Bintang muda yang kian diminat sejak muncul menerusi drama bersiri Kampung People, Hun Haqeem mendedahkan dirinya tidak menolak andai bertemu jodoh dan berkahwin dalam masa terdekat.
Malah katanya seperti yang dipetik mStar, dirinya percaya akan takdir hidup yang telah ditentukanNya selain percaya pada rezeki andai sudah mendirikan rumah tangga selepas ini.
“Bagi saya tak salah kalau nak kahwin awal, itu pun sunnah. Selalu orang letak persepsi kalau kahwin awal karier seni akan berakhir. Tapi bagi saya tidak, kerana yang paling penting keikhlasan kita dalam bidang ini.
“Kalau Tuhan dah tulis kita berkahwin awal takkan dia nak tutup rezeki kita pula kan? Adakah sebab takut hilang nikmat dunia kita nak tolak rezeki jodoh yang Allah bagi, sebab itu saya sentiasa percaya rezeki Allah.
“Lagipun banyak faedah berkahwin ketika usia masih muda ni, antaranya fizikal saya masih mampu untuk menyara keluarga dan membesarkan anak-anak,” katanya seperti yang dipetik.
Ditanya mengenai soal teman hidup serta ciri wanita, pelakon berusia 22 tahun ini tidak meletakkan sebarang target usia untuk tamatkan zaman bujang.
“Saya tak letak target bila nak kahwin tapi kalau umur 25 tahun saya rasa dah okay… saya suka wanita yang luarannya sempoi dan kasar-kasar tapi hakikatnya seorang yang sangat mengambil berat tentang diri saya.
“Tentang umur saya tak kisah jika dia lebih berusia sekalipun, asalkan pasangan itu matang dalam perhubungan. Tapi buat masa ini saya masih single lagi ya… belum jumpa ciri-ciri itu!
“Sejujurnya, di laman sosial ramai yang cuba-cuba tackle tapi saya anggap itu hanya gurauan dan saya layan saja usikan mereka,” terang Hun.
Penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob ada memuat naik satu rakaman video di laman media sosial Instagram miliknya.
Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob berkongsi cerita mengenai kisah anaknya yang tidak biasa makan buah durian.
Maklum Fazley, dia berasa terkejut apabila melihat anaknya menikmati buah durian buat kali pertama.
“Malam kelmarin saya bawak anak2 semua makan durian, mula2 dulu @fieradzfazley sorang je makan durian, abg dia @fariedzfazley dan adik dia @fierudzfazley tak makan durian, tapi malam tu, saya punya lah terkejut! Nak tahu kenapa?? Cuba tgk!,” tulisnya.
Penyanyi kumpulan Floor 88, Ayie tiba-tiba rebah dan pengsan ketika menyanyikan lagu Aqilah di Konsert Gempak NEGERI fm, malam tadi.
Perkara itu dikongsikan menerusi Instagram rasmi Floor 88 ketika mengadakan konsert di padang awam Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu bersempena meraikan Hari Keputeraan Ke-72 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
“Kami Floor 88 ingin memohon maaf kerana tidak dapat meneruskan persembahan di Konsert Gempak NEGERI fm.
“Kami akan kongsi perkembangan penuh keadaan kesihatan Ayie. Terima kasih pada yang hadir dan tidak putus mendoakan kesihatan Ayie,”tulisnya.
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.