Pendakwah terkenal, Ustaz Datuk Ustaz Kazim Elias menyifatkan tindakkan merehatkan pendakwah, Ustaz Don daripada muncul di kaca televisyen sebagai satu kerugian besar.

Menurut Ustaz Kazim, Ustaz Don yang juga merupakan anak muridnya itu mempunyai kelebihan menarik minat banyak pihak terutama golongan muda untuk lebih mendekati agama.

“Jangan Hentam Macam Dia Tak Pernah Buat Baik,” – Direhatkan Di TV Satu Kerugian Besar, Ustaz Kazim Anggap Ustaz Don Anak Murid Yang Baik

“Ustaz Don merupakan anak murid saya sebelum dia ke Al-Azhar. Dia merupakan seorang pendakwah yang mempunyai cara penyampaian yang mudah difahami.

“Anak-anak muda boleh ikut dengan bahasa, sopan-santun dan lemah lembutnya. Dia berjaya menarik minat ramai orang.

“Bagi saya, ia merupakan satu kerugian yang besar jika Ustaz Don tidak boleh bercakap di saluran media utama lagi.

“Memang kita ada media sosial, tapi orang tetap nak melihat kita di saluran media utama seperti televisyen, radio dan sebagainya,” katanya kepada MH.

Ustaz Kazim berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Zim Zim Ala Kazim yang berlangsung di Starling Mall, Petaling Jaya pada Jumaat.

IKLAN

“Jangan Hentam Macam Dia Tak Pernah Buat Baik,” – Direhatkan Di TV Satu Kerugian Besar, Ustaz Kazim Anggap Ustaz Don Anak Murid Yang Baik “Jangan Hentam Macam Dia Tak Pernah Buat Baik,” – Direhatkan Di TV Satu Kerugian Besar, Ustaz Kazim Anggap Ustaz Don Anak Murid Yang Baik

Bagaimanapun, penceramah asal Manjoi, Perak ini menganggap perkara yang menimpa Ustaz Don ini sebagai asam garam dalam usaha dakwah.

“Jangan Hentam Macam Dia Tak Pernah Buat Baik,” – Direhatkan Di TV Satu Kerugian Besar, Ustaz Kazim Anggap Ustaz Don Anak Murid Yang Baik

“Jadi, mungkin ada penjernihan yang perlu dibuat oleh Ustaz Don. Ketika ini, pihak JAKIM pun dah panggil dia dan Mufti Wilayah juga telah berikan kenyataan.

IKLAN

“Saya juga pernah kena gam. Namun, saya hormat keputusan tersebut dan saya harus perbetulkan semula kesilapan saya.

“Saya percaya, bila kita buat yang terbaik, saluran seperti tv dan radio akan panggil kita balik. Begitu juga dengan masyarakat,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim turut berharap agar masyarakat tidak terus menghukum Ustaz Don dan memberi peluang kepada beliau untuk memperbetulkan keadaan.

“Dalam isu ini, kita kena ada kelapangan hati. Bagi pihak masyarakat pula, janganlah terus menghentam dia seolah-olah dia tidak pernah berbuat baik.

IKLAN

“Apa salah Ustaz Don sampai nak kena maki hamun. Kalau betul salah, kita berjumpa dan nasihat dengan baik,” katanya lagi.

Pada masa sama, Ustaz Kazim turut percaya yang Ustaz Don mampu menghadapi dugaan ini dengan baik.

“Jangan Hentam Macam Dia Tak Pernah Buat Baik,” – Direhatkan Di TV Satu Kerugian Besar, Ustaz Kazim Anggap Ustaz Don Anak Murid Yang Baik

“Saya tiada hubungi dia pun. Cuma dia ada mesej saya perjalanan program Salam Baitullah. Saya pun tak nak balas atau serabutkan fikiran dia.

“Saya tak nak tambah tekanan dia lagi. Saya tahu, Ustaz Don merupakan seorang yang berfikiran terbuka. Andai kata direhatkan, dia akan akur.

“Dia bukan jenis melawan. Jadi, tak perlu saya nasibat sebab dia tahu apa yang perlu dibuat,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI