Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam sentiasa mendoakan yang terbaik buat anaknya yang juga merupakan pengarah sensasi, Syamsul Yusof meskipun mereka sudah tidak lagi berkerjasama di bawah satu bumbung.
Menurut Yusof, sebagai seorang bapa, dia akan sentiasa tumpang gembira dengan kejayaan anak-anaknya.
“Walaupun Syamsul kini tidak lagi mengarah filem untuk syarikat saya lagi dan sudah pergi ke arah yang lain, bagi saya tak mengapa. Sebagai seorang ayah, tiada siapa yang mahu melihat kejatuhan anak mereka sendiri.
“Saya sentiasa doakan filem-filemnya akan terus sukses. Dia akan senstiasa membawa nama saya dan keluarga dia sendiri,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, pemilik syarikat produksi Skop Production ini turut menitipkan kata-kata semangat buat Syamsul agar dia terus cekal untuk berhadapan dengan segala ujian didalam kerjaya dan kehidupan.
“Saya berharap agar dia terus kuatkan semangat dan jangan lupa asal usul. Malah, jangan juga menganggap diri kita yang terbaik. Kejatuhan hari ini tak menjanjikan kita akan selamanya jatuh.
Ads
“Ada orang yang hari ini gagal, esok dia boleh berjaya. Kejayaan hari ini pula tak menjanjikan kejayaan hari esok. Maksud saya di sini, saya mahu dia sedar.
“Ada orang yang terlalu yakin yang esok dia masih boleh buat duit dan kaya lagi. Jadi, dia hidup mewah dan berbelanja tidak tentu hala. Itu namanya kita tak mensyukuri nikmat.
“Jadi, berhati-hatilah dalam berbelanja agar kita ingat hari esok. Rezeki itu Allah yang tentukan,” ujarnya lagi.
Yusof berkata sedemikian ketika ditemui media di majlis pelancaran mural Polis Evo 3 yang berlangsung di Jalan Kamunting, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ads
Pada masa sama, Yusof turut berharap agar anak-anaknya itu tidak tenggelam dengan populariti selepas mereka berjaya menghasilkan filem-filem yang meraih jumlah kutipan puluhan jutaan ringgit
“Walaupun Syamsul punyai rekod filem yang sukses yang sama seperti saya dahulu di mana saya menguasai industri filem selama 10 tahun, tapi saya sentiasa berhati-hati.
“Jadi, kepada anak-anak saya baik Syamsul atau Syafiq, berhati-hatilah dalam kehidupan terutama bab berbelanja. Ada orang ingat saya ini mendoa kejatuhan Syamsul.
“Itu tidak benar. Mereka kena lihat maksud disebalik nasihat saya itu. Saya tak nak jadi riak, segala yang berlaku ini adalah dengan izin Allah. Saya pun tak pernah terfikir satu ketika dahulu saya buat 10 filem, semuanya sukses. Saya tak pernah anggap diri ini hebat,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Yusof turut memaklumkan dirinya tidak pernah terfikir yang anak-anaknya itu akan mengikut jejak langkahnya untuk menjadi pengarah yang berjaya.
Ads
“Kejayaan saya ini disambung oleh anak-anak saya dan saya tak pernah bermimpi mengenai perkara itu. Tak sementinya saya pengarah, anak-anak kena ikut.
“Namun, ini semua izin Allah. Mereka dikurniakan bakat dan punyai ilmu di sekolah filem. Saya pula hanya belajar di jalanan.
“Ilmu ini juga mematangkan mereka untuk menjadi pengarah yang baik walaupun belum sempurna. Saya tak anggap mereka sempurna, ada yang lagi hebat dari anak-anak saya,” akhirinya.
Terdahulu, Yusof akui teruja apabila filem Polis Evo 3 berjaya mencapai jumlah kutipan lebih RM50 juta seterusnya mengalahkan filem-filem Hollywood yang lain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Syamsul Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lagenda MotoGP, Valentino Rossi, mengumumkan dirinya bakal bersara daripada sukan permotoran itu pada penghujung musim ini.
Juara dunia MotoGP sembilan kali itu mengesahkan ini musim terakhirnya beraksi di Grand Prix Austria, tempat di mana pelumba kelahiran Itali itu meraih podium pertamanya pada tahun 1996.
“Ia merupakan saat yang paling sedih. Sukar untuk mengetahui tahun depan, saya tidak akan lagi berlumba dengan motosikal.
“Ia merupakan perjalanan yang cukup panjang dan telah dinikmati dengan cukup baik. Tahun depan, kehidupan saya akan berubah.
“Ia merupakan keputusan yang sukar tetapi mana-mana sukan juga akan memalui situasi seperti ini, jadi saya berasakan ini adalah keputusan yang terbaik. Tiada apa yang boleh saya merungut mengenai karier saya,” katanya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Rossi atau lebih popular dengan jolokan The Doctor itu menerusi sebuah video yang dimuat naik menerusi laman Instagram MotoGP.
Sekadar informasi, Rossi memulakan kariernya pada tahun 1996 bersama pasukan Aprilia menerusi kelas 125cc.
Memetik laporan Berita Harian, Rossi kemudiannya memenangi gelaran pada musim berikutnya sebelum menyertai kelas 250cc dan memenangi gelaran dunia bersama Aprilia pada 1999.
Di kelas tertinggi pula, Rossi muncul naib juara pada musim pertama pada 2000 sebelum menang gelaran dunia dalam format terakhir 500cc setahun kemudian bersama Honda.
Dia menang enam lagi gelaran bersama kelas baharu MotoGP pada 2002, 2003, 2004, 2005, 2008 dan 2009 iaitu gelaran pertama bersama Honda dan selebihnya bersama Yamaha.
Musim lalu, dia menamatkan saingan di tempat ke-15, sesuatu tidak dijangka daripada seorang pelumba yang tidak pernah terkeluar daripada kedudukan ke-10 dalam semua peringkat perlumbaan sejak kemunculan pertama pada 1996.
Musim 2021 adalah peluang terakhir buat Rossi merubah nasibnya dengan pasukan Yamaha-SRT, tetapi selepas sembilan perlumbaan, dia sekadar menduduki tempat ke-19.
Sumber: Instagram MotoGP, Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Ajim @aimanhazeem_ kata “Carikan lah nama ami..!! Kalau ikut ajim sulaiman je..” sy ketawa kenapa tua sgt namanya, sbb ajim suka Nabi Allah Sulaiman.
“Dia pandai jinakkan binatang.. lepastu sy tambah2 Abu Sulaiman Fareeq (nama ini hanya sekadar seloka family, xpasti nk lg nk letak nama apa).
Cucu ke-8..!! Sepatutnya bersalin 17hb nanti.. babynya terlalu kecil dn air ketubannya dikatakn kering..! Sbb tu doc induce malam tadi pukul 10malam,” katanya.
Dia pada masa sama turut menzahirkan rasa syukur kerana si ibu tidak mengalami sakit bersalin yang agak lama ketika proses melahirkan.
“Alhamdulillah sakitnya x lama drpd pukul 12 dn melahirkn pada pukul 7pagi tadi… baby x sampai pun 2.5kg lelaki,” katanya lagi.
Sementara itu menerusi satu entri lainnya pula, figura yang sinonim disapa sebagai Bonda Rozita itu berkongsi cara-cara membengkung, mandi herba serta penjagaan diri buat si ibu dan anak yang boleh ditonton menerusi saluran YouTube miliknya.
Penyanyi Nurshahila Amzah atau sinonim dengan panggilan Shila Amzah ada berkongsi berita gembira bersama peminat di akaun Instagram miliknya.
Kongsi penyanyi lagu Tiada Dirimu ini, dia telah selamat melahirkan anak pertamanya, malam tadi.
Menurut Shila, dia berasa teruja kerana anak lelakinya dilahirkan pada hari kemerdekaan Malaysia yang ke-62.
“Syukur Alhamdulillah, sha selamat melahirkan our first baby malam tadi pada 31 August 2019 (jatuh pada Hari Merdeka dan Awal Muharram) , jam 11.43, secara emergency c section, seberat 2.88kg
“Sha dan Haris sangat terharu dengan semua ucapan dan doa semua.. Terima kasih banyak
“Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT diatas limpah kurniaNya dan rezeki..
“Memperkenalkan.. Seth Uwais Bin Haris Idraki Sekarang sha di nasihatkan utk berehat oleh doctor setelah 55 jam 43 minit sha berada dalam labour..Doakan sha cepat sihat ya?
“Sorry tak dapat balas semua, tapi sha Dan Haris hargai sangat2#alhamdulillah #babyboy#Augustbabies#merdekababy#SethUwais,” tulisnya.
Namanya dahulu pernah menjadi tular gara-gara video menangis ditinggalkan kekasih yang dimuat turun memberi impak cukup luar biasa pada dirinya. Namun, sebenarnya ia adalah...