Nampaknya isu pergaduhan di antara Nedim Nazri dan ibu tirinya Datin Seri Haflin tiada kesudahan. Baru-baru ini terbentang di dada-dada akhbar dan portal-portal hiburan dan media sosial bercerita tentang pergaduhan mereka.

Menurut laporan mStar Online, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mendakwa isterinya Haflin telah menjadi mangsa buli siber kepada Nedim sejak beberapa hari yang lalu.

Walaubagaimanapun Nazri tidak mahu berkongsi apakah jenis gangguan yang dilakukan dan tidak tahu apakah tujuan utama Nedim melakukan perkata tersebut.

“Isteri saya (Haflin) telah menjadi mangsa buli siber. Saya tidak tahu tujuan dia (Nedim) melakukan perkara itu. Kena tanya dia sendiri.

“Isteri saya ini pangkat ibu kepada dia, kenapa dia buat begitu? Dia sendiri ada anak tiri, adakah anak tiri dia buat macam tu kepada dia?,” kata Nazri kepada wartawan mStar Online.

Oleh kerana itu, Haflin mencabar anak tirinya itu untuk berjumpa dengan bapanya di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) Isnin depan untuk menyelesaikan kemelut yang melanda di antara mereka bertiga.

IKLAN

Your father is waiting for your call…. @boss_ned

A post shared by YBhg. Datin Seri Haflin S (@dshaflins) on

“@boss_ned bapa kamu tidak kisah dengan siapa kamu berkahwin, itu kehidupan kamu dan dia hanya mahu lihat kamu bahagia.

 

“Bapa kamu tidak kisah dengan apa yang kami fikirkan tentang perkahwinannya dengan saya.

 

“Jika kamu tidak datang, kamu penakut dan tidak berani untuk berdepan dengan reality. Jika mahukan pengesahan, kamu boleh hubunginya sekarang, saya akan jawab panggilan dan serahkan kepadanya,” tulis Haflin di Instagramnya.

Perkara itu tidak terhenti di situ, Haflin turut kongsi sekeping surat deklarasi perkahwinannya dan menunjukan Nazri hanya mempunyai satu isteri iaitu Haflin.

MH difahamkan Nedim yang juga suami kepada Nora Danish ini telah memuat naik beberapa kepsyen sindiran di Insta Storiesnya dan mendapat respond dari ibu tirinya itu.

IKLAN

“Isteri Saya Ini Pangkat Ibu Kepada Dia, Kenapa Buat Begitu?” – Nazri Aziz

“Isteri Saya Ini Pangkat Ibu Kepada Dia, Kenapa Buat Begitu?” – Nazri Aziz

“Isteri Saya Ini Pangkat Ibu Kepada Dia, Kenapa Buat Begitu?” – Nazri Aziz

“Isteri Saya Ini Pangkat Ibu Kepada Dia, Kenapa Buat Begitu?” – Nazri Aziz

IKLAN

Hmmmm, bagi MH kami tidak memihak kepada sesiapa mahupun menghukumi siapa yang salah dan benar, perkara seperti ini memang rumit untuk dikatakan, tetapi dari padangan kami sendiri, mungkin ketiga-tiga keluarga ini perlu berjumpa dan cuba selesaikan masalah ini dengan cara yang tenang dan lebih mudah.

Bergaduh di media sosial sebenarnya tiada kebaikan malah lebih mengeruhkan keadaan. Tambah lagi dengan provokasi=provokasi orang keliling lagi akan membuatkan keadaan semakin tegang.

Apapun semoga pergaduhan ini dapat di selesaikan dengan cara yang baik.

SUMBER: mStar Online

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI