Pelakon, Zizie Ezette akhirnya berkongsi jantina anak ketiganya.
Dia berbuat demikian dalam satu majlis ringkas dipercayai untuk mengumumkan jantina anak yang dikandungnya itu.
Zizie yang juga merupakan isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin turut berkongsi foto semasa majlis itu berlangsung di laman Instagramnya.
“Girl, See you in March my sweet lil angel. #InsyaALLAH,” tulisnya.
Ads
Dalam pada itu, di ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah oleh netizen.
Ads
Ads
Zizie berkahwin dengan Bung pada tahun 2009 dan dikurniakan anak kembar pada 29 Disember 2017 iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette menerusi pembedahan.
Aktres itu juga mempunyai dua anak angkat, Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, 1.
Foto/Instagram: Zizi Ezette
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, pelakon, Faye Kusairi berkongsi foto bersama suami, Azmi Hatta dan juga permata hati mereka, Alif Azmi di laman Instagramnya.
Bagaimanapun, ada yang meninggalkan komen bertanyakan sama ada Alif pernah bergambar dengan kakaknya, Putri Sara Sefhia yang merupakan anak kepada pelakon, Elly Mazlein.
“Sis muka daddy dia…sis pernah ka Alif bergambar ngan sister dia,” soal individu tersebut.
Faye kemudiannya membalas komen tersebut dengan mengatakan tidak pernah.
“Nop, tak pernah lagi. Alif pernah bergambar dengan abang-abang dia je. Mesti u hanya tau yang Alif ada kakak je kan?,” balasnya.
Kemudian, pelakon drama Istikharah Cinta itu memuat naik foto ‘throwback’ Alif bersama dua orang abangnya itu.
“Bagi yang dok busy body sangat tanya Alif ni takde bergambar dengan adik beradik dia ke tak tu, ni ha. Sis repost lah gambar throwback Alif 3 hari selepas kelahiran dia yg diambil di runah ibu bapa saya.
“Malah, Kak Yanti (ibu kepada anak anak tiri saya) & abang abang Alif yg hemsem ni tunggu saya diluar labor room bersama keluarga saya menunggu nak menyambut kelahiran Alif.
“Dan, saya memang sangat akrab dengan Kak yanti. Malah, Kak Yanti juga in very very well terms with my husband’s family.
“Jadi acik acik bawang, dah takyah kot nak cuba jual bawang hangit kat ig saya. Jangan usik my immediate and extended family as well.
“Go membawang else where. You’re not welcome here. I dont need to justify anything tapi sebab korang annoying sangat, I layan gak la skali skala. Apadahal….. huhu,” tulisnya.
Beberapa hari lalu, pengasas produk, Puteri Zarith telah pun mengadakan majlis ulang kelahirannya di sebuah hotel terkemuka.
Bertemakan Bollywood, para jemputan masing-masing mengenakan persalinan mengikut tema.
Paling mencuri tumpuan sudah tentunya pasangan sama cantik sama padan, Fazura dan suaminya, Fattah Amin yang hadir sedondon mengenakan persalinan rona putih krim sarat perincian.
Fazura yang mengenakan busana ilham pereka, Rizman Ruzaini tampil anggun dan menawan.
Malah menerusi beberapa foto yang dikongsi pelakon tersebut, rata-rata netizen memuji kecantikan dan senyuman manis yang diukir Fazura.
Tanpa mengenakan solekan melampau, Fazura tetap mencuri panjang!
Malah pada masa sama, ada juga yang membayangkan gayanya bak ratu Bollywood, Madhuri Dixit.
Apa pun, jom tatap beberapa foto menariknya yang diambil menerusi Instagram Fazura. Lawa sangat!
Foto: Instagram Fazura (foto dari @saufinadzri)
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) menyaksikan penyanyi Mimifly mencipta kejayaan besar apabila berjaya merangkul lima kategori pada acara yang berlangsung di Borneo...