Selepas Media Hiburan ada menyiarkan artikel berkenaan Datuk Seri Vida (DSV) yang dia sebolehnya tidak mahu menjalin hubungan dengan suami orang, Pengasas produk Qu Puteh itu jujur memberitahu, dia reda andai selepas ini ditakdirkan hidup sendiri.

“Kalaulah ditakdirkan saya hidup sendiri, saya terima kalau itulah takdirnya. Bagi saya, Allah SWT adalah sebaik-baik perancangan. Tapi kalaulah ada jodoh seperti lelaki yang saya impikan, jadi wedding of the yearlah!,” seloroh DSV sejurus ditemui selepas perasmian portal dan aplikasi penstriman video, tonton di Brunei dengan kerjasama syarikat telco di sana, DST.

Jelasnya lagi, soal jodoh bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main. Bagaimanapun, sebagai seorang wanita, DSV yang kini dalam perancangan untuk melakukan klip video single pertamanya, I Am Me dalam tempoh terdekat mengakui perlukan seseorang yang boleh menjadi tempat meluah perasaan.

“Perlu ada (lelaki) untuk hiburkan hati kita di kala gundah. Tapi itulah, bukan senang sebab rasanya sekarang lebih baik saya berikan tumpuan pada perniagaan dan kerjaya baru sekarang sebagai penyanyi. Nanti kalau ada suami, saya sibuk dia marah pula,” jelas DSV yang mahukan seorang lelaki yang semestinya single, bukan suami orang!

Jangan Pandang Serong pada Miss J! – DSV

IKLAN

Sementara itu, DSV atau nama sebenarnya, Datuk Seri Dr.Hajjah Hasmizah Othman turut menempelak sesetengah netizen yang gemar memandang serong terhadap individu bergelar janda.

“Dalam Instagram misalnya, saya tidak tuju atau libatkan siapa-siapa tetapi itulah perasaan saya, ada segelintir yang memandang serong pada Miss J (janda). Saya rasa kesian sebab saya yang sekuat ini pun boleh rasa goyah, yang lain tu tak tahulah.

 

“Ada yang komen pada saya. Katanya baru bercerai dah nak kahwin, tak serik-serik. Ada juga yang cakap kalau dah gatal sangat, kahwin sajalah. Bagi saya itu mungkin netizen yang memandang pada personaliti saya semata-mata. Tapi itulah, rasanya saya tak rasa cantik kalau bersedih, jadi saya perlulah nampak ceria,” katanya lagi.

Jangan Pandang Serong pada Miss J! – DSV

IKLAN

Terdahulu, DSV turut merancang untuk menerbitkan sebuah programnya sendiri secara eksklusif di portal tonton. Bagaiamanapun, perancangan tersebut terpaksa mengambil masa agak lama bagi mengekal dan memenuhi standard sendiri.

IKLAN

Sementara untuk klip video I Am Me Pula, DSV khabarnya sudah pun mempunyai beberapa reference sebagai inspirasi.

“Nantikan ya. Kalau boleh saya mahu yang terbaik sebab saya sanggup shopping di Thailand bagi memenuhi kehendak tema klip video itu nanti, insya-ALLAH,” akhiri DSV optimis.

https://www.youtube.com/watch?v=Cr2OFgPaIQo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI