Masih dalam mood pengantin baru, Pekin Ibrahim hari ini ada berkongsi dedikasi teristimewa buat isteri tercinta, Mona Allen yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34, hari ini.
Dedikasi ucapan itu dikongsi aktor itu menerusi Instagram.
Di dalam ucapannya, pelakon tersebut turut meminta agar netizen mendoakan yang baik-baik sahaja.
“Happy Birthday to my wife .. semoga kalian semua doa yg baik baik ok . terus sukses dalam kerjaya sebagai anak seni dan kena kuat menempuh hari hari mendatang.
“Sentiasa merendah diri , jadi diri sendiri , jangan lalai dengan pujian , sentiasa belajar utk jadi lebih baik , hargai mereka yg sentiasa memberi sokongan , hargai kerja org lain , usaha dan terus usaha.
Ads
“I know u can do it .. always di belakang u,” tulis Pekin.
Ads
Terdahulu, pasangan selebriti ini telah pun mendirikan rumah tangga secara tertutup awal Disember lalu.
Foto: Instagram Pekin/ Mona Allen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi rakaman video yang dimuat naik Achey di laman Instagramnya, kelihatan darah memenuhi wajah dan hidung.
Menurut pelawak ini, kejadian ini kerap berlaku dan semakin parah.
Katanya lagi, menurut doktor, kes ini disebabkan oleh panas dalam.
“Anne_achey@fadbocey @abam_bocik aku kena lagi… tak tau pehal… kerap begini… pagi kena sekali malam kena lagi… now mcm air paip!… terasa kat otak benda tu mengalir…
“Masa #maharajalawakmega2018 tu selalu kena… org cakap panas dalam … klinik pun begitu panas dalam.. solution dah ikut tapi kena jugok,” tulisnya.
Walaupun telah mengikut nasihat yang diberi, namun sakit masih tidak menunjukkan sebarang perubahan.
“Apapun doakan saya baik2 sahaja.. kerja keras?? Mestila ada benda nak rolling dan ada tanggungjawab.. kerja keras itu mesti.. cuma mcm kena berehat seketika jew.. hmmm ntah laa,” tambahnya lagi.
Pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya selamat menimang cahaya mata keempat minggu lepas hasil perkongsian dengan isterinya, Nur Anati Ismail.
Genap 7 hari, Fedtri telah mengumumkannama bayinya itu di akaun Instagram.
“Perkenalkan Putera Hamba.. Ahmad Firaas Mevlana Bin Ahmad Fedtri (Ketajaman akal fikir pujangga terbilang nan terpuji).. Inspired by Mevlana Jalaluddin Al Rumi,”tulisnya.
Lalu, pengikut di laman sosial itu terpesona dengan nama unik bayi comel itu.
Untuk rekod, Fedtri dan Nurul Anati berkahwin pada Mei 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Indah Sutera Jannah, 7, Ahmad Wildan Arjuna, 5, dan Indah Rauvda Inaara, 2.
Foto : IG Fedtri Yahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aiman Hakim Ridza menerusi satu posting di laman Instagramnya meluahkan rasa sayang kepada bapanya, Datuk Ridza Abdoh yang menyambut hari kelahiran semalam.
Pelakon ini mengimbau kembali kenangan sewaktu gambar ini dimuatnaik.
Tulisnya, bapanya merupakan yang terbaik, tidak pernah menghakimi orang lain.
“Happiest birthday tok abah aka my dad. The best dad ever. He never judge people. Always see the positive side of people. This is like 18 years ago.
“I still remember waktu ni ,me and my younger brother selalu teman dia pegi depo lrt station dekat ara damansara at 3 am in the morning. He said he gonna build train and we were like are u serious???
“And yes he did and a big ass giant robot too. No kiddin the robot is like 8 feet tall. My dad is hardworking,loving and very gentlemen. I look up on him so much. Thank you abah for everything. I love you!!,”
Terharu dengan ucapan yang ditulis, netizen yang pernah bekerja dengan Datuk Ridza turut menyatakan rasa terharu dengan sikap ayahnya yang cukup merendah diri dan penyayang.
“Saya sempat merasa pengalaman bekerja dgn your dad di Putralrt HQ Subang Depoh.. He is so humble. Slalu trsenyum.. Ceo yg sgt2 Penyayang.. Happy Birthday to him.. Best wishes too ???@aimanhakimridza send my regards to him too.”
Namun, sebilangan netizen turut menyedari wajah ayah Aiman persis tokoh politik, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Foto : Instagram Aiman Hakim Ridza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara Janna Nick memohon orang ramai agar tidak terlalu menzahirkan rasa simpati terhadap dirinya dan suami, Dini Schatzmann, meskipun mereka masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.