Selebriti yang juga pengasas Naelofar Hijab, Noor Neelofa mendedahkan dia pernah ditertawakan beberapa individu luar negara sejurus menyatakan impian untuk membina legasi perniagaan sendiri.
Menjadikan situasi tersebut sebagai antara momen yang paling diingati, hos Next To Neelofa itu bagaimanapun kini mampu bersyukur apabila jenama Naelofar yang diusahakan kini sudah sedekad.
“Saya rasa macam mimpi apabila perniagaan yang saya dan keluarga usahakan dah berusia 10 tahun. Mimpi ini juga yang saya selitkan dalam doa saya.
“Saya masih ingat pada tahun 2014, ketika itu saya ambil ‘short course’ di Los Angeles, ketika itu saya masih belum ada perniagaan Naelofar.
“Waktu dalam kelas, mereka bertanya kepada semua pelajar antarabangsa, ada dari Hong Kong, Brazil, London, Belgium… Keluar soalan mengenai apa yang dimahukan?
“Saya menjawab saya mahu tubuhkan legasi saya sendiri, legasi perniagaan. Ketika itu, mereka gelakkan saya dalam kelas itu lalu saya pun terdiam.
“Saya tertanya, kenapa mereka ketawa? Di tahun yang saya juga, tertubuhnya Naelofar. Apabila teringat momen terbabit, saya rasa bersyukur.
“Alhamdulillah, Allah bagi juga rezeki untuk saya ada satu legasi, kini dah 10 tahun, yang mana ia akan terus didoakan supaya dikurniakan kejayaan.
“Rezeki ini bukan saya sahaja yang dapat rasa, malah keseluruhan keluarga saya yang terlibat, secara langsung dan tidak langsung.
“Adik beradik, saudara mara serta orang di sekeliling seperti team, staf, stokis dan ramai lagi,” katanya.
Ads
Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran ‘Stroller’ Bayi Edisi Terhad Timeless Elegance by Hamilton di Pavilion Bukit Jalil, baru-baru ini.
Ibu kepada dua cahaya mata ini juga turut akui dia hanya menggunakan duit sendiri serta meminjam wang keluarga untuk membina legasi perniagaan.
“Saya rasa bersyukur, sejak hari pertama perniagaan ditubuhkan, kami menggunakan modal dan keuntungan sendiri.
“Syarikat tidak pernah ambil apa-apa geran atau ‘loan’, modal sepenuhnya daripada keluarga dan duit sendiri.
“Ada juga beberapa kali diberi peluang untuk diberikan geran, namun ia tidak terjadi. Jadi modal perniagaan itu dipusingkan semula hingga sekarang.
“Walaupun ketika itu saya tiada sumber pendapatan yang masih kukuh, namun syukur Alhamdulillah segalanya dipermudahkan untuk tubuhkan syarikat.
Ads
“Ingat lagi, saya jual kereta pertama saya, kakak saya Nabila jual apartment dia, pinjam duit Ameera buat riviu… Semuanya dikumpulan untuk dijadikan modal.
“Begitulah kami buat modal, proses untuk tubuhkan Naelofar,” katanya lagi.
Ditanya mengenai cabaran yang dilakuinya sepanjang 10 tahun mengusahakan jenama berkenaan, Neelofa menyifatkan dirinya bertuah kerana mempunyai keluarga yang tidak jemu menyokong.
“Saya bersyukur apabila keluarga saya ada. Mereka sentiasa memberikan sokongan kepada saya dan perniagaan apabula berada di fasa goyah.
Ads
“Saya ingat kembali ada juga momen ‘goyang’ dalam perniagaan, tapi perkara itu tidak saya kongsikan kepada umum. Apa yang dipamerkan kebanyakkan yang indah.
“Namun ketika di saat goyah itu, keluarga yang ada bersama dan terus memberi sokongan. Mungkin tanpa mereka, saya akan terus ‘goyang’.
“Bersyukur keluarga sama-sama bantu kukuhkan perniagaan. Walaupun ada saat-saat ‘goyah’ itu, jualan, ‘demand’ tetap tinggi daripada pelanggan.
Kalau pasukan saya ‘collapse’, sangat sayang dan rugi,” katanya lagi.
Sementara itu, Neelofa yang wajah wakilan bagi jenama kelengkapan bayi terkenal itu hadir bagi sama-sama merasmikan ‘stroller’ bayi edisi terhad Timeless Elegance.
Ia hadir menerusi tiga warna yang menarik, bersama hiasan corak yang bermotifkan elemen batik kontemporari.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tak kering gusi melihat gelagat Datuk Aliff Syukri mengusik ibunya, Rozita Ibrahim.
Menerusi posting terbaru, Rozita menyifatkan anaknya riak apabila turut menyelitkan harga bersama hadiah yang diberi.
Gurauan anak beranak ini ternyata mencuit hati netizen. Apatah lagi apabila Aliff asyik tersalah kira jumlah harga sehingga terpaksa dibetulkan oleh isteri, Datin Shahida.
“Saya beli banyak sangat beg mak saya. Beg ni harga di RM18 ,000. Riaknya. Cepatlah, buka, buka, buka. Semalam mak tengok kat Ig, laki ko bagi ko hadiah. Kita kenalah balance. Takkan bini je nak mewah kan. Mak pun nak mewah juga.”
Walaupun enggan, namun usahawan terkenal ini tetap memaksa dan menambah satu lagi hadiah beg mewah berharga RM12,000.
“Ini dua ya hadiah dia. 18 tambah 12, jadi RM35,000. Eh RM40,000, RM30,000 laaaa,” memulakan kembali kiraan dan terpaksa dibetulkan oleh isteri, Datin Shahida.
“Gini lah dia sebenarnya suka mengempil dn tunjuk sayang kasi macam2 kat Maknya ..Sy x pakai pun sebenarnya..Kalau sy xpakai bebel ayoooo..Dia kata beg sy kipling cikai ..ehh tu abg aji bagi Mak hargai tau..tu je dia mampu..!!
“Masa nu Kenduri kawin sedara suami sy sempat lagi dia kasi hadiah sbb semalam baru lepas hadiah ida siang esoknya sy pulak
“ Baiknya ko syukri..!! Hadiah kat mak siap cakap harga lagi.. ko ingat Mak ni netizen ke ko nak menunjuk sgt kat mak ni..??!! ( sy gurau kasar dgn anak2.)” ulas Rozita.
Menurutnya lagi, walaupun anak lelakinya ini disifatkan sebagai riak, namun hanya keluarga terdekat memahami sisi penyayang Aliff dan meminta agar netizen dapat memaafkan anaknya andai bercakap besar.
“Walaupun anak sy ni borak2 riak tapi perangainya sgt penyayang dn mulutnya yg sgt suka cabul kehormatan org dia xkira sape Mak ke nenek ke ..( niat dia kami je faham..org luar xfaham)
“Jadi maafkan lah anak sy..Sy dh lama maafkan dia sbb sy dh tahu dari perut ini lah perangai dia..!!!”
Malah, pengasas Sendayu Tinggi ini turut berdoa agar anaknya mencapai usia matang apabila menjelang 30 tahun nanti.
“Suka menyakat pada dia semua bahan tu adalah lawak.. umur 30an ialah tempoh yg akan matangkan dia insya Allah x lama lagi.. syg semua anak doa yg x putus taat lah pd Allah dn kerjakan solat.!!!!
“Tkasih banyak2 walaupun mak orang hutan.!! Mak x perlu beg mahal ?.. sbb yg melihat mak tu hanyalah monyet.. burung..katak sahaja.!!
“Mak jarang pergi event yg mewah.. dn mak x perlu beg tangan mahal pun.. mak hanya kenal dunia hutan dn sesuai pakaian org dok hutan.. sbb tu mak suka kri cakap Mak JUNGLE PEOPLE.. okay orite thank you!!”
‘Dengarkanlah Di Sepanjang Malam Aku Berdoa
Bersujud Dan Lalu Aku Meminta
Semoga Kita Bersama…’
Bait-bait lirik lagu ini pastinya tidak asing lagi buat kebanyakan daripada kita. Malah ada yang menyifatkan lirik berkenaan telah menghantui hidup mereka dek kerana selalu mendengarnya di media sosial.
Bagi penyanyinya, Raffa Affar atau nama sebenarnya Raffa Aldiansyah, 20, lagu berjudul Cinta Sampai Mati itu membawa tuah kerana melonjakkan namanya bukan hanya di Indonesia, tetapi juga di Malaysia.
Pemuda kelahiran Depok, Jawa Barat itu juga menyifatkan kelahiran single sulung itu ibarat mimpi yang menjadi nyata.
“Sebelum ini, saya sering membawakan genre lagu-lagu yang berkonsepkan ketuhanan mahupun selawat serta nasyid.
“Selain itu, saya ada juga menyanyikan lagu popular penyanyi lain dan dimuat turun ke dalam akaun media sosial.
“Bila sering menyanyikan lagu popular, saya juga berharap mempunyai lagu yang boleh hits dan ternyata impian itu menjadi kenyataan,” katanya.
Tambah Raffa, pada asalnya, single ini diberi judul Dengarkanlah oleh penulis lirik sebelum diputuskan oleh label Botram Media Entertainment untuk judul yang lebih universal.
“Pihak rakaman berharap lagu ini dapat disampaikan mesejnya yang mempunyai maksud cinta kepada kedua ibu bapa yang masih ada mahupun yang telah tiada.
“Lagu ini sebenarnya tidak terhadap kepada pasangan sahaja tetapi juga kepada keluarga,” ujarnya mengenai lagu ciptaan Ayu Rizki Yani, isteri kepada Dodhy gitaris kumpulan Kangen Band.
Lagu ini dilancarkan di bawah label muzik Hayat Kreatif Studio untuk pasaran Malaysia, Brunei serta Singapura manakala untuk pasaran di Indonesia dan lain-lain negara dilancarkan di bawah label muzik Botram Media Entertainment.
Sama seperti penyanyi baru lain, tiada apa yang diharapkan Raffa selain kehadirannya dan lagu tersebut mampu memberi nuansa baru kepada industri muzik sama ada di Malaysia mahupun Indonesia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Raffa Affar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi yang kini bersaing di Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Aliff Aziz akui gembira selepas berjaya meneruskan saingan di program berkenaan minggu hadapan.
Menurut Aliff, dia percaya semua bintang yang bertanding sudah melakukan yang terbaik dan kejayaan yang diraihnya semalam adalah rezeki.
Dihoskan Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.
“Semua sudah buat yang terbaik, mungkin rezeki saya pada malam ini. Apa pun saya rasa gembira untuk mara dan buat persembahan pada konsert seterusnya,” katanya.
Ditanya harapan tinggi peminat selepas berjaya meraih markah tertinggi untuk dua minggu berturut-turut, penyanyi lagu Sayang-Sayang ini menyifatkan ia sebagai pemangkin semangat.
“Saya rasa bila orang nak melihat kita buat yang terbaik adalah satu cabaran yang bagus sebab ia beri kita semangat untuk mahu terus memberikan yang lebih lagi. Yang penting kita suka dengan apa yang dilakukan dan jangan pernah letih untuk usaha.
“Dapat mara ke peringkat seterusnya pun saya bersyukur. Alhamdulillah markah yang diterima ialah satu bonus yang membuatkan saya untuk buat yang lebih baik selepas ini, insya-Allah,” katanya.
Aliff bakal membuat persembahan menerusi lagu Kasihnya Laila yang dipopularkan oleh Jinbara, minggu depan.
“Genre yang 360 darjah berbeza dengan apa yang pernah saya bawakan sebelum ini. Tapi inilah yang seronoknya menerusi GV.
“Kita perlu melakukan persembahan di luar zon selesa demi belajar sesuatu yang baru. Kalau kita nak nyanyi lagu kita saja susah juga,” katanya lagi.
GV musim ini menampilkan Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Azrul Rafie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pempengaruh, Kim Raymond yang kembali bergelar isteri selepas selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya, Zahir Omar pada Khamis.
Tampak berseri, bekas isteri...