Sekadar imbasan, bapa pengacara RTM ini, Sanny Toh bin Abdullah, 65, dilaporkan telah meninggal dunia di Madinah selepas rebah dalam perjalanan menuju ke Makkah bagi menunaikan ibadah umrah, pada 8 Februari 2018.
Foto : Instagram Iesya Toh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi laman Youtube Gegar, DJ Nazz yang bersiaran bersama tetamu jemputan, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA mendapat perhatian ramai.
Dalam pada berkongsi mengenai kerjaya, bekas hos terkenal ini turut bercerita mengenai sisi peribadinya, termasuk kisahnya bersama penyanyi, Ziana Zain.
Dia mengulas secara jujur spekulasi yang bertebaran selama ini mengenai isu ‘patah hatinya’ dengan bintang berkenaan.
Meski puluhan tahun berlalu, namun lelaki ini mengingati setiap inci memorinya.
“Masa itu saya sedang berangan bercinta dengan Ziana Zain. Saya ke rumah dia dan berjumpa bapanya untuk meminta izin membawa Ziana keluar makan. Bapanya berpesan agar menjaga Ziana baik-baik.
“Walaupun hati saya memberontak mahukan Ziana Zain namun orang kata Korban Cinta. Dia tiada perasaan yang sama terhadap saya, hanya saya yang bertepuk sebelah tangan.
“Tapi dia sudah kena karma, tengok apa yang terjadi kepadanya. Bangga sangat berkahwin dengan lelaki itu.
“Semasa membawa Ziana Zain keluar, saya rasa seolah-olah seperti Justin Bieber, namun dia memanggil saya ‘deknon’.
“Daripada Shah Alam, saya membawa dia ke Hotel Concorde dan waktu itu saya meluahkan perasaan dan katakan saya suka padanya,” akuinya.
Lalu, ini reaksi yang diberikan penyanyi Kemelut Di Muara Kasih itu.
“Namun jawapannya ‘deknon jangan nak mengada. Kita kawan sahaja, tak ada feeling-feeling. I tak berminat’. Selepas beberapa minggu, keluar kenyataan di Media Hiburan katanya ‘saya tiada taste dekat Azwan Ali.
“Bayangkan maruah lelaki saya pada waktu itu,” jelasnya tanpa berselindung.
Malah, pengacara hebat ini turut menyatakan perwatakan Ziana Zain sebagai 'simple lady’ membuatkan dia jatuh cinta.
“Sewaktu saya gilakan dia, dia seorang yang simple lady. Bukan seperti sekarang, semakin cantik dan vogue.
“Dia sempoi dan itu yang membuatkan saya jatuh cinta kepadanya. Dia ada sesuatu yang menarik di mata saya. Tapi tak ada jodoh, tak apalah,” katanya lagi.
Selain itu, Azwan turut menjawab persoalan mengenai perubahan drastik penampilan berbanding sewaktu awal kemunculan dalam dunia seni.
“Saya akui ramai yang memuji ketampanan saya waktu awal dahulu dan masih menyimpan komen-komen berkenaan. Tapi sebenarnya saya mahu jadi begini, saya tidak peduli.
“It’s just a change of life. Lagi saya dikutuk, ini cara saya provoke mereka,” tambahnya menerusi rancangan terbabit.
Dalam pada itu, program #begitubegini bersama Azwan Ali turut mengulas kehidupannya sebagai pelajar pintar dalam jurusan Undang-Undang, pengalaman diherdik Fauziah Ahmad Daud dan populariti.
Sumber : Youtube Gegar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Datuk Aaron Aziz dilihat sekali lagi terkejut dengan hasil kreativiti salah seorang anaknya, Dahlia Arissa, 10 yang berkemahiran dalam melakukan solekan efek yang telah dipelajarinya sejak tahun lalu.
Malah, hasil kerja seni anaknya itu turut dikongsikan menerusi salah satu entri pelakon Ombak Rindu itu di Instagram, beberapa hari lalu.
Dari gambar yang dikongsi, ia secara jelas menunjukkan jari telunjuk kanak-kanak itu seperti terkoyak dan berlumuran darah.
“Haihhh….anak…anak…. selalu buat kejutan beruk. Dan byk kali la Daddy cakap Daddy takut benda benda berlaku.
”Apa apa pun @dahliaarissaaaron memang talented!!! Good job Ahlia!,” puji Aaron sambil disusuli dengan beberapa tanda palang.
Solekan itu baharu sahaja dipelajari Dahlia dan dilakukannya sendiri.
Lalu, entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya bila ramai memuji dan tak kurang yang masih lagi terkejut meski Aaron pernah berkongsikan hal sama sebelum ini.
Aaron sebelum ini ada menyatakan rasa bangganya atas kemahiran puterinya itu.
Terdahulu, Aaron yang mendirikan rumah tangga dengan Diyana Halik turut mempunyai dua lagi cahaya mata lain iaitu Danish Anaqi dan Dwi Ariana selain Dahlia.
Foto: Instagram Datuk Aron Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 40, sah bergelar isteri kepada lelaki pujaan hati, Mohamad Azlan Che Noh,30, dengan sekali lafaz.
Majlis akad nikah telah dilangsungkan di Putra World Trade Center, Kuala Lumpur tepat jam 9.09 malam dengan lima berbalas tujuh hantaran.
Elly dan suami telah dinikahkan oleh bapanya, Syed Hanafi Syed Abdullah dan disaksikan Abdul Manaf dan Mohd Akmaluddin dengan mas kahwinnya seutas gelang tangan emas.
Majlis bertemakan Malam Bulan Dipagari Bintang itu telah disaksikan kira-kira 750 tetamu, terdiri daripada ahli keluarga kedua belah keluarga, selebriti, media dan teman rapat.
Sebelum ini, majlis merisik pasangan mempelai telah berlangsung pada 19 Oktober lalu dan diadakan secara tertutup.
Elly dan Azlan seterusnya mengikat tali pertunangan pada 17 Disember tahun lalu dan pasangan sama cantik sama padan ini saling mengenali sejak Ogos tahun lalu.
Sepanjang tempoh berkenaan, Elly tidak mendedahkan foto wajah tunangnya itu secara terbuka, sehingga majlis malam berinai, malam tadi.
Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi, yang kini mencecah usia empat tahun.
Berkongsi mengenai bulan madu, pasangan ini merancang untuk berbulan madu di London, tidak lama lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.