Anggota kumpulan Forteen, Ameer Azhar menafikan video lucah yang kini tular di laman sosial adalah dirinya.

Jelas bintang berusia 28 tahun ini lagi, dia tidak mahu terus dikaitkan dengan video berdurasi 38 saat yang memaparkan seorang lelaki menunjukkan kemaluan yang menjadi buah mulut ramai sejak minggu lalu itu.

Isu Video Lucah : “Ralat Bila Ia Mulai Diperkatakan Menjelang Hari Pertunangan,” – Ameer Forteen

“Saya sendiri baru tahu mengenai video berkenaan dan hanya ketahuinya setelah ditunjukkan pihak media. Jelas, lelaki tersebut bukan saya, hanya mirip sebagaimana yang disangka ramai.

IKLAN

“Apa yang boleh saya jelaskan lagi, saya tidak mungkin boleh terfikir untuk melakukan perbuatan yang sedemikian rupa,” katanya kepada MH.

Terdahulu, penyanyi lagu Pulangkan Cinta itu ditemui media pada majlis pelancaran produk terbaru dari Musclemen Spa, di Shah Alam.

IKLAN

 

IKLAN

Mengulas mengenai video tersebut dengan lebih lanjut, Ameer mengakui kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang dilihat cuba memusnahkan reputasi.

“Jelasnya ia bukan saya dan saya sendiri pun tidak tahu apa motif ia disebarkan. Lebih ralat bila video tersebut mulai diperkatakan menjelang hari pertunangan,” luahnya sedih.

Ameer dan bakal tunang, Siti Nurnaja’a akan mengikat tali pertunangan pada Sabtu, di kediaman pihak perempuan di Kuala Lumpur.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI