Terdahulu, kecoh apabila penyanyi, Elyana telah membuat pengakuan secara langsung di Instagram miliknya yang mengatakan dirinya tidak menggunakan produk kesihatan keluaran Datuk Seri Vida atau lebih dikenali DSV.
Tetapi jika korang masih ingat, semasa di Gegar Vaganzar 4, Elyana ada berkata dia ada menggunakan produk tersebut. Yang mana satu betul ni?
Tidak dinafikan perkara ini telah menimbulkan kekeliruan di pihak pengikut Elyana dan pengasas produk itu sendiri. Kemungkinan juga kenyataan yang dikeluarkan Elyana boleh menimbulkan rasa was-was pengguna atau bakal pengguna terhadap produk tersebut.
MH cuba mendapatkan DSV sendiri untuk bertanyakan mengenai isu yang hangat diperkatakan orang ramai ini.
“Jangan mudah menilai sesuatu benda. Kalau tak elok, takkan produk tu dah 10 tahun saya berniaga. Jangan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.”
“Tapi ramai yang memahami dan memberi kata-kata semangat buat saya terutamanya artis. Program tu kan saya sponsor, bukan saya buyers kepada sesiapa. Saya tanya kat Elyana yang sakit kanser minum ke tak minum. Semua orang saya tanya, Tok Ram pun saya tanya.” kata DSV
Bagaimanapun, DSV tidak terasa hati dengan kenyataan Elyana malah turut memohon maaf sekiranya ada kata-kata yang terbit dari mulutnya membuatkan Elyana terasa hati dengannya.
Kita sedia maklum, DSV seorang yang lantang berkata-kata, namun dia tidak bermaksud untuk menguris perasaan orang lain.
“Jika dia tak minum produk saya pun tak mengapa. Saya faham keadaan Elyana dan mendoakan agar dia segera sembuh.”
“Mungkin emosi Elyana tidak stabil. Saya tak pergunakan Elyana sebagai pengguna pamoga. Saya akan tanya semua peserta, tak kira siapa.
Tambah DSV, dia juga tiada niat untuk menyindir Elyana ketika mengajukan soalan kepada Lan ketika di pentas separuh akhir GV4.
“Saya hanya bertanya kepada Lan dan mahu maklum balas pengguna yang jujur mengenai produk saya. Itu sahaja.” katanya lagi.
Apapun, korang jangan lupa saksikan konsert akhir GV4 bakal bersiaran secara langsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru, Johor pada Ahad depan (17 Disember 2017), jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI