Awal hari ini, Tomok berkongsi kisah lucu melibatkan salah seorang anaknya yang mendapat keputusan cemerlang di dalam salah satu kertas ujian yang diduduki.
Bagaimanapun, apa yang lucunya nama bapa yang ditulis si anak cukup menggelikan hati netizen.
“Alhamdulillah..ada paper yg ok ada yg kena di pertingkatkan lagi..kena banyak buat ulangkaji.
Ads
“Tapi kenapa nama ayah tulis macam tu? bukan nama penuh..kau ingat ustazah nak bagi markah extra ke?,” tulisnya.
Ads
Ads
Lalu perkongsian tersebut mendapat reaksi netizen yang pelbagai dan rata-ratanya terhibur dengan kapsyen yang ditulis Tomok.
Foto: Instagram Tomok
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berkongsi pengalaman bersama primadona Malaysia, Erra Fazira, Ebit Lew mengakui hatinya tersentuh sehingga menitiskan air mata saat mendengar luahan hati wanita jelita itu.
“Sebaknya ya Allah… Tadi @errafazira menangis teresak-esak masa berbual cerita nak semakin dekat dengan Allah dan kisah mula-mula berhijab.
“Macam-macam difikirkan masa tu. Katanya saya pohon kekuatan darinya. Saya dan semua menangis bersamanya. Dari muda tau ustaz saya niat ya Allah saya nak dekat pada Allah. Saya selalu sangat tengok dakwah ustaz di bawah jambatan pada anak muda.
“Saya gembira jumpa ustaz sangat. Beliau sangat kuat. Allahuakbar. Kagum pada semua ibu diluar sana yang begitu kuat melalui hidup ini. Saya kata padanya semua ujian ini cuma kerana Allah sayang.
“Baik sangat orangnya,rendah diri dan suka dengar nasihat. Allahuakbar. Allah sayang padanya. Semoga bahagia sehingga syurga,” tulisnya.
Erra turut disoal sekiranya hari ini merupakan detik terakhir untuk hidup, apakah nasihat untuk permata hatinya, Aleesya.
“Tadi beliau bawa anaknya Engku Aleesya. Cantik sepertinya. Saya tanya padanya apa yang buatnya kuat. Katanya saat berdoa dan menangis minta pertolongannya.
“Saya kata jika hari ini hari terakhir dalam hidup Erra. Katalah tidak ada lagi esok dalam hidup Erra apa ingin katakan atau nasihatkan Aleesya dan buat ibubapa Erra.. Kita rekodkan di rancangan ini ‘a bit with ebit’ tv alhijrah buat nasihat buat semua di luar sana.
“Katanya “wahai anakkku Aleesya, jadilah anak yang jaga solat. Jadi orang baik. Dekat dengan Allah. Kerana kita semua hamba Allah. Satu hari kita akan mati. Kita akan dapat bersama dalam syurga jika kita menjadi hamba Allah yang baik.
“Masa tu Aleesya pun sebak menangis. Buat ibuayah terima kaseh kerana doa mak ayah dan saya nak jadi anak solehah..maafkan kekurangan diri anakmu ini.
“Masa bagi buku isteriku bidadari padanya. Ustaz tolong sign. Ustaz tangan kiri sangat baik dan kreatif ni. Allah sayang Era dan anak serta ibubapanya. Tahniah menjadi contoh yang baik buat masyarakat diluar sana. Wanita dan ibu yang kuat.
“Jangan lupa tonton rancangan a bit with ebit di tv alhijrah.”
Tidak mampu berpisah walau ke mana, gelagat pasangan romantis, Fattah Amin dan Fazura cukup menggelikan hati.
Menerusi komen sekeping gambar di laman Instagram It All About Fazura yang menampilkan Fattah photobomb isterinya sedang berswafoto, ulas Fazura, suaminya harus ada walau apa dilakukan.
“Saya tetap nak hubsbaby ada. Keluar ke pergi toilet pun rindu kan?”
Pelakon senior dan usahawan, Datuk Seri Shah Rezza beberapa jam lalu ada memuat naik sekeping fotonya di pusara Wan Hassan Ibrahim.
Allahyarham merupakan bekas pemain bola sepak negara sekitar 70-an dan pernah mendapat jolokan ‘Soh Chin Aun Kelantan’ pada zaman kegemilangannya.
Menerusi ruangan kapsyen, bintang tersebut ada menitipkan dedikasi dan sedekahkan al-Fatihah atas pemergian Allahyarham.
“Al Fatihah buat seorang Yang pernah menjadi Abang kepada Saya walaupun berlainan Ibubapa… Semuga Wan Hassan Ibrahim Bekas Pemain Bolasepak Negara 70’s Yang pernah digelar ‘Soh Chin Aun Kelantan’ tenang disana…,” tulisnya.
Pelakon dan pengacara Janna Nick memohon orang ramai agar tidak terlalu menzahirkan rasa simpati terhadap dirinya dan suami, Dini Schatzmann, meskipun mereka masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.