‘Dengarkanlah Di Sepanjang Malam Aku Berdoa
Bersujud Dan Lalu Aku Meminta
Semoga Kita Bersama…’

Bait-bait lirik lagu ini pastinya tidak asing lagi buat kebanyakan daripada kita. Malah ada yang menyifatkan lirik berkenaan telah menghantui hidup mereka dek kerana selalu mendengarnya di media sosial.

Bagi penyanyinya, Raffa Affar atau nama sebenarnya Raffa Aldiansyah, 20, lagu berjudul Cinta Sampai Mati itu membawa tuah kerana melonjakkan namanya bukan hanya di Indonesia, tetapi juga di Malaysia.

Pemuda kelahiran Depok, Jawa Barat itu juga menyifatkan kelahiran single sulung itu ibarat mimpi yang menjadi nyata.

Lagu ‘Cinta Sampai Mati’ Fenomena, Bawa Tuah Nama Raffa Affar Di Malaysia Lagu ‘Cinta Sampai Mati’ Fenomena, Bawa Tuah Nama Raffa Affar Di Malaysia

“Sebelum ini, saya sering membawakan genre lagu-lagu yang berkonsepkan ketuhanan mahupun selawat serta nasyid.

IKLAN

“Selain itu, saya ada juga menyanyikan lagu popular penyanyi lain dan dimuat turun ke dalam akaun media sosial.

“Bila sering menyanyikan lagu popular, saya juga berharap mempunyai lagu yang boleh hits dan ternyata impian itu menjadi kenyataan,” katanya.

Lagu ‘Cinta Sampai Mati’ Fenomena, Bawa Tuah Nama Raffa Affar Di Malaysia Lagu ‘Cinta Sampai Mati’ Fenomena, Bawa Tuah Nama Raffa Affar Di Malaysia

Tambah Raffa, pada asalnya, single ini diberi judul Dengarkanlah oleh penulis lirik sebelum diputuskan oleh label Botram Media Entertainment untuk judul yang lebih universal.

IKLAN

“Pihak rakaman berharap lagu ini dapat disampaikan mesejnya yang mempunyai maksud cinta kepada kedua ibu bapa yang masih ada mahupun yang telah tiada.

“Lagu ini sebenarnya tidak terhadap kepada pasangan sahaja tetapi juga kepada keluarga,” ujarnya mengenai lagu ciptaan Ayu Rizki Yani, isteri kepada Dodhy gitaris kumpulan Kangen Band.

Lagu ‘Cinta Sampai Mati’ Fenomena, Bawa Tuah Nama Raffa Affar Di MalaysiaLagu ‘Cinta Sampai Mati’ Fenomena, Bawa Tuah Nama Raffa Affar Di Malaysia

IKLAN

Lagu ini dilancarkan di bawah label muzik Hayat Kreatif Studio untuk pasaran Malaysia, Brunei serta Singapura manakala untuk pasaran di Indonesia dan lain-lain negara dilancarkan di bawah label muzik Botram Media Entertainment.

Sama seperti penyanyi baru lain, tiada apa yang diharapkan Raffa selain kehadirannya dan lagu tersebut mampu memberi nuansa baru kepada industri muzik sama ada di Malaysia mahupun Indonesia.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan.  Klik di sini.

Foto:  Instagram Raffa Affar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI