Pemain bola sepak negara, Izham Tarmizi memaklumkan isterinya yang juga merupakan pelakon terkenal, Mia Ahmad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga awal pagi tadi.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Izham menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
“Assalamualaikum. Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan baby girl yang juga merupakan anak ke tiga kami pada jam 1.25 pagi tadi,” katanya.
Menerusi entri yang sama, penjaga gol pasukan Sri Pahang itu turut berkongsi foto yang memaparkan dirinya sedang memangku bayi perempuannya itu.
Ads
Malah, Izham turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan isteri serta anaknya itu.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakannya. Semoga dipermudahkan uruskan kalian semuanya,” ujarnya lagi.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan-rakan atlet serta serta turut berkongsi rasa gembira selain turut mendoakan semoga Izam dan Mia kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Sekadar informasi, Izham dan Mia telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 13 Januari 2017 dan terlebih dahulu dikurniakan dua cahaya mata.
Ads
Terdahulu, selepas hampir lapan tahun bersama pasukan Johor Darul Takzim, Izham bakal memperkuat pasukan Sri Pahang bermua musim hadapan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Izham Tarmizi & Mia Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anugerah Industri Muzik Ke-24 (AIM24) telah mengumumkan senarai lima finalis bagi 26 kategori yang dipertandingkan. Lebih mengujakan, pemenang bagi 11 kategori bakal menerima ganjaran lumayan berjumlah RM700,000 menerusi peruntukan Dana Kandungan Kreatif (DKK) daripada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures (MyCV).
Pengerusi RIM merangkap Jawatankuasa Penganjur AIM24, Encik Rosmin Hashim berkata, seramai 130 finalis telah terpilih bagi 26 kategori anugerah yang membariskan senarai Top 5.
“Pemilihan semua 5 finalis ini telah dibuat oleh sejumlah juri profesional yang bersidang baru-baru ini dan keseluruhan permarkahan juri telah diaudit oleh firma pengauditan bertauliah, Mazars.
“Proses penjurian pula diurus tadbir oleh badan bebas iaitu Macomm Management Services Sdn. Bhd.
“Barisan juri yang dilantik telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah, dedikasi dan telus.
“Hasilnya, kita telah memperoleh senarai lima terbaik bagi 26 kategori AIM24 seperti mana pengumuman pada hari ini.
“Saya cukup teruja melihat senarai lima finalis ini kerana ia merangkumi bakat-bakat baru yang sedang menyinar selain artis-artis ternama yang telah lama menempatkan diri dalam industri muzik tempatan.
“Dengan dana sumbangan Kementerian Komunikasi melalui dana MyCV pula, 11 pemenang AIM24 kelak tentunya akan mampu menghasilkan lebih banyak kandungan muzik berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan mahupun luar negara.
“Pemenang kategori ‘Album Terbaik’ akan menerima dana sebanyak RM200,000.
Manakala kategori ‘Artis Baru Terbaik’, ‘Lagu Etnik Terbaik’, ‘Lagu Nasyid Terbaik’, ‘Lagu Tradisional Terbaik’, ‘Lagu Perpaduan Terbaik’, ‘Lagu Inggeris Tempatan Terbaik’, ‘Lagu Cina Tempatan Terbaik’, ‘Lagu India Tempatan Terbaik’, ‘Lagu Terbaik’ dan ‘Video Muzik Terbaik’ akan menerima dana berjumlah RM50,000 setiap satu,” katanya.
Proses Penjurian & Malam Kemuncak
Sebelum ini, RIM menerima 682 pencalonan berdasarkan karya muzik yang diterbitkan antara 1 Julai 2022 hingga 31 Disember 2024.
Penjurian fasa pertama AIM24 untuk kategori ‘Rakaman Lagu Terbaik’ dan ‘Rakaman Album Terbaik’ berlangsung di Timeless Studio pada 14 dan 15 Julai 2025, disusuli kategori lain di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 21 hingga 23 Julai 2025. Penjurian kategori ‘Lagu Terbaik’ pula diadakan di Timeless Studio pada 29 Julai 2025.
Panel juri terdiri daripada pengamal industri muzik tempatan berkelayakan dan berpengalaman luas, diketuai Pengarah Muzik tersohor, Datuk Mokhzani Ismail selaku Ketua Juri.
Malam kemuncak AIM24 akan diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang pada Sabtu, 13 September 2025, jam 9 malam. Acara karpet merah bermula jam 8 malam dan disiarkan secara langsung oleh RTM menerusi TV2 dan RTM Klik.
Secara keseluruhan, AIM24 mempertandingkan 30 kategori termasuk empat kategori baharu iaitu ‘Lagu Tradisional Terbaik’, ‘Lagu Perpaduan Terbaik’, ‘Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik’ serta ‘Kugiran Terbaik’.
Enam kategori akan diumumkan pada Majlis Pra-Anugerah, 12 September 2025, iaitu ‘Kulit Single/Album Terbaik’, ‘Rakaman Album Terbaik’, ‘Rakaman Lagu Terbaik’, ‘Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu’, ‘Lagu Paling Tinggi Distrim’ serta ‘Video Muzik Rasmi Paling Tinggi Ditonton di YouTube’.
Sebagai rekod, AIM mula dianjurkan di Malaysia pada 1993 yang menyaksikan “Dekat Padamu” (Ning Baizura) dinobatkan sebagai ‘Album Terbaik’ manakala “Satu” (Tan Sri SM Salim & Datuk Zainalabidin) memenangi ‘Lagu Terbaik’.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan kosmetik, Bonda Rozita menitipkan pesanan buat para cucunya supaya sentiasa beramal baik serta mendekatkan diri dengan al-Quran meski fasih bertutur dalam bahasa Inggeris.
Rozita turut berharap agar cucunya tidak berasa bangga dan riak sekiranya memiliki kelebihan bertutur bahasa antarabangsa tersebut dengan baik.
Ini pesanan yang diberikan ibu kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri buat mereka;
“Anak cucu sy sembang English Berhabuk, laju sgt sampai sy tak faham apa yg mereka sembangkan. Saya pesan pd cucu entah dipakai atau tidak sekurangnya dah cakap.
“Jangan bangga bahasa English, sekolah international. Itu x jamin kejayaan dunia apalagi utk ke akhirat, xpakai semua tu pun!! Basic agama, kena taat ikut syariat & Quran penting sgt.
“Kena azam belajar Quran sampai fasih & dibaca hari2, dunia ni hujung sgt nak kiamat..!! Mati tu ngeri kalu kita xda bekalan, simpanan buat dr masa kita hidup.
“Nenek pesan hidup miskin rasa susah sgt selalu lapar x cukup sbb nenek dah lalui, tp masuk kubur lebih ngeri kita sorang2 hanya quran dn amal baik jadi teman bantu kita.
“Kena siksa azab gelap sunyi – bykan baca ttg alam kubur. Sbb tu nenek pesan kena kuat dgn quran!!,” pesan Rozita.
Malah, dia juga ada berkongsi pengalaman hidup yang pernah dilaluinya seterusnya mengakui sangat mementingkan hal duniawi berbanding akhirat, sebelum ini.
“Sembang2 dgn cucu Masa muda dulu, nenek cakap pd diri ‘takutnya umur 40’ sy masih xda rumah & pekerjaaan tetap, sy x nak miskin nanti org hina anak2 keturunan. Saya kena ubah diri demi kebaikan masa depan sy sendiri & bawa anak2 keluar dr kehidupan sekarang.
“Masa muda kerja kuat xapa tua xlarat kerja dah, jangan tua uzur nanti sy meratap susah hidup dn meminta2 nanti anak menantu rasa sy menyusahkan anak2 (belum tentu anak & menantu nak jaga atau ikhlas sayang kita, kita kena siapkan ekonomi jaga diri sihat sebelum tua),” tulisnya lagi menerusi hantaran di Instagram.
Lagi berbaki dua hari untuk menyambut Ramadan, namun Ariz Forteen berkongsi perkhabaran duka apabila bapanya, Haji Abdul Hamid telah meninggal dunia pada 22 April pada pukul 11.00 pagi.
Walau bagaimanapun tiada sebarang punca dinyatakan.
“Al-fatihah buat pemergian Abah saya, Haji Abdul Hamid bin Haji Ibrahim pada jam 11 pagi tadi.
“Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin,” kongsinya.
Penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahamad mengakui dirinya kini lebih mementingkan kesihatan mental dan enggan terganggu dengan komen-komen negatif netizen.