Nampaknya kontroversi rumah tangga pemain muzik, Ude Wahid dan isteri pertamanya, Intan Liana mendapat perhatian ramai.

Selain daripada peminat, rakan-rakan artis juga turut memberikan pandangan mereka terhadap kontroversi ini.

Baru-baru ini MH ada terlihat perkongsian pelakon popular, Nazia Mustafar di Instagram yang memuatnaik gambar bersama Intan.

Menerusi ruang kapsyennya, Nazia memberitahu bahawa Intan merupakan iparnya dan dia berasa terpanggil untuk mengatakan sesuatu tentang isu yang sedang hangat diperkatakan ramai ini.

IKLAN

Nazia berharap Intan dapat menghadapi segala ujian yang diberikan dan redha dengan setiap ketentuan. Pelakon ini juga turut memohon agar orang ramai berhenti mengecam pihak kedua.

“Assalamualaikum, Ramai yg x tahu sebenarnya intan ni ipar saya, tiba2 hari ini hati sy trpanggil tuk mengatakn sesuatu. Sebagai seorang kakak, perasaan sedih itu x lari dgn apa yg belaku pada dia sekarang ini … sy mohon doa dari semua agar perjalanan hidup dia lebih baik selepas ini …

 

“Wahai adikku @__iiiintvnroxs, hadapilah segalanya dgn tenang, bagi akk, tiada siapa yg bersalah dalam soal ini kerana susunan ini sudah pun tertulis untuk perjalanan hidup mu. Apa yg prlu adik buat, bersedia dalam segala kemungkinan yg akan datang, sesungguhnya susunan yg ALLAH beri pada mu ada lah yg terbaik buat mu dik. Berhentilah dr bersedih dan sama2 kita berdoa agar semuanya selesai dengan sebaik mungkin. Redhalah diatas segalanya.

 

“Sy juga bermohon agar hentikan lah juga segala kencaman2 yg dilontarkan pada pihak kedua kerana hidup kita pun belum tahu kesudahannya. ??????

 

“Hargailah setiap detik dan masa kerana ia tidak akn dapat dikembalikan. ?,” tulis Nazia di ruang kapsyen.

Rata-rata pengikut dan peminat Nazia juga turut bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh pelakon ini.

IKLAN

i_amhudaa: @naziamustafar setuju dengan kata2 positif tu. Kita hidup atas qada dan qadar yg sudah tertulis. Sesungguhnya DIA maha mengetahui segalanya

nizadir95: Bagus sgt statement…hati yg baik @naziamustafar ????

IKLAN

mida_yasin: Betul sgt setuju..sayu plak hati baca post kak @naziamustafar sama2 kita doakan yg terbaik utk kedua2 belah pihak

MH juga setuju dengan apa yang dikatakan oleh Nazia. Bagi MH setiap yang terjadi itu pasti ada hikmahnya dan kita sebagai manusia harus redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan.

Sumber: Instagram Nazia Mustafar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI