Gaun khas Peralatan perlindungan diri (PPE) rekaan khas Jovian Mandagie sebagai penghargaan buat kakitangan barisan hadapan hospital disifatkan cukup fashionable.
Malah barisan frontliner sempat berseloroh tidak perlu menempah baju raya Aidilfitri kerana PPE Jovian Mandagie sudah memadai.
Pereka terkenal ini turut terhibur dengan layangan tweet yang mengatakan suasana di pusat kesihatan kini bagaikan pusat fesyen, masing-masing bertanya PPE mereka daripada pereka mana.
Ads
“The hospital be like dude u pakai siapa punya. Melinda Looi, omg, u pulak Jovian and it feels like couture week at KKM,” kongsi Jovian.
Selepas mendirikan rumah tangga dan bergelar isteri, pelakon jelita Farah Nabilah semakin bergemar video masakan di akaun Instagram miliknya.
Baru-baru ini, Farah telah berkongsi resepi menu kuih Bingka Ubi yang sangat mudah untuk disediakan.
Kongsi bintang drama bersiri Titian Cinta ini merupakan kali pertama dirinya mencuba pemanis mulut kuih Bingka Ubi di samping berkongsi resepi kuih tersebut.
“Bingka Ubi (I’m no pro , ni first time test)
4 cawan ubi kayu yang dah diparut
2 cawan santan kelapa pekat
1 cawan gula pasir
1/2 sudu garam
Pewarna kuning
“Cara -cara
Panaskan oven 200 Celsius
1. Parut ubi kayu (dalam 3 batang dapat 4 cawan, Jangan tapis)
2. Campur ubi kayu yang dah diparut dengan santan, gula, garam pewarna kuning
3. Letak dalam loyang 7×7 ( saya takda )
4. Bakar selama 1 1/2 jam
5. Potong selepas betul betul sejuk. #feastwithfawaa,” tulisnya.
Penyanyi terkenal Indonesia, Glenn Fredly dilaporkan telah meninggal dunia pada Rabu, memetik Liputan 6.
Difahamkan, berita kematian bintang berkenaan disampaikan penyanyi Tompi yang juga sahabat penyanyi itu menerusi aplikasi WhatsApp kepada laman berkenaan.
“Telah berpulang saudara kami, Glenn Fredly, malam ini. Mhn dimaafkan semua salahnya. Dia yg selalu hadir menggerakkan kita semua,” tulis Tompi.
Glenn Fredly meninggal dunia di RS Setia Mitra kira-kira jam 6.00 petang waktu tempatan.
Glenn menghembuskan nafas terakhirnya pada di usianya yang ke-44 tahun.
Sumber: Liputan6
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas penguatkuasaan agar kedai gunting rambut dan salun kecantikan tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Fizo Omar berkongsi cara terbaik untuk menyelesaikan masalah di kalangan kaum lelaki.
Menerusi video yang dikongsikan bapa kepada seorang cahaya mata ini, seorang isteri bertindak mengambil tanggungjawab menata rambut si suami.
“Antara paksa dan rela. Sape rasa nak potong rambut tu boleh contact akak tu okay. Roger and out,” tulisnya ringkas sambil disusuli dengan beberapa tanda palang.
Penyanyi Haqiem Rusli berpandangan peminat tidak seharusnya berhenti memberikan sokongan kepada artis kesayangan mereka hanya kerana selebriti tersebut memilih untuk mendirikan rumah tangga.