Pencetus Umah (PU) Amin awal hari ini menerusi Instagram ada memuat naik beberapa posting, berkisar mengenai isu viral yang diperkatakan ketika ini melibatkan usahawan kosmetik, Nur Sajat.

Menerusi salah satu entri yang dikemas kini pada awal pagi Isnin itu, PU Amin yang ketika ini sedang menunaikan umrah mendedahkan dirinya ada ditegur pihak polis tempatan di sana ketika sedang berbual-bual bersama teman dalam bahasa Arab.

Sambil bertanya sama ada dirinya dari Malaysia, PU Amin turut ditanya mengenai berita kekecohan perihal lelaki yang mengenakan pakaian perempuan.

Dalam ‘buat-buat tidak tahu’ sejurus disoal, PU Amin menerusi posting sama turut menjelaskan, pihak berkuasa tempatan terbabit berpesan agar tidak buat hal di sini memandangkan ia tempat suci untuk beribadah.  Malah, undang-undang di tanah suci juga tak boleh dibuat main.

IKLAN

Sementara itu di ruangan kapsyen pula, PU Amin mengharapkan agar semuanya dapat diselesaikan cara baik dan akui sejak dulu dirinya bertegas agar tiada kecenderungan dalam menghina agama meski dikecam.

PU Amin pada masa sama turut meminta ramai agar mendoakan Sajat dan rakan-rakannya agar segera mendapat kebaikan dariNya.

Setiap aturanNya adalah bersebab dan Dia Maha Mengetahui.

IKLAN

“Harap sangat semua nya dapat diselesaikan dengan baik. Dari dulu saya bertegas agar tidak berlaku penghinaan pada agama ini, walaupun teruk dikecam dahulu, saya teruskan juga agar agama ini dipelihara.

”Semoga Allah pelihara kita semua. Inshaallah kita doakan agar sajat dan kawan kawan nya segera mendapat kebaikan dari Allah yang maha mulia, inshaallah dia akan dapat melaksanakan umrah ziarah dengan sempurna dengan jantina yang sebenar.

”Allah aturkan semua nya. Allah jadikan sesuatu bersebab. Allah tahu apa manusia tidak tahu,” tulisnya panjang lebar.

IKLAN

Terdahulu menerusi platform sama, PU Amin mendedahkan ada jemaah yang mengadu dan dirinya sedia memahami kerisauan berkenaan.

Bagaimanapun, Allah SWT ada dan semoga Dia memelihara kita semua.

Foto: Instagram PU Amin, Sajat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI