Pernah ‘menghilang’ beberapa ketika dalam dunia hiburan kerana tidak mendapat tawaran kerja, pelakon Johan As’ari kini mengakui sudah semakin seronok melayan aplikasi TikTok sehingga boleh meraih pendapatan lumayan pada setiap bulan.
Menurut Johan atau nama sebenar Jona Ariff As’ari, 37, disebabkan kesungguhannya mengadakan sesi live setiap kali bersiaran di aplikasi tersebut, namanya kini tersenarai di antara 50 tiktokers terbaik di Malaysia.
“Saya tiada menghilang ke mana-mana.. sebelum ini dah tiga bulan saya tidak ada job, dua minggu saya buat siaran langsung di TikTok, saya tak sangka boleh menjana pendapatan daripada situ.
“Saya tak ada niat pun cari duit dekat TikTok, hanya nak isi masa lapang disebabkan tidak mempunyai sebarang penggambaran drama.
Ads
“Saya hanya bersembang dengan peminat dan tak sangka, hari pertama bermain TikTok saya menerima banyak hadiah daripada mereka yang bermurah hati.
“Malah, kalau ikut ranking, saya kini berada di kedudukan 46 terbaik di Malaysia,” katanya.
Johan berkata demikian pada majlis pelancaran kerjasama melibatkan KamiSempoi International Agensi (TikTok) dan Kelab Wanita Ikon Malaysia kempen CSR, ‘Are You Okay?’ yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.
Ads
Pelakon filem Air Force The Movie ini juga mendedahkan pada permulaannya, dia hanya menggunakan bekas botol kurma sebagai tripod untuk mengadakan sesi siaran langsung bersama peminat.
Malah, topik yang dikongsikannya juga adalah bersifat ‘random’ dan bersahaja.
Memiliki reputasi selaku selebriti versatil dek kerana kebolehannya dalam melakukan pelbagai perkara, nama Alif Satar sememangnya jarang dikaitkan dengan gosip atau cerita-cerita negatif.
Hal ini disebabkan Alif memiliki keperibadian yang sangat merendah diri serta mudah mesra bersama orang-orang di sekeliling tidak kisahlah dari kalangan rakan selebriti mahupun peminat.
Terbaru, sebuah video yang memaparkan Alif sedang l berbual bersama seorang lelaki dengan menggunakan bahasa isyarat telah tular di aplikasi Tik Tok.
Video berkenaan telah dimuat naik oleh rakannya yang juga merupakan usahakan terkenal, Azri Zahier Azmi atau lebih dikenali sebagai John Lemon.
Jelas Azri, dia sendiri sendiri terkejut dan tidak menyangka Alif mampu bertutur dalam bahasa isyarat dengan sangat baik.
“Alif Satar ni memang manusia lain daripada lain. Penyanyi, komposer, pemain piano, ahli perniagaan, Ironman dan dia juga fasih berbahasa isyarat.
“Dah bertahun aku kawan dengan dia, baru tahu dia boleh berbahasa isyarat,” tulisnya.
Malah, lelaki tersebut juga dilihat sangat gembira apabila dapat berbual dan bersemuka dengan Alif secara empat mata.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzah rasa kagum selain turut menyifatkan Alif sebagai salah seorang selebriti yang wajar dijadikan contoh buat masyarakat.
“Ini baru betul influencer.
“Orang bisu ni kalau dia dapat tahu kita faham bahasa isyarat, mereka akan bangga dan happy sangat-sangat. Tengoklah muka pakcik tu, ceria sahaja.
“Ini sebab mengapa aku mengidolakan Alif Satar sangat-sangat. Man of many talent.
“Patut Alif ni jadi ikon orang muda.
“Sebab tu suka dengan Alif ni. Artis contoh dan clean,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sehingga kini, video tular tersebut telah pun meraih lebih 1.5 juta tontonan di Tik Tok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Tik Tok John Lemon & Instagram Alif Satar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kisah kunjungan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) baru-baru ini ke kilang yang diusahakan Ir Mohd Zain Harun dan keluarganya di Klang, Selangor mencuri perhatian ramai seterusnya mencetuskan tular baru-baru ini.
Tun M antara lain memuji usaha dan kesungguhan pemilik empayar perniagaan berkenaan hinggakan perkongsiannya itu dikongsi ramai serta diungkap semula.
Malah, beliau begitu kagum dengan inisiatif dan gerak kerja dilakukan operasi kilang yang berjalan sejak 2010 itu hingga tidak sedar hampir tiga jam masa berlalu saat kunjungan dilakukan.
Untuk rekod, PS Poly Pack Sdn Bhd menjadi syarikat yang berada di belakang tabir mengubah landskap pek pembungkusan cecair dari botol kepada pek pembungkusan fleksibel, atau lebih dikenali dulu dengan pek isian semula atau ‘refill’.
“Kilang ini mengeluarkan ‘flexible packaging dan polyethylene film/bag’. Banyak mesin canggih digunakan dalam inovasi pembungkusan di kilang ini.
“Antaranya, Rotogravure Printing Machine, Printing Inspection Machine, Blow Film Machine, Bag Making, Slitting, Cutting, Dry Lamination Machine dan lain-lain,” kata Tun M.
Tun M menambah, kaedah pembungkusan di zaman sekarang semakin ke hadapan.
“Dahulunya kita banyak guna botol, umpamanya barangan berair atau minyak, peluntur, susu, jus, kopi, buah kering semuanya dibotolkan.
“Ini tidak berkesan dari segi ruang dan berat kerana botol itu sahaja punyai jisim tersendiri. Lagi banyak botol, lebih banyak kotak diguna kerana fizikal botol itu sendiri telah memenuhi ruang.
“Tetapi dengan adanya kaedah pembungkusan yang moden dan fleksibel ini, ia menjimatkan ruang, selamat dan jimat kos,” katanya.
Tun M turut menjelaskan, kilang berkenaan bukan sekadar membuat bungkusan kepada syarikat multinasional untuk lebih kurang 80% jenama global barangan harian dalam pasaran yang terbukti digunakan oleh jutaan pengguna Malaysia.
“Mereka turut menjadi perunding kepada pengusaha Industri Kecil Sederhana (SME) dalam pembungkusan produk, umpamanya jika anda pengusaha sambal dan tidak tahu jenis bungkusan yang sesuai.
“Kilang ini membantu cadang jenis pembungkus yang sesuai. Ini salah satu perkhidmatan baik buat pengusaha SME,” katanya lagi.
Tambahnya, satu lagi inovasi yang ditunjukkan ialah makanan jenis Meal Ready-to-Eat (MRE).
“Saya ucap tahniah kepada Ir. Mohd Zain atas keberanian dan kejayaan menguasai industri sedemikian. Saya harap semangat beliau dijadikan contoh pengusaha lain. Semoga syarikat ini terus maju dan membesar di masa hadapan. Selamat Maju Jaya,” katanya.
Sementara itu, Fatin Diana yang juga Pengasas Origina terharu dengan suntikan semangat diberikan Tun M.
“Saya membesar dengan melihat ketokohan dan kepimpinannya selama ini. Beliau dikenali sebagai “Bapa Pemodenan” di atas kejayaan beliau menukarkan Malaysia dari sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian moden.
“Tentunya momen indah bersua muka atas kunjungan hormat itu satu detik berharga yang saya takkan lupa sampai bila-bila,” kata Fatin Diana.
Pengasas produk minuman Origina dan BioWonders itu turut teruja memaklumkan perkembangan terbaharu legasi perniagaannya.
“Malaysia Football League (MFL) mengumumkan syarikat minuman Origina sebagai penaja baharu TM Piala Malaysia 2022 dan Liga Malaysia 2023 bermula 26 Oktober lalu.
“Dengan pengumuman ini, Origina akan menjadi pembekal rasmi minuman jus dan susu untuk Liga Malaysia. Minuman Origina dihasilkan untuk menghilangkan dahaga, dan memberi manfaat berganda sesuai untuk kanak-kanak hingga ke dewasa.
“Kami berharap Origina akan menjadi minuman ideal membantu menyegarkan bukan hanya pemain bola sepak malah atlet negara supaya komited semasa latihan intensif dalam meningkatkan tahap prestasi permainan mereka,” kata Ketua Pegawai eksekutif (CEO) Origina itu.
Fatin turut memberitahu jenama minuman diusahakannnya juga diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pek Express Meals untuk seluruh anggota polis di serata Malaysia yang bertugassemasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) November lalu.
Turut hadir pada majlis bermakna itu tenaga kerja syarikat berkenaan iaituMohd AliffMohd Zain (Pengarah PS Poly Pack), Adilah Shuib (Pengurus Besar), Dr Siti Fatimah Zaharah Zulkapli (Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah PS Medipack Sdn Bhd) dan Wan Syakirah Mohd Rasdi (Ketua Pegawai Komersial).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Girl group popular, DOLLA bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa menerusi penyertaan mereka di The A Festival Paris yang akan berlangsung pada 24...