Selebriti popular, Noor Neelofa hari ini mengambil keputusan untuk menjual sebahagian daripada koleksi kasutnya menerusi satu karnival jualan (preloved) pada esok di Petaling Jaya, Selangor.

Neelofa yang juga isteri pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz itu berkongsi perkara berkenaan menerusi beberapa hantaran di Insta Stories.

“Nak buat preloved kasut-kasut saya yang sangat banyak ini. Ada jenama Christian Louboutin dekat sini, ini Balenciaga, ini Celine… Kebanyakan saiz ialah 36, 37 dan 38. Murah-murah sahaja. 

“Kasut-kasut ini kalau tidak letak dalam kotak sahaja, tak tahu nak buat apa. So sekarang ini nak jual RM300, RM500, RM800… Yang ini contohnya (sambil tunjuk kasut perincian jenama Christian Louboutin) harga asal dia RM14,000 tapi nak jual RM1,000 sahaja.

IKLAN

“Sebab tak tahu nak buat apa dah. Letak dalam kotak begitu sahaja sayang. Korang belilah, murah-murah. Kalau tidak harga dia semua ribu-ribu, belas ribu,” katanya.

“Harga Asal RM14,000 Tapi Nak Jual RM1,000, – Neelofa Nak Let Go Koleksi Kasut “Harga Asal RM14,000 Tapi Nak Jual RM1,000, – Neelofa Nak Let Go Koleksi Kasut “Harga Asal RM14,000 Tapi Nak Jual RM1,000, – Neelofa Nak Let Go Koleksi Kasut “Harga Asal RM14,000 Tapi Nak Jual RM1,000, – Neelofa Nak Let Go Koleksi Kasut

IKLAN

Ibu kepada seorang cahaya mata itu sekali lagi mengingatkan bakal pembeli bahawa kasut yang ingin dijualnya adalah yang pernah dipakainya.

IKLAN

“Cuma saya nak beritahu, kasut ini semua 90 peratus yang sudah saya pakai, selebihnya belum pakai. Jadi jangan jangka ia dalam keadaan yang sempurna. Ini semua preloved yang saya pakai,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI