Pelakon, Hafreez Adam berharap agar semua pihak dapat menjadi lebih peka bila berhadapan dengan individu-individu yang mempunyai isu tekanan mental.

Menurut Hafreez, masalah yang dilalui oleh individu-individu ini sebenarnya jauh lebih besar dan ada kalanya menjaga ibadah sahaja masih belum cukup untuk buat mereka kembali tenang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam)

“Bila orang kongsi atau cerita pasal isu kesihatan mental, jangan cakap kepada mereka, ‘jaga solat’, ‘banyakkan mengaji’.

“Kalian takkan pernah tahu apa yang mereka harungi. Kalian tak tahu apa yang mereka lakukan untuk jadi dan rasa lebih baik. Kalian takkan tahu,” katanya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Gantung itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

“Jangan Cakap Kepada Mereka, Jaga Solat & Banyakkan Mengaji,” – Hafreez Adam “Jangan Cakap Kepada Mereka, Jaga Solat & Banyakkan Mengaji,” – Hafreez Adam

IKLAN

Katanya lagi, jika seseorang itu tidak berkongsi ibadah dalam media sosial, tidak bermakna dia tidak melakukan amalan tersebut dalam kehidupan seharian.

“Saya tak kata perbuatan tersebut (mengingatkan tentang ibadah) salah kerana ia sememangnya betul tapi anda kena ingat satu perkara, tak semua orang kongsi gambar atas sejadah. Tak kongsi tak bermakna orang tu tak buat.

“Bayangkan, macam mana kalau orang tu buat semua semua seperti solat, mengaji tapi tetap ada isu (kesihatan mental).

“Sedangkan kalian menyuruh mereka buat ibadah. Malah, mereka sebenarnya dah buat lama dan hanya Allah yang tahu. Tahu tak apa yang mereka rasakan?,” kongsinya lagi.

IKLAN

Dalam pada itu, Hafreez turut menyarankan kepada semua pihak untuk sentiasa menitipkan doa buat golongan tersebut yang sentiasa bergelut dengan ‘perang’ dalam diri sendiri.

“Setiap orang ujiannya berbeza. Setidak-tidaknya anda boleh mendoakan mereka secara diam-diam. Jangan ambil ringan sangat isu kesihatan mental ni. Rasa dia tak best.

“Kalian putus cinta dengan kekasih pun menangis sampai 13 hari. Sekurang-kurangnya kalian tahu kenapa rasa begitu.

“Bayangkan orang yang rasa terpuruk, tapi tak tahu punca? Senang ke nak okey kalau punca pun tak tahu? Jadi baik ya kalian, jadi baik,” akhirinya.

IKLAN

“Jangan Cakap Kepada Mereka, Jaga Solat & Banyakkan Mengaji,” – Hafreez Adam “Jangan Cakap Kepada Mereka, Jaga Solat & Banyakkan Mengaji,” – Hafreez Adam

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar persepsi tersebut dapat diubah pada masa akan datang.

Terdahulu, beberapa tahun lalu, Hafreez membuat pendedahan mengejut apabila pernah mengalami tekanan mental sehingga tahap mencederakan diri sendiri.

Keadaan itu berlaku kerana dia kerap berdepan situasi yang mengecewakan sejak kecil dan hanya memendam perasaan seorang diri tanpa berkongsi kepada orang lain termasuk ibunya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Hafreez Adam

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI