Beberapa hari lalu kecoh di media sosial tentang isu Mia Ahmad mencium pipi suaminya iaitu penjaga gol Malaysia, Izham Tarmizi selepas meraih kemenangan pada perlawanan Piala Malaysia 2017 tempoh hari.

Selepas video tersebut dimuat naik oleh pelakon tersebut ke akaun Instagramnya, ramai netizen mula mengecam tindakan wanita itu.

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d) on

Rentetannya, menerusi Insta Story Mia, dia telah berkongsi beberapa screenshot perbulan suaminya bersama seorang ustaz mengenai hukum seorang isteri mencium pipi suaminya di khalayak ramai.

Menerusi perbualan tersebut, ustaz berkenaan mengatakan tidak salah untuk seorang isteri mencium suaminya di tempat awam cuma jangan keterlaluan sehingga menimbulkan nafsu kepada sesiapa yang melihatnya.

IKLAN

Isu Cium Pipi Di Khalayak, Suami Mia Ahmad Rujuk Ustaz

Isu Cium Pipi Di Khalayak, Suami Mia Ahmad Rujuk Ustaz

IKLAN

Isu Cium Pipi Di Khalayak, Suami Mia Ahmad Rujuk Ustaz

Ada benarnya, mungkin kerana terlalu teruja dan gembira Mia gagal untuk mengawal perasaannya lalu secara tidak sengaja mencium pipi suaminya di khalayak ramai.

IKLAN

Terdahulu, Mia juga pernah menjelaskan isu ini dan berkata ia merupakan tindakan spontan dan tidak dibuat-buat kerana terlalu gembira ketika itu.

Mia turut menambah, tindakannya itu normal bagi setiap isteri yang tumpang gembira apabila melihat kejayaan suami setelah berpenat lelah dan berkerja keras untuk menghadapi perlawanan bola tersebut.

Bagi MH Online, Mia perlu sabarlah dengan setiap kata-kata negatif yang dilemparkan netizen itu. Sudah menjadi lumrah setiap gerak geri selebriti menjadi perhatian ramai.

Sumber: Instagram Mia Ahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI