Penceramah selebriti, Ustaz Don Daniyal Biyajid ada memberikan nasihat mengenai trend media sosial masa kini.

Menurut Ustaz Don, media sosial merupakan cerminan kepada diri dan kerana itu kita harus memanfaatkannya sebaik mungkin.

View this post on Instagram

Nak guna Facebook, Instagram, gunakanlah sebaiknya. Untuk berkawan, jalin silaturrahim, menyampaikan dakwah Jangan guna untuk cari pasai, cipta musuh mahupun bergaduh . Media sosial ni ibarat rumah kita Benda positif, benda baik yang kita post, kita komen, pasti orang suka. Tapi kalau asyik memaki, menyindir, mengecam, apa faedahnya? Jiran yang nampak pun sakit mata Akhirnya tak ada siapa nak berkawan dengan kita . Yang nak menyakat bergurau, berpada-pada Sebab boleh jadi tanpa sedar ada yang terluka . Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam…” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

A post shared by Daniyal Biyajid (@ddaniyaldbiyajid) on

“Nak guna Facebook, Instagram, gunakanlah sebaiknya. Untuk berkawan, jalin silaturrahim, menyampaikan dakwah.

“Jangan guna untuk cari pasai, cipta musuh mahupun bergaduh. Media sosial ni ibarat rumah kita.

“Benda positif, benda baik yang kita post, kita komen, pasti orang suka. Tapi kalau asyik memaki, menyindir, mengecam, apa faedahnya?

IKLAN

“Jiran yang nampak pun sakit mata. Akhirnya tak ada siapa nak berkawan dengan kita,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Ustaz Don menerusi akaun Instagram miliknya.

Tambah pengacara program Mengaji: Back To Basic itu lagi, tidak salah untuk kita bergurau di platform media sosial tetapi haruslah berpada-pada.

“Yang nak menyakat bergurau, berpada-pada. Sebab boleh jadi tanpa sedar ada yang terluka.

“Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam…” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim),” katanya lagi.

Nasihat yang diberikan Ustaz Don itu nyata meyentuh hari ramai pihak termasuklah penyanyi, Ernie Zakri yang turut memberikan reaksi di akaun Twitter miliknya.

“Tersentap di hati baca caption beliau. Moga sama sama kita menjaga lidah (jari) dari menyakitkan hati manusia yang lain, aamin.

“Spread love, oh jangan lupa pakai mask. Pergi Ikea jangan harapkan mask disediakan ok? Tanggungjawab bersama!,” katanya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih kepada Ustaz Don diatas perkongsian yang menyentuh jiwa itu.

Terdahulu, program Mengaji: Back To Basic yang dikendalikan oleh Ustaz Don boleh anda saksikan pada setiap jumaat jam 7.30 malam di saluran Astro Oasis dan Oasis HD.

Sumber: Instagram Ustz Don  Daniyal