuanya berjalan dgn lancar hari ini Insyaallah Aamiin.
Ads
“Ashira X Bad, 11Th March 2021, Israk Mikraj,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar mahligai yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.
Ads
Imbas kembali, Ashira mula menjalinkan hubungan percintaan dengan Bad atau nama lengkapnya Badrul Izhan Yeop Abdullah sekitar Oktober tahun lalu selepas kedua-dua bintang ini terlibat dengan program realiti nyanyian Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).
Sekadar informasi, Ashira merupakan seorang ibu tunggal dan memiliki seorang anak lelaki bernama Megat Shazril Haziq Hadi yang kini berusia 15 tahun.
Manakala Bad sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2007 namun telah bercerai pada tahun 2010. Hasil perkahwinannya Bad dikurniakan sepasang cahaya mata, Rayyan, 12 dan Rania, 11.
Foto: Instagram Ashira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Lana Nodin ada memuat naik rakaman kandid yang merakamkan suaminya, David McKienzie yang sedang mendirikan solat.
Menerusi ruangan kapsyen video yang dimuat naik menerusi Instagram itu, bintang Aku Yang Kau Gelar Isteri ini bersyukur kerana suaminya turut tidak melakukan amal dan memohon doa bersempena dengan malam Nifsu Syaaban.
“Malam nifsu syaaban, walaupun tidak sempurna tapi alhamdullilah aku bersyukur suamiku tak ketinggalan mengambil kesempatan utk beribadah dan berdoa.
“Semoga Allah memakbulkan doa kita agar wabak pandemik ini berakhir sebelum menjelangnya ramadhan dan syawal, amin.
“P/S: ramai tegur position dia solat, tak pe sy bagi dia pelan2 belajar supaya dia selesa dan tak rasa sy tekan dia untuk solat.
“Anyway yg penting di dlm hati dia niat utk solat, adakah anda semua cukup jaga 5 waktu solat?? Tepuk dada sendiri,” tulisnya bersama hashtag #proudwife #suamikusyurgaku #suamimithali #alhamdulillah dan #nifsusyaaban.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian warganet dan rata-ratanya memberikan reaksi yang baik. Malah, tak kurang yang turut memuji usaha suaminya itu dalam menjadi saudara baru yang baik.
“Terbaik babe! Aku doa kalian berbahagia hingga syurga. Im so proud of u babe. Alhamdulillah,” reaksi rakan artis, Azza Elite.
“Alhamdulillah…Bertuahnya Lana, bimbinglah dia. Semoga Allah permudahkan segala usaha Lana. Aamiin,” puji warnaget.
“Alhamdulillah. Besar pahala Lana membimbing suami. Belajar dan terus belajar hingga mampu jdi imam dan khalifah utk fmily sndiri. Aamiin,’ tulis seorang pengguna Instagram lainnya.
Sekadar mengimbas, Lana dan David McKienzie atau nama Islamnya, Mohd Daud Mckienzie mendirikan rumah tangga pada 15 Mei 2015.
Pasangan ini kini hidup bahagia harmoni bersama dua cahaya mata, Gia Quinn McKienzie, 5, dan William Daud Mckienzie, 2.
Sehingga kini, hantaran tersebut sudah pun menerima lebih 160,000 tontonan daripada pengguna Instagram.
Foto: Instagram Lana Nodin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anggota kumpulan Forteen, Ameerais Azhar telah berkongsi berita gembira apabila isteri tercinta telah selamat melahirkan anak keduanya, pada jam 7.52 pagi tadi secara normal.
Ameerais atau lebih mesra dengan panggilan Ameer berkongsi khabar gembira itu menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
“Bissmilahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Alhamdulillah… Kami ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.
“Putera kedua kami telah selamat dilahirkan pada hari selasa, 2 March 2021 bersamaan dengan 18 Rejab 1442 Hijrah pada jam 7.52 pagi tadi secara normal. Seberat 3.77kg,” tulisnya.
Di samping itu, Ameer menitipkan ucapan terima kasih kepada peminat yang telah mendoakan kesejahteraan isteri serta bayi lelaki yang baru dilahirkan.
“Doakan semoga ibu & baby sihat sentiasa dan dipermudahkan urusan.Terima kasih atas titipan doa dari kalian. Semoga doa yang baik2 berbalik pada kalian juga.
“Insya Allah… Aamiin Yrb Welcome to the world #BabyN #FatherOfTwoBoys #NoahDahBigBro,” tulisnya lagi.
Penyanyi Ernie Zakri menyifatkan suaminya yang juga penyanyi, Syamel sebagai lelaki yang penyabar dan sangat memahami.
Malah, penyanyi Tak Kan Terlerai itu juga banyak membantu di dalam hal berkaitan persiapan perkahwinan mereka.
Atas hal tersebut, Ernie, 29, atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri berterima kasih kepada suami tersayang, selain mendedahkan Syamel juga seorang yang relak.
“Saya sebenarnya nak ucapkan terima kasih banyak kepada Syamel kerana dia seorang yang sangat memahami. Dia juga sabar walau apa pun cabaran ditempuh, terutama hal nak kahwin ini.
“Dia orang yang paling relak, tenang dan banyak menenangkan saya. Dia selalu cakap tak apa benda boleh selesai. Banyak perkara nak cakap pada dia, tapi buat masa sekarang nak ucapkan terima kasih pada dia,” katanya.
Meski baru sahaja bergelar pengantin baru, Ernie yang juga pemenang Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) lalu memaklumkan, dia sudah pun ada komitmen dalam kerja esok.
Dia pada masa sama bersyukur apa yang dilakukan selepas ini menjadi lebih mudah memandangkan suami turut terlibat dalam industri sama.
“Perancangan, kami tetap akan terus bekerja. Esok saya sudah bekerja dan lusa pun kami sudah mula bekerja. Jadi, saya berasa macam perancangan dari sudut kerjaya tentu saja akan terus aktif dan lebih aktif sebab senang sudah boleh bergerak bersama.
“Saya berasakan kami akan lebih aktif sebab dapat keizinan suami. Alhamdulillah. Kehidupan selepas kahwin pula, sama saja macam orang lain. Masing-masing akan cuba sesuaikan diri,” katanya.
Sementara itu ketika berkongsi mengenai saat diijab kabul, Ernie mengakui gementar selain sedih apabila tidak dapat meraikan momen indah bersama keluarga lain disebabkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
“Perasaan masa nak nikah, sangat gementar. Dalam masa sama, saya dan Syamel berasa sedih sebab kalau boleh nak semua keluarga berada bersama kami. Tapi masa nikah hanya 20 orang saja dibenarkan berada di masjid.
“Tapi, apa-apa pun saya berasa lebih kepada terkenang kalaulah ada arwah nenek datuk saya dan Syamel ada bersama mugkin lebih bermakna.
“Sejuruh selepas sah nikah, alhamdulillah sangat lega. Selepas beberapa cabaran kami tempuhi, sebab banyak pasangan juga tempuh cabaran sama terutama cabaran masa Perihkah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), agak sukar daripada ketika normal dengan SOP dan dokumentasi semua.
“Tetapi saya gembira dan lega sangat apabila semuanya selesai.
“Perasaan nak pikul tanggungjabwa baharu, sejujurnya masih belum ada rasa apa-apa. Mungkin sebab belum lalui lagi. Tapi, insya-Allah doakan semoga segala urusan saya dan Syamel dipermudahkan.
“Terutama selepas berkahwin kerana kami berdua ada kerjaya sama. Jadi, persefahaman itu lebih sedikit untuk kami berdua,” katanya lagi.
Terdahulu, pasangan selebriti itu sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang dilangsungkan di Masjid Puncak Alam, Puncak Alam, Selangor, kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat.
Pasangan itu dinikahkan juru nikah, Ustaz Zainal dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Zakri Ahmad.
Pada majlis itu, Syamel menyerahkan mas kahwin RM300 dan seutas gelang tangan berlian beserta lima dulang hantaran. Manakala pihak Ernie membalas dengan tujuh dulang.
Menzahirkan rasa teruja dan gembira, pasangan raja sehari itu turut bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Syamel dan Ernie sebelum ini mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu.
Foto: Instagram Ernie Zakri, Syamel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa syukur selepas tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dibebaskan sepenuhnya oleh Mahkamah Persekutuan daripada sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.