Ads

“Jadi Kami Pun Kenalah ‘Polish’ Balik Apa Yang Patut,” – Elite

Elite yang dianggotai Azza, Linda dan Sasha khusus bagi persaingan mereka menerusi Gegar Vaganza 5 (GV5) sebelum ini mengakui, berada di atas pentas besar di dalam sesebuah persembahan yang berformatkan pertandingan merupakan suatu hal yang paling mencabar.

Pada minggu pertama saingan Ahad lalu, Elite berada di dalam ranking paling rendah dengan mengumpul markah sebanyak 46.7%.

Berkongsi mengenai persiapan mereka, Sasha mewakili anggota yang lain mengakui memasuki GV merupakan suatu cabaran terbesar.

Ads

“Jadi Kami Pun Kenalah ‘Polish’ Balik Apa Yang Patut,” – Elite

“Itu adalah cabaran paling besar untuk kami, sebagaimana ramai yang tahu. Malah tahun ini merupakan yang pertama ada di antaran kumpulan muzik yang bertanding. Jadi kami pun kenalah ‘polish’ balik apa yang patut,” katanya kepada MH.

Ditanya mengenai kekuatan Elite yang sebelum ini sinonim dengan lima anggota berbanding hanya tiga di kalangan mereka yang bertanding di GV edisi ini, Azza mengakui mereka sudah pun terbiasa membuat persembahan dengan ahli yang tidak lengkap.

Ads

“Sepanjang bersama Elite pun, kalian sudah boleh lihat ada anggota yang silih berganti. Kita kenalah terima dan buat yang terbaik untuk GV5 ini.

 

“Malah, Watie sendiri pun menyatakan rasa sokongan pada kami, sokong dari jauh,” jelas Azza.

Menerusi minggu kedua saingan, kumpulan tersebut bakal mengalunkan lagu Bulan Cinta, nyayian asal daripada kumpulan trio Dangdut, Eva.

Foto: Instagram Taufeeq Adam

Anda mungkin berminat dengan

Ads

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Saya Juga Pernah Rasa Susah,” – Ozlynn Tak Mahu Terlalu Cerita...

Aktres Ozlynn tidak dapat menahan sebak bila mengenang kembali detik-detik sukar yang terpaksa dilalui oleh sahabat baiknya yang juga pelakon Azar Azmi.
error: Hello. Cannot.