Penyanyi Hatiku Milikmu, Siti Nordiana atau lebih mersa disapa Nana memberitahu, dia seperti boleh agak pelbagai komen akan diberika para peminatnya apabila memuat naik gambar salah satu adegan yang bakal dimuatkan di dalam drama rantaian terbaru lakonannya, Pengantin Musim Salju yang menggandingkan Nana dengan Alif Star.

Menerusi sebuah posting sehari lalu, bintang asal Negeri Sembilan itu memuat naik gambarnya bersama Alif yang dirakam mengenakan baju pengantin dalam rona sedondon, seperti sedang melakukan penggambaran untuk babak diakad nikahkan.

“Bahagia kah kami nanti?? Coming soon ,” tulisnya dengan disertai dengan tanda palang #klikpengantinmusimsalju#pengantinmusimsalju #astroria.

Sehingga kini, posting berkenaan sudah pun mendapat hampir 50,000 tanda suka dengan lebih 400 komen yang rata-rata tidak sabar untuk menantikan drama tersebut.

IKLAN

Tidak kurang, ada juga yang bertanya dan membayangkan agaknya bilakah penyanyi itu akan berkahwin secara realiti.

Isu ‘Gambar Kahwin’ Dengan Alif Satar di IG, Siti Nordiana Dedah Belum Sampai Jodoh, Tiada Lagi Calon Suami!

IKLAN

Nana ketika dihubungi MH memberitahu, ibu tunggal anak satu ini sudah agak akan diajukan persoalan sedemikian. Bagaimanapun, dia menghormati setiap pandangan peminat dan meminta mereka untuk mendoakan yang terbaik untuk kebahagiaan dirinya.

IKLAN

“Sudah dapat agak bila post gambar tu, pasti akan ada macam-macam komen. Tapi tidak mengapalah sebab saya muat naik pun hanya sebagai salah satu promosi drama tersebut saja.

 

Kalau ditanya bilalah agaknya nak kahwin secara realiti, jujurnya jawapan saya masih lagi sama. Tak ada jawapan bila nak kahwin, sebab calonnya pun masih belum ada.

 

“Cuma saya mengharapkan agar semua mendoakan yang baik-baik untuk saya, insyAllah…” kata Nana yang bakal terlibat di dalam fashion show dibawah kerjasama jenama Prima Valet pertengahan April nanti.

Foto: Instagram Siti Nordiana

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/10155543832828435/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI