Pelakon, Sharnaaz Ahmad memohon keperihatinan orang ramai supaya memanjatkan doa kepada datuknya yang diserang sakit kuat ketika ini.

Katanya, datuk kesayangannya itu kini sedang bertarung nyawa dan semoga doa yang dikirimkan dapat menggantikan kesatikannya itu dengan kesihatan yang berpanjangan.

Kenyataan tersebut dimuat naik oleh Sharnaaz menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.

“Salam semua, saya mohon pada semua rakan rakan muslim dan non muslim yang ternampak post sy ni, TOLONG REPOST atas keikhlasan sendiri. Sy mohon anda yg terbaca post ini, dgn rendah diri berdoa pada yg Esa supaya Allah ringankan kesakitan beliau.

IKLAN

“Atuk kesayangan kami semua Hj Nor Mohammad yang kini bertarung nyawa di Kelantan. Jika boleh usah lah ditanya apa sakitnya. Semoga Allah angkat kesakitan beliau dan gantikan dgn kesembuhan dan kesihatan yg berpanjangan.

“Jika mampu sembahyang hajat buat beliau, saya merayu sesama rakan artis berdoa bersama, ini bukan post berbayar untuk anda, tapi insyaAllah akan dibayar dgn pahala oleh Allah Swt,” tulisnya.

IKLAN

Tambah Sharnaaz, semoga doa yang dikirimkan akan dibalas dengan ganjaran pahala berlipat kali ganda oleh Allah S.W.T.

Melihat diruangan komen, rata-rata pengikutnya menitipkan doa selain turut meminta Sharnaaz supaya tabah menghadapi dugaan ini.

IKLAN

“Jangan Ditanya Apa Sakitnya,”- Sharnaaz Ahmad Rayu Doa Netizen Dan Rakan Artis Moga Diringankan Kesakitan Dialami Datuk

“Jangan Ditanya Apa Sakitnya,”- Sharnaaz Ahmad Rayu Doa Netizen Dan Rakan Artis Moga Diringankan Kesakitan Dialami Datuk

Dikesempatan ini, MH doakan semoga datuk Sharnaaz diberikan kesembuhan dan kembali  sihat seperti sedia kala.

Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI