Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar Kalsom cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala.
“Sian som. Mommy kene kuat,” tulis peminat.
Ads
“Alhamdulillah kembali ok..anak saya pun eczema..melepuh2 kulit mcm melecur..nad boleh try Dr Ko Skincare Specialists juga..pegi HQ di Klang..terbaik..,” saran netizen di ruangan komen.
“Pedih tu,” luah seorang wargamaya.
Sekadar informasi, Nad telah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faliq Amirullah pada 18 Disember 2015.
Ads
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Fahad Ibrahim, 6 tahun dan Budi Kalsom, setahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nad Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kini rancak ditayangkan di pawagam, filem The Assistant mendapat sambutan hangat daripada peminat.
Filem aksi arahan Adrian Tan ini menjadi penanda aras kepada sinema tempatan yang dilihat baru bernafas semula pasca pandemik yang melanda dunia.
Melihatkan pujian demi pujian yang diberikan penonton, ia bagaikan memberikan sinar kepada sinema tanah air untuk kembali menyinar dengan pelbagai karya bermutu daripada penerbit tanah air.
Bagi penerbit popular, Jaja Ishak, berkesempatan menonton filem The Assitant lakonan Hairul Azreen, Iedil Dzuhairrr Alaudin dan Henley Hii baru-baru ini sebenarnya memberikan dimensi baharu kepada penerbit lain untuk sama-sama menghasilkan karya berkualiti tinggi seperti filem berkenaan.
“Memang teruja dan gembira apabila dapat sama-sama meraikan The Assitant yang membariskan pelakon hebat tanah air. Mereka bukan sahaja berkarisma membawakan watak dengan baik tetapi dalam masa yang sama berjaya membawa emosi penonton ikut turun naik.
“Saya anggap ini merupakan antara karya yang harus ditonton oleh semua peminat yang sudah lama tidak menonton filem aksi tempatan. Semua akan berpuas hati dengan The Assitant ini,” kata penerbit ini lagi.
Jaja berkata demikian sebaik sahaja selesai menonton tayangan perdana filem berkenan yang ditayangkan khusus untuk penerbit tanah air baru-baru.
Selain Jaja, beberapa penerbit lain turut sama dijemput menghadiri tayangan berkenaan untuk sama-sama menyemarakkan lagi industri kreatif tanah air.
Namun apa yang paling mengesankan Jaja apabila melihat mutu lakonan Hairul yang disifatkan semakin baik dari semasa ke semasa. Dia yang mengikuti perkembangan pelakon itu sejak dahulu percaya bakat yang ada pada Hairul mampu pergi jauh lagi pada masa hadapan.
“Ini merupakan satu perkembangan yang baik untuk Hairul pergi lebih jauh lagi dalam bidang lakonan. Saya mengikuti lakonannya sejak drama Misiku Kuza dan beberapa drama popular yang lain.
“Bila melihatkan perkembangan bakatnya, saya percaya sesiapa sahaja mampu jadi sepertinya sekiranya diberikan naskhah yang baik, pengarah yang hebat dan mampu membangunkan potensi pelakon.
“Semoga apa yang dinikmati oleh Hairul hari ini mampu membuka mata golongan pelakon lain untuk terus meningkat mutu lakonan lebih baik pada masa hadapan,” tambahnya lagi.
Filem The Assistant merupakan terbitan Act 2 Pictures mengangkat kisah seorang pemuda yang merengkuk dalam penjara atas kesalahan yang tidak dilakukannya.
Menariknya, baru sahaja ditayangkan secara rasmi pada 19 Mei lalu, The Assitant sudah pun menyertai Far East Festival Film (FEFF) ke-24 di Udine, Itali bulan lalu.
Selain itu, filem ini juga akan menyertai The Assistant akan menyertai Neuchatel International Fantastic Film Festival (NIFFF) di Switzerlan dan sebuah festival filem di Brussels, Belgium.
“Sebagai rakyat Malaysia dan sama-sama terlibat dalam bidang kreatif, saya bangga dengan apa yang dicapai oleh The Assitant hingga mampu menyertai festival di luar negara dan mengharumkan nama Malaysia.
“Kita berharap lebih banyak filem tempatan yang lain mampu untuk pergi jauh dan terus dibanggakan. Ia juga membakar semangat penerbit lain untuk sama-sama menghasilkan produk yang lebih baik,” kata pemilik Jaja Ishak Channel Sdn Bhd ini lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Aina Abdul tidak menafikan dia berhasrat agar penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi salah seorang tetamu yang hadir menyaksikan Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 (ANWAA 2.0) yang bakal dilangsungkan pada 25 dan 26 Jun depan di Istana Budaya.
Kagumi figura terkenal itu sejak kecil lagi, menjadi impian besar Aina semoga penyanyi lagu Anta Permana itu dapat bersama-sama pada malam konsert berkenaan.
“Saya terlalu meminati beliau dan kita sudah ada ‘connection’ itu sejak program Big Stage baru-baru ini. Jadi saya nak meneruskan lagi perhubungan ini bersama Tok Ti.
“Kalau boleh, teringin ada momen itu bersama beliau di tempat (konsert) yang sama,” katanya.
Aina bagaimanapun menjelaskan selain Siti, dia juga ada mempelawa beberapa nama besar lain.
“Sudah tentu juga saya turut menjemput rakan artis lain untuk sama-sama menonton.
“Mereka antara yang saya kagumi sejak dulu, misalnya Anuar Zain, Ziana Zain dan Misha Omar InsyaAllah doa-doakan mereka akan datang,” katanya lagi.
Malah, ada beberapa lagi penyanyi lain yang turut dijemput pihak pengurusannya secara peribadi.
Sementara itu, Aina teruja apabila jualan tiket konsert berkenaan sudah pun terjual lebih 80 peratus.
Malah, Aina optimis seterusnya mengesyorkan peminat yang masih belum mendapatkan tiket untuk segera berbuat demikian atas kelainan yang bakal dilakukan pada dua malam itu nanti.
Menampilkan Mac Chew sebagai pengarah muzik dan dibantu oleh penerbit terkemuka, Jenny Chin untuk mengemudi ANWAA 2.0, Aina menjanjikan kelainan yang berbeza.
Bagi mana-mana pihak korporat dan syarikat yang mahu membeli tiket ANWAA2.0 dalam kuantiti yang banyak, boleh menghubungi ‘team’ Aina Abdul di media sosial untuk harga istimewa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Rafidah Ibrahim mengakui tidak gemar untuk berkongsi kisah peribadi serta rutin kehidupannya kepada umum meski dirinya bergelar seorang selebriti.
Bagi Rafidah, tindakan dan perkongsian sedemikian di laman media sosial boleh mengundang hasad dengki yang nyata boleh memberikan kesan buruk kepada masyarakat sekeliling.
“#penyakithati Itulah antara topik ceramah awal yg ku dengar bersama suami yg disampaikan oleh Ustaz Kazim.
“Guys, kenapa saya share benda ni sebab dalam kehidupan kita, kita jangan asyik tengok pada kehidupan orang lain sehingga terlupa nikmat yg Allah dah beri pada kita.
“Nama pon dunia, apa yg sempurna?,” tulisnya.
Maka dengan itu, Rafidah berharap orang ramai mula melakukan perubahan positif dengan mendidik sifat ikhlas dan bersyukur dalam diri masing-masing.
Rafidah menambah, sikap sedemikian akan mendapat rahmatNya selain menghindari sifat hasad dengki dalam diri.
“Mulai hari ni didik hati & diri kita utk sentiasa ikhlas dan bersyukur.
“Kalau rasa sakit sgt hati tu, doa supaya Allah baiki hati kita. Dan kalau dah rosak hati tu, doa mohon supaya Allah gantikan dengan hati yg baru.
“Semoga Allah rahmati kita semua di dunia dan di akhirat. *nak cerita, terlalu panjang lebar sangat, cukup lah takat ni. Dalam hidup jangan terlalu #dramasangat k guys!,” akhirinya lagi.
Penyanyi rap dan komposer, Kidd Santhe tampil memberikan pandangannya berhubung tindakan rapper muda, Lucidrari yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur biadab terhadap rapper senior, baru-baru ini.