Penyanyi Azharina Azhar turut melayangkan dedikasinya buat rakan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah yang telah pergi mengadap Illahi akibat Covid-19, pada pagi Isnin.
Menurut Azharina, dia tiada foto atau video yang diraiam bersama Jah iaitu panggilan mesranya buat arwah ketika mereka sama-sama bertudung.
“Jah bila aku check Hp takda satu gambar atau video dia bila kita dah Hijrah ne. Sedih aku duk berpuluh tahun pungpang kita berkawan berckp dlm telefon mcm org bercinta berjam2.
Ads
“Sedih aku Jah. Jah Kau Wanita hebat! Allah bagi kemulian pemergianmu. Allah bagi keinsafan buat semua jah kebaikan mu,” tulisnya.
Ads
Ingatan tersebut dikongsikan penyanyi Seandainya ini menerusi satu hantaran di Facebook.
Dia pada masa sama, turut menitipkan doa buat rakan artis yang sama-sama pernah melibatkan diri dalam program Gegar Vaganza musim ketiga.
Ads
“Kau Dapat HUSNOL KHATIMAH Jah… aku tau Kau sedang menyanyi kat syurga. Doaku BUATMU selalu Sahabat. Takda dah org teriak call aku Suru Cepat! Al Fatehah kawan ku Sarah,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Sarah disahkan meninggal dunia pada jam 5.13 pagi semalam di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi terkenal Siti Sarah Raisuddin, 36, yang bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan COVID-19 meninggal dunia sebentar tadi.
Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.
Sementara itu, pihak pengurusan Siti Sarah, Indigital Music dalam satu kenyataan menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang tidak putus menitipkan doa buat Allahyarhamah.
“Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin telah pun meninggal dunia pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu.
“Sebarang maklumat lanjut akan disalurkan dari semasa ke semasa. Al-Fatihah,” katanya.
Terdahulu Sarah dimasukkan ke Unit Rawaran Rapi (ICU) hospital sama susulan tahap oksigen menurun.
Dia kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan mencecah usia tujuh bulan.
Sarah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan. Sarah bersama Shuib sekeluarga disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.
Mereka berkahwin pada 26 Februari 2011 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini turut mempunyai tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Jasmin Hamid terhibur mengenangkan gelagat serta kreaitivti mereka yang hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dengan mengenakan pelbagai kostum watak animasi ketika menerima suntikan vaksin Covid-19.
Menerusi entri di laman media sosial Instagram, bintang drama Cukup Derita Itu berkongsi sepotong rakaman video yang memaparkan situasi individu mengenakan kostum ‘Bumblebee’ demi menghiburkan penerima lainnya.
“Bumblebee pun datang cucuk? Dia cucuk sana, cucuk sini tapi semua tak boleh sebab semuanya besi. Mau patah jarum di buatnya.
“Makin Kreatif orang yang datang Vaksin. Mana la dia dapat costume time PKP ni. Gigih dan semangat tu yang penting. Untuk hiburkan diri sendiri dan orang keliling. SALUTE YOU SIR Hebat Bukan?,” tulisnya.
Usahawan, Rozita Ibrahim mendedahkan dirinya baru sahaja mengenal pasti punca masalah lutut yang dialaminya selepas menjalani ujian Magnetic Resonance Imaging (MRI) dan x-ray baru-baru ini.
Menurut Rozita, hasil ujian tersebut, doktor mengesahkan dia sebenarnya memang mempunyai masalah lutut sejak daripada lahir namun, kesannya baru dapat dirasai ketika ini akibat faktor penuaan.
Katanya lagi, kerap menjalani aktiviti lasak ketika usia muda turut menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada permasalahan tersebut.
“Lepas MRI dan x-ray, baru saya tahu lutut senget sejak lahir menunjukan (biological structur problem sejak dilahirkan ) masa muda tak nampak. Lutut atau kaki cartilage dan tulang rawan tak sakit sebab masih kuat
“Kesan buruk akan ketara bila berusia sebab berat badan bertambah. Cartilage dan tulang rawan haus.
“Saya kategori orang sukan sebab saya jalan sangat laju. Naik bukit sejak muda dan angkat berat. Tambahan kaki saya ada bunion. Ini sudah petanda lutut da kaki problem sejak kecil,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh ibu kepada usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Rozita turut memaklumkan dia kini dinasihat untuk tidak melakukan aktiviti-aktivi lasak dan berat kerana kuatir permasalah tersebut akan bertambah melarat.
“Saya kongsi pada semua follower sebagai ilmu untuk berhati-hati menjalani badan muda masa sihat. Kesannya bila tua. Saya ingat naik bukit jalan laju bagus untuk kurus dan paru-paru yang saya tak sedar itu merosakan lutut.
“Penuaan, aktiviti lasak saya jogging berbelas ekar tanah. Angkat berat di rumah hutan sejak saya terokai rumah hutan menjadikan kaki saya lutut ketat dan bergeser. Susahkan saya bergerak aktif.
“Kini saya kena berjimat-jimat bab kaki tapi saya akan gemuk saiz mengembang sebab mulut tak berhenti makan. Saya tak dibenarkan naik tangga, sujud lama, angkat berat dan berjalan lama. Ini akan buatkan lebih sakit,” katanya lagi.
Dikesempatan itu juga, Rozita turut menasihati orang ramai terutamanya golongan muda untuk lebih berhati mengenai soal penjagaan lutut agar tidak menerima nasib sama sepertinya.
“Nasihat saya anak-anak masa muda jangan lasak sangat bersukan atau aktiviti angkat berat kerana lutut kita akan tanggung semua bebanan badan kita
“Saya tetap akan kongsikan semoga saya mati nanti meninggalkan ilmu untuk orang lain sihat dan menjaga kesihatan dengan baik,” akhirinya.
Jelasnya lagi, selagi diberikan kesempatan, dia tetap berkongsi mengenai tips-tips penjagaan kesihatan agar dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang di luar sana.
Sumber: Instagram Bonda Rozita Ibrahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.