Bakal mengakhiri zaman bujang pada 20 Disember ini, pelakon Farah Nabilah memilih Mohamed Amirul Yunus sebagai pasangan hidupnya.

Farah turut berkongsi detik perkenalan bersama Amirul dan membuka cerita apabila pelakon Izara Aishah yang juga merupakan sahabat baiknya yang memperkenalkan mereka.

“Kami mula berjumpa ke di sebuah restoran di Rasta TTDI. Ketika itu saya belum berlakon dan masih belajar di universiti.

“Pada tujuh tahun lalu, Izara yang bawa saya berjumpa Amirul. Ketika itu Amirul bersama sekumpulan rakan-rakannya. 

“Jadi, itu merupakan pertemuan pertama kami di Rasta.

“Kami turut berterima kasih kepada dia (Izara) sebab pertemukan kami dan dia memainkan peranan penting juga dalam kisah cinta kami ini,” kongsi Farah. 

IKLAN

Izara Aishah Jadi ‘Dalang’ Dalam Kisah Cinta Farah Nabila & Bakal Suami? Rupa-Rupanya…

Pasangan ini ditemui di Hotel Majestic, Kuala Lumpur menerusi Sidang Media Mahligai Cinta Sidang Media Bersama Farah Nabilah, pagi Rabu.

Sementara itu, Amirul yang merupakan seorang juruterbang di sebuah syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) akui tertarik dengan senyuman manis bintang drama Cik Reen Encik Ngok Ngek itu.

IKLAN

“Saya tertarik dengan dia (Farah) kerana senyuman manis dia.

“Apabila dia senyum, hati saya mulai cair dan rasa tenang melihatnya,” jujur Amirul. 

Pasangan ini bakal mengadakan majlis pernikahan pada 20 Disember ini.

IKLAN

Farah,27 dan Amirul,28, juga bakal mengadakan tiga majlis resepsi iaitu pada 28 Disember (belah lelaki), 21 Disember dan 5 Januari 2020 (sebelah perempuan) di sebuah hotel terkemuka sekitar Kuala Lumpur.

Terdahulu, Amirul merisik Farah pada awal tahun ini.

Pasangan ini merupakan selebriti pertama yang bakal ditampilkan dalam portal terbaru di bawah jenama program perkahwinan popular TV3, Mahligai Cinta.

https://www.youtube.com/watch?v=Msa1d790t0k&t=38s

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI