Walaupun sudah lebih dua tahun Allahyarham Abam meninggal dunia, namun karya-karya lawak dan komedi yang dijayakannya terus menjadi antara kenangan terindah buat peminat setianya.

Kehilangan Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pastinya lebih dirasai ahli keluarga lebih-lebih lagi balunya, Siti Nurhidayah Mohd Ali dan anak tunggal mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini sudah berusia tiga tahun.

Hidayah sering berkongsikan perkembangan anaknya itu menerusi laman sosialnya dan baru-baru ini sebuah video di aplikasi TikTok memperlihatkan Hamzah sedang mengucup gambar arwah bapanya cukup meruntun hati netizen.

@hidayah_hamzah Kenangan Hamzah syg Ayah ❤️ Masa hamzah demam rindu Kat Ayah terus dia ambil gambar Ayah.. Hamzah sayang Ayah sentiasa doakan Ayah ❤️ Al-fatihah suami ku sayangg Syed Umar Mokhtar 🤲#foryou #fyp #kenanganhamzah#anakibuayah#al_fatihahsuamiku ♬ Ayah – Laoneis

Netizen Sebak Tengok Anak Kucup Frame Gambar Abam – “Masa Hamzah Demam Rindu, Terus Dia Ambil Gambar Ayah.” Netizen Sebak Tengok Anak Kucup Frame Gambar Abam – “Masa Hamzah Demam Rindu, Terus Dia Ambil Gambar Ayah.”

Dalam video tersebut, Hamzah dilihat mengucup frame gambar Abam sambil menyebut perkataan ‘Ayah’.

“Kenangan Hamzah sayang ayah. Masa Hamzah demam rindu dekat ayah terus dia ambil gambar ayah.

IKLAN

“Hamzah sayang ayah sentiasa doakan ayah. Al-Fatihah suamiku sayang Syed Umar Mokhtar,” tulis Hidayah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa sedih dengan perkongsian tersebut malah turut mendoakan agar Hamzah menjadi anak yang soleh untuk kedua ibu bapanya.

Netizen Sebak Tengok Anak Kucup Frame Gambar Abam – “Masa Hamzah Demam Rindu, Terus Dia Ambil Gambar Ayah.” Netizen Sebak Tengok Anak Kucup Frame Gambar Abam – “Masa Hamzah Demam Rindu, Terus Dia Ambil Gambar Ayah.”

“Kesian dia kecil-kecil dah tak ada ayah, kita doakan semua… Al-Fatihah.

“Allahuakbar sayang Hamzah juga. Semoga membesar menjadi anak yang soleh.

IKLAN

“Hamzah anak yang baik, jadi seperti ayah Hamzah ya. Al-Fatihah Abam, moga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

“Allahu, jatuh air mata aku tengok anak comel ni siap panggil ayah… semoga sihat selalu.

“Anak yang kuat dan ibu yang hebat,” komen netizen.

Netizen Sebak Tengok Anak Kucup Frame Gambar Abam – “Masa Hamzah Demam Rindu, Terus Dia Ambil Gambar Ayah.” Netizen Sebak Tengok Anak Kucup Frame Gambar Abam – “Masa Hamzah Demam Rindu, Terus Dia Ambil Gambar Ayah.”

IKLAN

Sekadar informasi, Abam mendirikan rumah tangga dengan Hidayah, 31, pada Disember 2017.

Allahyarham Abam yang merupakan anggota kumpulan pelawak Bocey menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Jenazah Abam disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Abam Bocik

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI