Tidak dinafikan, industri hiburan turut menjadi antara sektor terjejas apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan akibat pandemik Covid-19.

Malah, terdapat beberapa industri lain juga turut berdepan situasi sama bagi memutuskan rantaian pandemik ini.

Lalu, Pelakon Amyza Aznan meluahkan rasa terharu dan syukur kerana masih diberikan tawaran lakonan sehingga ke hari ini.

Dalam pada itu, pelakon berusia 44 tahun ini berkongsi amalan sering yang dilakukannya iaitu dengan berkongsi rezeki serta bersedekah.

IKLAN

“Ya rahman ya rahim ya rozzaq… alhamdulillah. Tidak putus! Magisnya dtg tidak putus2 bila rezeki kita kongsi bersama wali keramat, anak anak dan suami.

“Sayang2 ku semua, kak kaaia hnya ingin berkongsi apa yg kak kaaia buat untuk rezeki yg tidak putus2 dan sangat lebih dari apa yg kita minta. subhanallah.

“Setiap hari amalkan ya bariq, kongsi rezeki tak bnyk sikit kalau seringgit pon seringgit la, jangan diungkit bila kita dh bg, jgn berburuk sangka bila kita sudah memberi pd org yg kita tak kenal, DAN PALING UTAMA.

IKLAN

“WALI KERAMAT DAN ANAK2, tak kira anak angkat atau anak dr perkahwinan terdahulu pasangan kita.

“AMALKAN DGN IKHLAS… BERKONGSI DAN SEDEKAH. mashallah rezeki drg dari arah yg kita tidak sangka2,” tulisnya panjang lebar menerusi akaun Instagram miliknya.

IKLAN

Jangan Pernah Kedekut, Amyza Aznan Terharu Syukur Dapat Kongsi Rezeki Walau Sedikit

Sebelum ini, pihak kerajaan telah memberi kebenaran kepada pihak produksi menjalankan pengambaran namun harus mematuhi beberapa SOP yang telah ditetapkan.

Foto: Instagram Amyza Aznan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI