Menewaskan aktres Amyra Rosli seperti yang dijangka penonton, Janna Nick sekali lagi tampil mengekalkan gelaran Aktres Pilihan dalam  Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2019) yang berlangsug di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.

“Saya pun tak sangka bila nama saya diumumkan sebagai akstres pilihan. Saya ingatkan heroin Nur, Amyra Rosli sedangkan saya dah cakap dengan dia ‘tahniah’ sebelum kategori aktres pilihan,” kata Janna terkejut. 

Pendukung watak utama menerusi drama Leftenan Zana ini juga tidak menafikan sokongan peminat juga penting selain doa berterusan dari ibu bapa.

“Ingat Amyra Menang,”- Janna Nick Terkejut Diumum Aktres Pilihan, Kekalkan Gelaran Kesekian Kalinya…

“Bagi saya, peminat akan berikan yang terbaik kalau kita komited dan ikhlas terhadap apa yang dilakukan. Keikhlasan itu membuatkan mereka sanggup bersengkang mata mengundi kita,” jelas Janna.

“Jadi pastinya, sokongan peminat saya dalam kategori ini sangatlah besar juga. Malah rasanya mereka pun mahu lihat saya untuk rangkul anugerah ini sekali lagi.

IKLAN

“Terima kasih atas sokongan dan ini juga merupakan signal untuk saya buat yang lebih baik pada mada depan,” jelas Janna yang pernah memenagi tiga anugerah sama iaitu Kau Aku Kita (2016), Biar Aku JAdi Penunggu (2018) dan Semerah Cinta Humairah (2019). 

Dalam perkembangan lain, Janna kini sedang sibuk melakukan pengambaran Cari Aku Di Syurga bagi slot Samarinda yang akan ditayangkan Ramadan nanti.

Berikut adalah senarai nama pemenang DFKL tahun ini:

Drama Pilihan : Nur

IKLAN

Pengarah Pilihan : Shahrulezad Mohamed Din (Nur)

Aktor Pilihan : Syafiq Kyle (Nur)

Aktres Pilihan : Janna Nick (Semerah Cinta Humairah)

Pasangan Pilihan : Syafiq Kyle dan Amyra Rosli (Nur)

IKLAN

Antagonis Pilihan : Azhan Rani (Nur)

Penulis Skrip Pilihan : Shahrulezad Mohameddin (Nur)

Lagu Tema Pilihan: Jatuh Bangun (Shah & Zam)

Drama Pendek Pilihan:Orang Kita

Drama Rantaian Bahasa Cina : My Sensei Nyonya (Mediacorporation Studio (M) Sdn Bhd)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI