Serentak dengan statusnya yang baru saja bergelar suami orang, pelakon Isa Khan melancarkan lagu ciptaannya berjudul Karunia Terhebat khas buat isteri tercinta yang juga pelakon, Nur Risteena Munim pada Jumaat.
Single istimewa tersebut disifatkan sebagai hadiah sempena hari bahagia mereka selepas sah diijab kabulkan.
Secara simboliknya juga, lagu tersebut bercerita tentang wanita yang bertakhta di hati beserta perjalanan kisah cinta mereka berdua.
“Sepenuhnya saya buat untuk Risteena. Its a wedding song sebenarnya,” kata Isa.
Sementara itu, Risteena mengakui dia tahu Isa sedang mencipta sebuah lagu buatnya, namun perkara itu tidak dikongsikan secara terperinci.
Ads
“Tahun lalu dia ada cakap tengah tulis lagu untuk saya, ketika itu saya di set penggambaran. Saya tidak tahu bagaimana liriknya, hanya sikit sahaja. Kalau tak silap, Isa mula tulis lagu tersebut sekitar Julai tahun lalu.
“Katanya lagu itu tentang saya dan dia mencari tajuk ketika itu. Lalu saya dapat tahu ia berjudul Karunia Terhebat. Wah, sayalah Karunia Terhebat tu,” seloroh Risteena di samping Isa.
Berkongsi apa perasaan sejurus mendengar lagu tersebut, kakak kepada Ruhainies ini akui menitiskan air mata terharu.
Ads
“Kali pertama saya dengar dan hayati lirik lagu ini, saya menangis. Saya berasa tak ada lelaki yang mampu melakukan sesuatu yang istimewa begitu untuk saya. Jadi saya terharu dan hargai,” katanya.
Imbas kembali, pasangan selebriti itu sah suami isteri dengan sekali lafaz kira-kira 10.40 pagi semalam dan dinikahkan oleh bapa Risteena, Zainul Ilyas Zainul Abidin di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dengan mas kahwin RM1,000.
Pada majlis itu, Isa turut menyerahkan wang hantaran RM32,000 sebagai simbolik usia Risteena iaitu 32 tahun.
Ads
Sebelum ini, Risteena dan Isa merancang untuk bernikah pada 20 November lalu, namun terpaksa menangguhkan hasrat itu berikutan penularan pandemik Covid-19.
Pasangan itu juga terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 di Bali, Indonesia setelah lima bulan berkenalan.
Muzik video Karunia Terhebat sudah pun boleh ditonton disaluran YouTube mereka.
Foto: Instagram Risteena, Isa Khan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon filem Mukhsin, Sharifah Aryana yang selamat bersalin cahaya mata sulung pada 7 April lalu.
Menerusi Instagram, adik kepada aktres Sharifah Amani ini memaklum dia terpaksa melalui proses pembedahan secara kecemasan untuk melahirkan bayi lelaki seberat 3.2 kilogram itu
Usahawan dan penyanyiDatuk Seri Aliff Syukri dengan rasa rendah dirinya mahu membantu golongan yang susah.
Perkara itu dikongsikan Aliff di Instagrammya.
“Saya tak pandai sekolah tapi sy nak berjaya dunia akhirat… syukur sy dah cukup apa yg sy dah ada…
“Terima kasih allah
”Skrg ni sy rasa puas kalau dpt bantu org… saya nak bantu seramai yg mungkin.. org dlm kesusahan seperti yg saya laukukan skrg ini utk Yayasan Kebajikan Negara Malaysia walapun x dpt apa2 tapi ini saham akhirat saya.
Jelas Aliff, dia mahu membantu mereka yang berada dalam kesusahan.
“Ini impian saya utk bantu org jika anda dlm kesusahan…
“Sila tag saya dan dm Insyallah saya akan cuba bantu dr rezki dr pernigaan saya.. semoga kalau sy mati mereka itu blh doakan sy masuk syurgA dan memajukan bisnes org melayu islam mcm saya
“Saya ni kalau org tanya apa impian sy, sy mmg nk mcm2 tapi sy skang focus berniaga, sy nk sgt company yg sy bina ni jd hebat mcm company obersea nestle, unilever dan sy nak bersaing dgn mereka yg ada sale bilion dan boleh bantu org susah. khusunya org Islam..
“Bagi sy rezki sy skrg ada hak org susah… dalam duit kita terselit juga bahagian orang lain,banyakkan memberi,,insyallah pintu rezeki akan terbuka luas,,,, inyallah ini impian dan misi hidup saya,” tulisnya.
Menerusi video tersebut, Aliff telah menghadiri sebuah majlis bersempena denganYayasan Kebajikan Negara Malaysia di Putrajaya.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 200,000 tontonan setelah dimuat naik Aliff malam tadi.
Video : IG Aliff
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Korea Selatan digemparkan dengan penahanan pelakon terkenal, Choi Jung-won selepas beliu didakwa mengintai dan mengganggu seorang wanita di kediamannya baru-baru ini.
Menurut laporan...