Isteri Lan Pet Pet Cantik Persis Anak Dara

Isteri kepada pelawak popular Lan Pet Pet, merupakan adik kepada pelakon cantik, Rozita Che Wan.  Dia bukanlah seorang yang terkenal seperti kakak dan adiknya Ayu Raudhah, namun wajahnya saling tak tumpah jelita seperti Che Ta dan Ayu. Sangat cantik persis anak dara.

Lan Pet Pet pernah mengaku dia jarang berkongsi kisah keluarganya kerana mengikut nasihat ibunya yang mengatakan tidak perlu terlalu expose kisah peribadi dan disebabkan itu kisah keluarganya jarang diceritakan di ruangan akhbar, namun baru-baru ini isterinya yang cantik sering terlihat di entri milik kakak iparnya.

Jarang sebenarnya kita dapat melihat aksi Che Ta bersama adik beradiknya yang lain. Memang tidak dapat dinafikan, mereka semua dianugerahkan wajah yang cantik dan manis sekali malah kesemuanya ramping-ramping belaka.

Sememangnya adik beradik Che Ta memang terkenal dengan kecantikan mereka.

IKLAN

Rubytah Abu Bakar @ Che Wan atau dikenali Ruby Che Wan dan Lan mengenali sejak di bangku sekolah lagi iaitu ketika aktif dalam sukan berbasikal.Ruby ketika itu berumur 17 tahun belajar di Sekolah Menengah Tun Sharifah Rodziah, Jalan Kuala Kedah, manakala Lan menuntut di Sekolah Menengah Darul Aman, Alor Star, Kedah.

Lan telah berkahwin pada tahun 20 Ogos 2008 dengan Ruby Che Wan dan kini mempunyai 3 orang cahaya mata.

Bahagia betul melihat pasangan suami isteri Lan dan Ruby Che Wan, kemana sahaja pasti kemesraan mereka mengundang cemburu pasangan berkahwin yang lain bukan?

Jom lihat beberapa foto Ruby Che Wan yang cantik persis anak dara ini. 

 

IKLAN