Pelakon, Sharifah Sakinah tampil memberikan reaksi berhubung situasi semasa yang berlaku.
Jelasnya, dia bersyukur kerana setakat ini, dirinya tidak memerlukan bantuan kerana menyedari akan kepentingan menyimpan.
“Alhamdulilah , kami tak perlukan bantuan. Itu pentingnya SAVING. Kami takda bag mahal ,kami enjoy je. Percaya kepada rezeki memberi. Ramai artis yg dah derma diam diam tapi korang tatau.
“Ramai yang mengambil kesempatan dgn content spill the tea artis, ramai yg sedang tunjuk hero (tapi itu boleh membatu apikan keadaan lagi).
Ads
“Sigh… So right now there has been a civil war between us, currently debating which got what and which are suffering or benefit the most. You guys are missing out the big picture, the war is not between ourselves, it’s us between the unseen enemy,” tulisnya.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu juga turut menyifatkan semua orang perlu tahu peranan masing-masing tidak kira peringkat usia.
“It’s doesn’t matter if you are b40, t20, pn or ph, bangsa melayu cina johor kadazan, big power country like US or China. Kita semua hamba Allah di muka bumi. Kita kena jaga satu sama lain.
Ads
“We all will always need each other. May Allah forgives us all, baru dugaan sekecil-kecil zarah, tapi kesannya pada seluruh muka bumi tak kira kasta.
“Lets put aside our differences and focus on contributing. Everyone of us has our own special function in one big family called mankind. Sakinah sedih tau. Patutnya kena kerjasama ni bergaduh2,” luah Sakinah lagi.
Telah merancang percutian ke Australia bersama keluarga, namun mengenangkan kes jangkitan COVID-19 semakin menular di Malaysia, Dr Say Shazril terpaksa melepaskan impian demi menjaga keselamatan keluarga.
Pada masa sama, dia turut menasihati ibu bapa supaya tinggal di rumah walaupun musim cuti persekolahan bakal tiba.
Jelasnya walaupun Malaysia tidak mencatatkan kes kematian namun jangan ambil risiko.
“Topik : Stay Safe Peeps, Please.
“Baru2 ni sy buat poll kat story mana best nak pergi bercuti bersama bini & Ace yg masuk 10 bulan semalam sebab bini dah amik cuti 4hari, samaada Perth/ Gold Coast. Tapi hari demi hari bila bukak berita, COVID-19 makin mengganas.
“Kat Australia pun sy baca mereka dah mula prepare for the worst dengan supermarket diserbu untuk stock up keperluan asas.
“Maka terpaksalah kami tangguhkan perjalanan kami & so should u peeps. Sy tau cuti sekolah is coming soon tapi jangan pandang remeh COVID-19 ni. 2nd wave kat Msia ni menakutkan. Kalau masa 1st wave hanya 22kes, as of today total positive kes COVID-19 melonjak kepada 83 kes, thats 61 kes sahaja for the 2nd wave!
“Sy tau Msia tiada lagi kematian but why do u wanna take the risk? Tangguhkanlah dahulu perjalanan anda. Toksah terpedaya dengan tambang murah etc tu,” jelasnya.
Ulasnya lagi, sekiranya ada individu yang merasakan punya kontak rapat dengan mereka yang dijangkiti COVID-19, jangan ke klinik, sebaliknya terus ke hospital untuk membuat pemeriksaan.
“Satu lagi, kalau anda rasa anda ada kontak rapat dengan mereka2 yg positif COVID-19 janganla datang kat klinik kata “doc sy nak check samada sy ada COVID-19 sebab sy ade kontak rapat…” menganiaya pesakit & doktor kat klinik tu instead terus pergi ke hospital atau boleh hubungi Crisis Preparedness & Respons Center hotline di website @kementeriankesihatanmalaysia.
“One last thing, do keep urself updated dengan current COVID-19 issue ni please, kes isteri juara Da’i tu update kemudian k? Jangan biar Ace pandang korang mcm Ace pandang sy,” tulisnya panjang lebar.
Genap 100 hari pemergian anak penyanyi era 1980-an, Azian Mazwan Sapuwan iaitu Mohammad Aqil Zulkarnain menghadap Pencipta pada 16 December tahun lalu.
Kongsi bekas bintang Gegar Vaganza Musim Ke-2 itu, dia sentiasa mendoakan agar arwah berada bersama orang-orang beriman.
“24.03.2020 ~ Harini genaplah 100 hari anakanda Mohammad Aqil Zulkarnain meninggalkan kami. Kami semua merinduimu Aqil..
“Tidak sedetik pun tiada kamu dlm ingatan & sebutan kami.. Doa mama, Allah swt mengampunkan segala dosamu ankku, dilapangkan kuburmu & diterangkan dgn Nur cahayaNYA , dijauhi dr azab kubur & api neraka, tempatkan anakku di kalangan org² yg beriman di dlm SyurgaNYA 🤲🏻😭..aamiin yra.
“Hanya bacaan yaasin dr mama,adik brdk mu,kaum klrga jauh dan dekat..
Insyaallah selepas keadaan getir ini berakhir, mama akan tunaikan niat kita sklrga ye..kita berkongsi dgn mereka,” tulisnya.
Sebaik-baik lidah adalah yang hanya berbicara soal kebaikan dan atas sebab itu, pelakon Abby Abadi berkongsi pedoman agar umat manusia tidak meninggalkan dunia dalam kerugian.
Bintang Gerak Khas itu ada berkongsi kata-kata daripada Sufyan Ats Tsauri yang memaklumkan secara ringkasnya, dosa antara manusia walau hanya sekadar satu perbuatan cukup berat untuk dibawa selepas kematian berbanding dosa kepada Allah kerana Allah Maha Pengampun.
“Sufyan Ats Tsauri rahimamullah berkata “ Seandainya engkau bertemu Allah dengan membawa 70 dosa yang ada kaitannya antara engkau dan Allah, maka itu lebih ringan buatmu daripada engkau bertemu Allah dengan membawa 1 dosa yang ada kaitannya antara engkau dengan seorang hamba.” Thanbihul Ghofilun karya sammargondi hal.380,” kongsinya.
Selepas mencetuskan tanda tanya menerusi perkongsian foto yang memaparkan sebentuk cincin, penyanyi Ara Johari tampil memberikan sedikit bayangan mengenai satu perkara besar yang sedang dipersiapkannya ketika ini.