Pernah menutup salun miliknya, pendandan rambut selebriti, Chez Hamdan tidak menyangka pertemuan usahawan dan bekas penyanyi, Erna Elliyana Rosli kembali membakar semangat untuknya bagi meneruskan kecintaannya yang terbantut susulan pandemik COVID-19.
Lalu, wujudlah perkongsian pintar atau ‘smart partnership’ di antara dua usahawan bumiputera berkenaan menerusi kehadiran salun pelbagai tarikan yang dikenali sebagai ChezKamya Professional berlokasi di Sentul Point, Jalan Sentul Pasar, Kuala Lumpur.
Salun berkenaan mula beroperasi secara rasmi pada 20 Ogos lalu.
Chez, 36, atau nama penuhnya, Halimi Hamdan mempunyai pengalamannya lebih 10 tahun di dalam industri kecantikan rambut.
Manakala Erna, 34, pula pernah menceburkan diri dalam dunia seni era 1990-an yang semakin dikenali dengan kepelbagaian produk makanan tambahan untuk kecantikan, Kamya Glow.
“Saya bersyukur pertemuan dengan Erna membuahkan semangat baharu untuk saya kembali membuka salun kecantikan. Ini bukan projek jangka pendek, tapi kerjasama selama-lamanya. Insya-Allah.
“Baik saya dan Erna juga akan menjual produk kami masing-masing. Bahkan disediakan pusat pembelajaran kepada yang berminat untuk belajar membuat rawatan kecantikan rambut.
Ads
“Di salun ini, kami menawarkan perkhidmatan yang profesional dengan hasil yang cantik dan kacak. Kami juga menawarkan tempat yang eksklusif supaya pelanggan akan berasa gembira apabila berkunjung ke salun kami,” kata Chez.
Salun ini menyediakan ruang pelanggan yang dilengkapi 15 tempat duduk.
“11 di tempat awam atau terbuka. Selain dua di bahagian VIP. Manakala baki dua lagi di ruangan muslimah untuk wanita bertudung.
“Ruang VIP dikhususkan kepada pelanggan yang mahukan privasi, keselesaan dan juga layanan eksklusif kerana pelanggan turut dihidangkan secangkir kopi serta makanan ringan.
“Turut disediakan ialah ruang menunggu yang selesa dan bilik solat,” katanya lagi.
Ads
Bercerita berkenaan kolaborasi terjalin, Chez berkata ia merupakan kerjasama yang bijak terutama dalam meningkatkan ekonomi kedua-dua belah pihak.
“Gandingan antara Kamya dan Chez Professional ini mula terjalin apabila saya mula berkenalan dengan pengasas Kamya Glow iaitu Erna sendiri.
“Dari situlah timbulnya idea untuk bekerjasama, memandangkan kecantikan dan kesihatan rambut sebenarnya saling berkait rapat.
“ChezKamya Professional adalah satu jenama salun rambut yang melengkapi iaitu kecantikan dan rambut adalah dari Chez Professional, manakala kesihatan dan kecantikan adalah falsafah milik Kamya ,” kata Chez.
Antara selebriti yang sering mendapatkan khidmat dandanan rambut daripada Chez seperti Nad Zainal, Norman Hakim, Hairul Azreen, Shiha Zikir dan ramai lagi.
Ads
Bukan sekadar sebuah salun rambut biasa, salun ini merupakan sebuah pusat sehenti yang turut menitikberatkan kecantikan dan kesihatan rambut baik dari segi produk mahupun perkhidmatan yang disediakan.
Menurut Erna, salun ini turut memperkenalkan 15 rangkaian produk penjagaan rambut.
“Sesuai dengan pembukaan salun ini, kami di Kamya turut memperkenalkan produk terbaharu iaitu Sugeheir yang merupakan vitamin dalam bentuk kunyah. Produk ini dilengkapi dengan nutrisi untuk pertumbuhan rambut yang sihat dan lebat.
“Ia sekali gus selari dengan cogan kata jenama produk saya iaitu #’Cantik itu siapa? Cantik itu kamu,” kata Erna.
Dia sebelum ini pernah menyertai pertandingan nyanyian seperti Sinaran Pasport Kegemilangan 2000, Malaysian Idol 2004, One In A Million 2006 dan berlakon dalam beberapa drama serta filem tempatan.
Tambah Erna lagi, di salun itu ditawarkan pelbagai perkhidmatan yang pastinya memberi pelbagai kemudahan kepada para pelanggan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas penyampai radio Hot FM, Fizie memaklumkan dia kini bakal memberi tumpuan dan fokus sepenuhnya terhadap beberapa perniagaan yang diusahakan selepas ini.
Jelas Fizie atau nama sebenarnya Mohamad Hafizie Roslan, keputusan tersebut dilakukan kerana mahu memulihkan kembali rangkaian perniagaan di samping berehat seketika daripada dunia penyiaran.
Fizie turut mengharapkan para peminat untuk terus mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.
“Bismillahirahmanirahim. Permudahkanlah segala urusanku Ya Allah. Ya saya berehat seketika dari dunia penyiaran bagi memulihkan beberapa rangkaian perniagaan, doakan saya gaiz.
“Ada rezeki dan diizinkan Allah saya akan kembali berkeudara. InsyAllah #newjourney #newroutine #economicrecovery #dontsaybrothernotumbrella #umbrellamung,” tulisnya.
Terdahulu, Fizie dan rakan penyampai untuk segmen Geng Pagi Hot (GPH), Mark Adam telah terpaksa meninggalkan stesen radio berkenaan selepas kontrak perkhidmatan mereka ditamatkan pada Selasa.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram Fizie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon versatil, Rita Rudaini ada memberikan nukilan dan berkongsi kisah bersempena sambutan Hari Bapa yang disambut pada Ahad.
Menerusi satu posting di Instagram, Rita ada meluahkan pengertian hari bapa buat kedua-dua anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Menurut Rita, bagi anaknya Paklong dan Paksu (bapa saudara) dianggap sebagai ‘bapa’ mereka dan tidak pernah lupa untuk berikan ucapan istimewa buat individu tersebut.
Pada masa sama, bintang ini turut menyifatkan anak-anaknya bertuah kerana memiliki bapa saudara yang baik serta mengambil berat seperti anak sendiri.
“Harini adalah HARI BAPA….anak2 xpernah lupa wish utk sy,paklong dan paksu dorg. Paklong & Paksu…bg mereka itu lah ‘bapa’.
“Dari kecik kasih syg xpernah berbelah bagi antara anak sendiri dan anak saudara…apa yg anak mereka dpt,anak sy pon akan dpt, mana pernah mereka lupa seinci pon anak2 sy.
“Kasih syg mereka tiada sempadan….walaupon mereka hanyalah seorang bapa saudara……budak2 kecik ni akan ingat siapa yg selalu bersama mereka…budak2 akan kasih dan suka org yg kasih kn mereka.
“Anak-anak sy cukup bertuah kerana di kelilingi bapa saudara yg baik dan mengambil berat umpama anak sendiri….walaupon berjauhan tp ank2 sy tetap ingat dan sering ucap rasa rindu klau lama xjumpa…sering sebut klau ada apa2…rasa yg ada dlm diri ank2 terhadap ‘bapa saudara’ dorg ni mmg pure love.
“Senyuman dan mata bahagia dorg dpt sy rasa……wahai ank..ingatlah jasa mereka bila besar nanti…..jagalah mereka spt bapa sendiri….itu pesan sy pd mereka selalu….kasih syg mereka xle di ganti dgn wang ringgit dan harta benda.
“SELAMAT HARI BAPA kpd paklong @d4nimuz7 & paksu @neves7727 ……ryan & arjuna adalah anak2 yg paling bertuah dpt merasa kasih seorg ayah lebih dr satu …..terima kasih TUHAN,” tulisnya panjang lebar.
Turut dikongsi ialah foto lama kedua anaknya yang dipangku bapa saudara ketika masih kecil.
Rita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Mohd Aidil Zafuan pada tahun 2008.
Bagaimanapun mereka berpisah kira-kira lima tahun selepas itu dan hasil perkongsian hidup, keduanya dikurniakan dua cahaya mata lelaki yang masing-masing berusia 11 dan 9 tahun.
Foto: Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktres jelita, Fasha Sandha tidak mahu menafi atau mengiyakan mengenai desas-desus yang mendakwa dirinya kini kembali hamil selepas mengalami keguguran lebih empat bulan lalu.
Malah bintang berusia 35 tahun itu turut meminta ramai supaya mendoakan yang baik-baik buat dirinya agar dikurniakan rezeki zuriat menerusi hasil perkongsian hidup bersama pelakon, Aidil Aziz.
“Doakanlah yang baik-baik. Pengalaman keguguran lalu menyebabkan saya tidak mahu bercakap lebih mengenai kehamilan.
“Saya percaya, mereka yang pernah ada pengalaman sedemikian akan rasa fobia untuk berkongsi mengenai perkara itu. Apa pun doakan yang baik-baik.
“Saya tidak mahu komen apa-apa pun mengenai kandungan sebab pernah alami keguguran yang teruk dan sangat mendukacitakan buat kami sekeluarga.
“Jadi sebab itulah saya tidak bercakap langsung. Kalau ada yang tanya pun, saya tidak nafi atau mengiyakan. Saya hanya minta agar mereka mendoakan yang baik-baik,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai sejauh mana tahap fobia yang dialami hingga membuatkan Pelakon Wanita Terbaik (Drama) ASK2017 itu ragu-ragu untuk berkongsi mengenai dakwaan sedang hamil, ini jelas Fasha;
“Sebelum ini saya alami keguguran ketika usia kandungan kira-kira lapan minggu. Ketika itu harapan sepenuhnya sudah diberikan kepada anak-anak dan mereka sangat teruja dengan berita tersebut.
“Jadi bila saya alami keguguran sebelum ini…bukanlah tidak teruja tetapi saya ambil pendirian untuk tidak terlalu bercakap mengenai hal tersebut. Tidak mahu mengiya dan tidak mahu menidakkan. Cuma sudah tentu kita mengharapkan yang baik-baik.
“InsyaAllah akan buat pengumuman… Mungkin kali ini kalau saya nak bersalin baru saya umumkan kot. Fobia sampai macam tu sekali memandangkan ketika saya gugur dulu ada yang cakap mungkin kerana terlalu awal saya umumkan. Rasanya tidaklah begitu…
“Ada kawan saya yang usia kandungannya cecah tujuh bulan pun masih boleh gugur. Tiada rezeki Allah nak bagi. Apa pun, peristiwa itu sangat memberi kesan terutamanya pada anak-anak. Suami masih lagi okay sebab dia seorang yang positif, optimistik dan percaya pada rezeki.
“Saya lagi sedih dari suami sebenarnya sebab harapan itu sudah diberikan kepada anak-anak. Mereka yang minta saya berkahwin kerana mahukan adik. Jadi bila sudah kahwin dan mengandung tiba-tiba keguguran.
“Saya tak mampu buatkan mereka gembira dan sebab itulah saya jadi macam fobia,” akui Fasha yang turut merakamkan raya syukur kerana dikurniakan rezeki serta tawaran kerja yang tidak putus-putus.
Terdahulu, bintang ini ditemui media pada majlis Pelancaran Ubat Gigi Aura White Bersama Guardian di IOI City Mall, Putrajaya pada Sabtu.
Turut diadakan ialah sesi ramah mesra bersama wajah wakilan Ubat Gigi Aura White lainnya iaitu Izzue Islam dan PU Azman.
Fasha mendirikan rumah tangga bersama Adil Aziz pada 30 Mac lalu dan menerusi perkahwinan sebelum ini bersama Rizal Ashram Ramli, bintang cantik itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma
Pempengaruh media sosial, Siti Jamumall menyifatkan kehadiran dua orang anak lelakinya iaitu Putra Adam Rizki, 6 dan Putra Aiman Zafran, 4 sebagai kekuatan utama...