Seperti yang kita tahu, kini lambakan graduan tidak berkerja sangat tinggi malah ada juga yang ‘lari’ dari skop pembelajaran mereka.

Beberapa hari yang lalu, pelakon dan selebriti tempatan Zizan Nin ada menyuarakan pendapatnya di Twitter mengenai nasib generasi zaman sekarang.

Apa yang menarik perhatian MH, Zizan meminta orang ramai agar tidak menuduh sebarangan kononnya seorang graduan terlalu memilih pekerjaan.

Sebaliknya katanya, di dada akhbar, ramai juga sebenarnya yang mempunyai kelulusan yang tinggi tetapi akhirnya bekerja sebagai pemandu Uber, cleaner, meniaga nasi lemak dan ada juga yang mencuba nasib menceburi bidang lakonan dengan menjadi pelakon extra dan akui bayaran memang tidak seberapa.

Menurutnya semua ini sebenarnya adalah antara bukti peluang pekerjaan semakin mengecil dan ada kena mengena dengan kegawatan.

Malah Zizan turut berkongsi pengalamannya yang lebih kurang senasib dengan isu ini dan mengambil masa dua tahun untuk mendapat pekerjaan yang stabil.

IKLAN

Malah, Zizan sempat memuji sesetengah graduan yang tidak mensia-siakan bakat dan kemahiran yang dimiliki dengan melakukan sesuatu yang sangat berfaedah…

Tweet Zizan ini telah mendapat pelbagai respon dari netizen dan rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Zizan.

Malah mereka turut berkongsi pengalaman mereka yang tidak terlalu memilih kerja seperti dakwaan sesetengah individu.

IKLAN

IKLAN

 

Bagi MH memang benar apa yang dikatakan oleh Zizan, namun apa yang MH boleh katakan mungkin mulai sekarang graduan yang masih menganggur perlu lebih bersungguh-sungguh mencari peluang pekerjaan dan buangkan ego sekiranya pekerjaan itu agak ‘rendah’ berbanding yang diidamkan.

Bak kata orang, susah-susah dahulu senang-senang kemudian.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI