Program realiti, Dansa Dan Sing minggu lalu sekali lagi memahat memori tak kan dilupakan buat salah seorang pesertanya, Wanie Kayrie yang dilihat sebak apabila membuat persembahan.

Dalam saingan pada minggu keempat, bintang remaja berkenaan memberikan persembahan meyakinkan menerusi lagu Ayah Kukirimkan Doa sekali gus membawa dirinya dan The Litz untuk berada dalam kelompok tiga kumpulan teratas.

Bagaimanapun, Wanie akui rasa sebak ketika membuat persembahan lebih-lebih lagi apabila mengenang bapanya yang telah tiada.

View this post on Instagram

“Ayah ku kirim kan doa Semoga engkau tenang di alam syurga” ✨ . Tak tahu kenapa rasa sebak sangat malam tadi. Niat di hati hanya ingin menyampaikan apa yang saya rasa sepanjang 20 tahun hidup tanpa kasih sayang seorang ayah. Persembahan ini juga adalah mesej buat kita semua agar sentiasa hargai insan kita sayang selagi masih ada di depan mata ✨ Moga anda terhibur dengan persembahan kami sampaikan. Insyaallah we’ll give more this week! . Terima kasih @maestromediamy @astrogempak for capturing this unforgettable moment ❤️ So proud of my team @delitz.official for supporting me to deliver the message well. Let’s keep fighting till the end! . Terima kasih juga my team yang siapkan Wani setiap minggu! Big thanks to: Dress @anasabdullah.kl 💙 Makeup @emilyaisyamakeupartist 💄 Hairdo @fiya_osem 👑 Stylist @liazailia @reanruddean . #suriarecords #dansadansing2020 #wanikayrie @wanikayriesquad

A post shared by Wani Kayrie (@wanikayrie) on

“Ayah ku kirim kan doa. Semoga engkau tenang di alam syurga”. Tak tahu kenapa rasa sebak sangat malam tadi.

IKLAN

”Niat di hati hanya ingin menyampaikan apa yang saya rasa sepanjang 20 tahun hidup tanpa kasih sayang seorang ayah.

”Persembahan ini juga adalah mesej buat kita semua agar sentiasa hargai insan kita sayang selagi masih ada di depan mata.

IKLAN

”Moga anda terhibur dengan persembahan kami sampaikan. Insyaallah we’ll give more this week!,” tulisnya sambil memberikan kredit.

Sementara itu, guru tari, Linda Jasmine dan ikon fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim telah diberi kepercayaan sebagai juri tetap dalam musim pertama ini.

IKLAN

Pada masa sama, seorang juri jemputan akan diundang setiap minggu untuk bergandingan bersama Linda dan Rizalman.

Diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Hady Mirza, konsert mingguan Dansa Dan Sing ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123) bermula 5 Januari lalu.

Media sebelum ini ada melaporkan, ibunya pernah memaklumkan bapanya meninggal dunia akibat kanser, kurang seminggu sebelum hari jadi pertama Wanie.

Foto: Instgram Wanie Kayrie

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI