Suami kepada pelakon, Ummie Nazeera, Dr. Izzar Anwari meluahkan rasa syukur kerana berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Sarjana dalam jurusan Kesihatan Awam di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jelas Dr. Izzar, selain para pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan, dia juga ingin berterima kasih buat Ummie kerana sentiasa ada bersamanya sepanjang tempoh pengajian tersebut berjalan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)

“Alhamdulillah. Selesai Sidang 2, Majlis Konvokesyen ke-48, Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Selesai Master of Public Health saya. Alhamdulillah. Tahniah kepada semua graduan. Dah jadi alumni UKM kita sekarang

“Terima kasih kepada SV Prof Azimatun, pensyarah-pensyarah, serta rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam perjalanan ini. All the best semua

IKLAN

“Terima kasih kepada isteriku @umminazeera kerana memahami dan juga kepada ahli keluarga semua untuk sokongan selama ini.

“Jangan Asyik Dok TikTok & Membuang Masa,” – Tamat Pengajian Ijazah Sarjana, Suami Ummi Nazeera, Dr. Izzar Seru Tingkatkan Ilmu “Jangan Asyik Dok TikTok & Membuang Masa,” – Tamat Pengajian Ijazah Sarjana, Suami Ummi Nazeera, Dr. Izzar Seru Tingkatkan Ilmu

Rasa gembira itu dikongsikan oleh bapa kepada seorang anak itu menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Instagram sewaktu menghadiri majlis konvokesyen yang berlangsung pada Isnin.

“Jangan Asyik Dok TikTok & Membuang Masa,” – Tamat Pengajian Ijazah Sarjana, Suami Ummi Nazeera, Dr. Izzar Seru Tingkatkan Ilmu “Jangan Asyik Dok TikTok & Membuang Masa,” – Tamat Pengajian Ijazah Sarjana, Suami Ummi Nazeera, Dr. Izzar Seru Tingkatkan Ilmu

IKLAN

Dalam pada itu, Dr. Izzar turut menyeru kepada orang ramai supaya menanam keinginan untuk menambah ilmu andai diberikan peluang.

“Bila ada peluang untuk memperbaiki diri dengan menambah ilmu. Korang ambillah peluang tu. Jangan asyik dok tiktok dan membuang masa.

“Belajarlah sehingga ke menara gading. Walaupun kita masih taktau ape bende ada kat sana tu sebenarnya. Mai mana menara gading tu? katanya lagi.

IKLAN

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan semoga Dr. Izzar akan mengecap lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

“Jangan Asyik Dok TikTok & Membuang Masa,” – Tamat Pengajian Ijazah Sarjana, Suami Ummi Nazeera, Dr. Izzar Seru Tingkatkan Ilmu “Jangan Asyik Dok TikTok & Membuang Masa,” – Tamat Pengajian Ijazah Sarjana, Suami Ummi Nazeera, Dr. Izzar Seru Tingkatkan Ilmu “Jangan Asyik Dok TikTok & Membuang Masa,” – Tamat Pengajian Ijazah Sarjana, Suami Ummi Nazeera, Dr. Izzar Seru Tingkatkan Ilmu

Sekadar info, Dr. Izzar dan Ummi telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 23 Julai 2017.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Ayra Aneesah.

Sumber: Instagram Dr. Izzar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI