Artis versatil yang juga merupakan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan isteri yang sentiasa ada bersamanya meskipun sudah hampir 16 tahun menyemai rasa cinta.
Menurut Fazley, sepanjang tempoh perkenalan tersebut, pelbagai pengalaman telah ditimba oleh mereka demi kebaikkan bersama.
“Masuk tahun #2021 ni bermakna kami dah 16 tahun bercinta. Pelbagai pengalaman ditimba, masing-masing berusaha menjadi yang lebih baik untuk each other. Bak kata arwah bapak, “Takkan ada kapal yang tak dilanda ombak dan badai”.
“Kami masih menjadi sahabat baik, kekal menjadi pengkritik terhebat masing-masing, tetap menjadi penyokong di setiap kekuatan, dan redha dengan setiap kelemahan,” tulisnya.
Dikesempatan itu, menerusi perkongsian di Instagram, Fazley turut dilihat ada menitipkan nasihat buat mereka yang masih belum dipertemukan jodoh dan juga buat mereka yang baru sahaja menempuh alam perkahwinan.
Ads
“Buat kalian yang masih mencari jodoh, percayalah, jodoh itu sedang menunggu, namun usaha jangan pernah berhenti. Jangan terlalu mencari kesempurnaan, kerana nanti diri sendiri yang bakal kecewa.
“Bila jodoh belum sampai, tak perlu salahkan mengapa orang tak suka kita, tapi kita sendiri yang mungkin mudah mencari salah orang lain.
“Buat kalian yang sedang di alam perkahwinan, tidak ada manusia sempurna untuk diri kita, melainkan kita sendiri menerima kelemahan pasangan kita, serta meraikan kelebihan pasangan kita, walaupun kelebihan itu hanya sekecil anggur berbanding dengan bekas-bekas kekasih kita,” katanya lagi.
Ads
Dalam pada itu, penyanyi lagu, Bila April ini turut berkongsi ucapan penghargaan buat isterinya yang sentiasa berusaha melakukan yang terbaik buat dirinya dan juga keluarga.
“Cinta tak semestinya bersatu, tak cukup menyintai pula tak bermakna tak boleh bersatu. Terima kasih Adik Sayang @azrene_ahmad kerana sentiasa berusaha menjadi yang terbaik untuk abang dan anak-anak kita,” akhirinya.
Ads
Untuk rekod, Fazley dan isterinya, Datin Azrene Ahmad telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 7 November 2007.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz, Ahmad Fieradz, Ahmad Fierudz dan Alayna Selma.
Sumber: Instagram Datuk Fazley Yaakob
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Membesarkan anak-anak dengan tangan sendiri tanpa campur tangan suami mengajar Rita Rudaini erti kesabaran.
Malah, menerusi laman Instagram miliknya, pelakon versatil ini ada menitipkan pesan buat ibu tunggal di luar sana agar bersabar kerana di penghujungnya nanti, mungkin akan punya keindahan yang menanti.
Malah jelasnya lagi, apabila anak-anak kian menginjak dewasa, lebih banyak kenikmatan dan kesenangan yang diberikan Allah.
“Dah besaq depa…byk nikmat n kesenangan ALLAH bg…pd ibu2 tunggal yg anak2 masih kecik lg…kena sabar…kerana dr sabar itu ada indah yg menanti,” kongsinya ringkas.
Usahawan merangkap personaliti media sosial, Tyra Kamaruzzaman menepis dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan dirinya kini kembali menjalinkan hubungan cinta bersama bekas kekasih yang juga merupakan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid.
Menurut Tyra, dia kini sememangnya sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang tetapi bukanlah bersama Aazief.
“Ya, saya kini sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang tetapi Aazief bukan kekasih saya sekarang.
“Kami tidak kembali bersama seperti mana cakap-cakap orang yang menyatakan kami kembali bercinta.
“Ramai orang buat spekulasi sendiri. Korang ni tengok banyak sangat filem la,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Tyra sewaktu menjawab soalan yang diajukan oleh salah seorang pengikutnya di Instagram.
Bagaimanapun, Tyra mengakui dirinya ada berjumpa dengan Aazief namun menyifatkan pertemuan tersebut tidak lebih sebagai rakan niaga.
“Untuk menjelaskan keadaan, saya dan Aazief adalah rakan perniagaan. Kami bertemu bila ada kerja.
“Kami sangat profesional. Kami masing-masing dah besar la,” kongsinya lagi.
Minggu lalu, kisah diantara Aazief bersama kekasihnya yang juga merupakan Instafamous, Sharifah Rose menjadi tumpuan ramai selepas mereka dikatakan telah memadam gambar bersama di akaun Instagram masing-masing.
Lantaran itu, timbul pula spekulasi daripada warga net yang mendakwa Tyra menjadi punca keretakan hubungan pasangan tersebut.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Bella Astillah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada meneruskan penggambaran drama Terjerat terbitan OrangeTree Production.
Menurut Bella, ia dibuat selepas bertemu dengan penerbit drama iaitu Datuk Seri Jaspal, kelmarin.
“Sebelum keputusan ini dibuat, saya bertemu dengan beliau terlebih dahulu.
“Beliau memahami situasi saya dan menerima keputusan yang saya pilih,” katanya, lapor Harian Metro.
Terdahulu, Bella menerusi hantaran di Instagram berterima kasih kepada pasukan drama terbabit atas kerjasama yang telah diberikan.
“Terima kasih Datuk Seri Jaspal. Terima kasih kerana memahami. Panjang umur dan ada rezeki, kita bekerjasama lagi,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Menerusi drama yang bakal ditayangkan menerusi platform penstriman, iQIYI itu, Bella memegang watak perampas suami (lakonan Fendy Bakry) kepada kakaknya yang dibintangi Ruhainies.
Nama Bella menjadi bualan hangat sejak beberapa hari lalu susulan kontroversi membabitkan suaminya, Aliff Aziz dan Ruhainies.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara Hawa Ridzwana terkilan apabila ada pihak yang merendahkan-rendahkan mereka yang menyambung pengajian dalam bidang komunikasi dan seni persembahan di Institusi Pengajian Tinggi.