Pelakon Siti Saleha mengesahkan dia sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Ahmad Lutfi Azhar.
Menurut bintang berusia 31 tahun ini, perkara itu dilakukan atas kebenaran mahkamah.
“Ya, saya failkan kes cerai atas kebenaran mahkamah,” katanya memetika Harian Metro ketika dihubungi menerusi WhatsApp, pada Rabu.
Bagaimanapun, dia yang hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, bagi sebutan kes perceraiannya pada Rabu tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Ads
“Lebih lanjut saya tak nak komen,” katanya.
Ads
Terdahulu, media melaporkan prosiding yang dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim itu berlangsung kira-kira jam 10 pagi itu turut dihadiri Ahmad Lutfi.
Berita keretakan rumah tangga pasangan itu agak mengejutkan apabila Saleha sebelum ini tidak pernah berkongsi mengenai masalah peribadi secara terbuka di media sosial mahupun media.
Hasil tinjauan, kali terakhir pelakon itu memuat naik gambar dia bersama suami adalah pada 24 Mac lalu, saat meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Ahmad Lutfi yang ke-35.
Saleha dan Ahmad Lutfi melangsungkan pernikahan pada 28 Julai 2017 dan mereka belum dikurniakan cahaya mata.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Keputusan kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri bermula pada 11 Oktober lalu disambut penuh gembira oleh rakyat Malaysia. Masing-masing teruja, apatah lagi buat mereka yang sudah lebih setahun tidak berjumpa ibu bapa dan keluarga tercinta.
Kebenaran itu juga selepas kadar vaksinasi lengkap di seluruh negara membabitkan golongan dewasa sudah mencapai 90 peratus. Ia sekaligus membuktikan bagaimana tahap kesedaran yang tinggi masyarakat terhadap suntikan vaksin.
Bertepatan dengan kempen kerajaan juga, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Amal Kemanusiaan Malaysia melancarkan lagu Vaksin Rindu sebagai usaha dan inisiatif agar orang ramai yang belum mendapatkan vaksin boleh berbuat sedemikian.
Selain itu, lagu ini juga bertujuan untuk menaikkan semangat selepas musibah yang menduga kita.
Lagu ciptaan AkhMas dan Yasin Sulaiman dan lirik oleh Yasin Sulaiman, Suhaimi dan Ghazali itu dinyanyikan oleh Yasin Sulaiman.
Yasin berkata, dia tidak berfikir panjang ketika ditawarkan untuk menyanyikan lagu Vaksin Rindu selain tertarik dengan lirik dan tema yang dibawa lagu berkenaan.
“Saya mendapat tawaran menyanyikan lagu ini bulan lepas. Apabila saya dengar melodi dan baca lirik, saya tak fikir panjang untuk kata ya. Saya terus terima dan nak buat. Lagi pula, saya suka idea yang dibawa Persatuan Amal Kemanusiaan Malaysia ini.
“Dalam masa sama, saya lebih kepada nak sokong kempen dijalankan mereka. Saya nak raikan matlamat kempen mereka menerusi lagu Vaksin Rindu ini. Melihat usaha mereka ini, ia sesuatu yang bagus kerana ada kesedaran dan mahu tingkatkan kesedaran kepada masyarakat terhadap suntikan vaksin di kala virus Covid-19 masih melanda negara,” katanya.
Berkongsi lanjut mengenai lagu itu, Yasin berkata dia juga turut memberikan sedikit sentuhannya pada melodi dan lirik.
“Pada awalnya memang saya kena menyanyi saja. Apabila tengok lirik, ia ‘cute’ juga. Lagu sederhana dan santai saja. Disebabkan karya ini daripada NGO, saya tidak boleh ‘treat’ mereka macam orang lain. Jadi, saya ada baiki sikit pada bahagian lirik supaya lagu itu lebih baik hasilnya.
“Sebelumnya saya minta izin dan mereka okay. Ketika dapat tawaran itu pun, muzik sudah siap. Jadi, saya bantu dalam proses ‘mixing’ sikit. Alhamdulillah, hasilnya diharap dapat diterima baik peminat dan sama-sama kita menghayati lagu ini,” katanya.
Ditanya mengenai kewujudan golongan yang masih belum atau menolak vaksin, Yasin berkata perkara itu adalah pendirian dan hak masing-masing.
“Di sekeliling saya ramai tak ambil vaksin lagi dengan alasan pelbagai atau mungkin juga mereka berasakan tak nak terbabit dengan agenda vaksin. Ikut kepercayaan masing-masing.
“Tapi bagi saya ia tak jadi masalah pada negara pun. Sebab kadar vaksinasi seluruh negara pun sudah mencapai 90 peratus.
“Lagi satu, kita tak boleh paksa mereka. Dalam perubatan pun sama. Cuma, pengambilan vaksin ini adalah untuk kesedaran bersama bagi melindungi diri kita,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Yasin mereka yang digelar anti vaksin ini bukanlah ancaman buat mereka yang sudah mengambil suntikan vaksin.
“Saya tak raikan pendapat mereka, tapi saya hormat pendirian mereka. Sebab soal masukkan sesuatu dalam badan adalah atas diri sendiri. Jadi, apa pun keputusan mereka, itu hak mereka.
“Bagi saya, buat masa sekarang ini bukan satu masalah. Melainkan kalau majoriti yang tak nak vaksin, itu baru masalah. Anti vaksin bukanlah ancaman buat kita. Kalau tengok sekarang pun kes harian kita makin turun. Tak perlu nak kecoh atau saling bergaduh di media sosial. Pada akhirnya yang tak nak ambil tetap tak nak ambil,” katanya.
Sementara itu, Persatuan Amal Kemanusiaan Malaysia berharap lagu Vaksin Rindu yang diterbitkan mereka dapat menaikkan semangat seluruh rakyat Malaysia selepas hampir dua tahun bergelut dengan situasi pandemik Covid-19.
Lagu Vaksin Rindu ini juga bertepatan dengan NGO ini yang mana mereka adalah persatuan yang aktif dan giat memberi sumbangan sepanjang tempoh pandemik Covid-19.
“Diharapkan lagu dapat menaikkan semangat selepas musibah yang menduga kita. Untuk sama-sama membantu dan memberi sumbangan boleh ke arifnasional.com atau dapatkan merchandise di vaksinrindu.com ,” katanya.
Lagu Vaksin Rindu bakal dilancarkan secara rasmi esok, 21 Oktober 2021.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Siapa sahaja yang tidak mengenali figura pelawak dan hos terkenal Nabil Ahmad yang mulai berkecimpung dalam dunia hiburan sejak tahun 2009.
Pelbagai kejayaan yang telah diraih bintang kelahiran Kampung Kayu Ara, Mambau, Negeri Sembilan ini dan terbaru, dia tampil dalam siri animasi berjudul Lu Pikir La, Nabil! yang telah mula bersiaran menerusi laman rasmi YouTube MeleTOP.
Lu Pikir La, Nabil! adalah sebuah siri animasi yang mengisahkan zaman kanak-kanak Nabil yang penuh dengan angan-angan bersama momen persahabatannya bersama rakan-rakan sewaktu di kampung.
Bukan itu sahaja, siri animasi ini turut mengambarkan kekalutan teletah warga kampung yang diabadikan dalam bentuk lukisan oleh Nabil sendiri.
Menariknya, kesemua nama watak dalam siri animasi ini telah mengunakan nama sebenar warga kampung hos berusia 38 tahun itu.
Jangan ada yang tidak tahu, siri animasi ini merupakan sebuah siri animasi selebriti tempatan yang pertama dilancarkan di Malaysia.
Siri animasi ini mempunyai sebanyak 4 episod dan setiapnya berdurasi selama 4 minit sudah mula ditayangkan kepada orang ramai pada setiap hari Khamis, jam 9 malam mulai 14 Oktober yang lalu.
Foto: Instagram Nabil Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Vokalis kumpulan Bunkface, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom telah mendedahkan nama anak keduanya, Idris.
Difahamkan ini, cahaya mata lelaki ini adalah hasil pekahwinan keduanya bersama Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi.
“Salam Jumaat Humans!! Say hello to Idris Bin Shamsul Annuar #alhamdulillah #doakanyangbaikbaik,” tulisnya menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan ucapan tahniah kepada abang kepada aktres jelita Siti Saleha itu.
Sebelum ini, Sam pernah berkahwin dengan penerbit rancangan, Aida Azira Hussin pada 25 April 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Maleeq, 4 tahun.
Namun, pasangan ini bercerai sekitar Januari 2019.
Selepas itu, Sam mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi pada 10 Disember 2020.
Foto: Instagram Sam Bunkface
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.