Penyanyi Zizi Kirana mengakui foto bertudung yang dikongsikan menerusi Instagram beberapa hari lalu merupakan antara entri yang paling banyak menerima komen netizen.
Malah rata-rata komen yang ditinggalkannya juga kebanyakan berunsur positif.
“Saya terima lebih 2,000 komen daripada pengikut dan paling mengejutkan, buat pertama kalinya, hampir kesemua komen adalah positif.
“Jadi, saya pandang setiap pendapat warganet ini dari sudut positif yang mahukan kebaikan untuk diri saya,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.
Ads
Sementara itu, bintang kelahiran Sabah yang kini muncul menerusi single barunya bersama Altimet, Pendekar Pena itu juga turut berterima kasih atas pujian ramai terhadap foto sama.
Pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah ada berkongsi kapsyen lucu di Instagram berkenaan dengan rekaan busananya yang dipakai di sebuah majlis anjuran usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri semalam.
Katanya, dia ada menghubungi penyanyi antarabangsa, Jennifer Loperz menerusi bagi mendapatkan baju yang hampir sama dengan penyanyi lagu Im Real itu.
“Aku Dm Jlo beli mana baju tu?
Nasib baik dia jawab..Dapatlaa pakai event Dato seri aliff Syukri.
Nanti baju jlo masa buat show lain akan menyusul …bila perut ada 6 pack
Memang tak laaaaa. 6 paket ais ada. Tq @ooicouture,” tulisnya.
Terbaru, penyanyi Sufian Suhaimi telah berkongsi berita gembira bersama peminatnya di akaun Instagram miliknya.
Kongsi Sufian, muzik video lagu Dimatamu kini telah diiktiraf oleh ‘Malaysia Book Of Records’ hari ini setelah meraih lebih 50 juta tontonan di YouTube.
Menurut sumber laman sesawang ‘Malaysia Book Of Records’, muzik video lagu Dimatamu itu merupakan sebuah muzik video yang meraih tontonan tertinggi di YouTube bagi kategori muzik video lagu Bahasa Malaysia.
Lantas, penyanyi yang berusia 27 tahun itu berasa terharu dengan sokongan daripada peminatnya yang tidak henti-henti menyokong kerjayanya sebagai anak seni.
“SUFIAN SUHAIMI DIIKTIRAF DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS”
“Alhamdulillah atas pengiktirafan ini. Terima kasih kepada sahabat @sirkhandanial dan @ibnu_rinkarnaen yang berhempas pulas mencipta lagu sedih #DiMatamu yang cukup dekat dengan pendengar muzik Malaysia.”
“Sesungguhnya Allah itu maha adil. Adil meletakkan kebahagiaan dalam bentuk berbeza dan tak disangka. Buat keluarga, sahabat, peminat dan seluruh yang mengenali saya, semoga kebaikan kalian dibalas dengan kebaikan. InsyaAllah satu sidang media akan diadakan untuk berita baik ini.”
“Jemputan akan diedarkan kepada rakan media. Terima kasih semua. Terima kasih Allah. . @encikdanny: @firzhafizsabrand .#sufiansuhaimi #dimatamu#malaysiabookofrecords@ariesmusicpro @sirkhandanial@ibnu_rinkarnaen@malaysiabookofrecords”tulisnya.
Aktres jelita, Anzalna Nasir yang juga merupakan isteri kepada usahawan, Hanif Zaki akhirnya secara rasmi mengumumkan bahawa jantina bayi kandungannya adalah lelaki.
Menurut Anzalna, dia berasa amat teruja kerana sudah lama keluarganya menantikan kelahiran cahaya mata lelaki.
“Saya amat teruja sebab Hanif pun nak anak lelaki. Lagi pun family Anzalna ramai perempuan perempuan takda lelaki. Memang kaya perempuan belah Anzalna ni.
“Bila saya dapat tahu yang saya bakal melahirkan anak lelaki, saya sendiri terkejut. Syukur alhamdulillah dan ini semua rezeki.
“Jadi, selepas ini saya tak takut dah nak mengandung lagi,” katanya kepada MH.
Pengumuman tersebut dibuat di Majlis Anzalna Nasir’s Baby Gender Reveal dan pelancaran rangkaian produk istimewa Ommey by NR bertempat di Majestic Hotel, Kuala Lumpur pada Khamis.
Ketika ditanya bilakah jangkaan masa Anzalna bakal melahirkan bayi tersebut, ini jawapan pelakon drama Memori Cinta Suraya itu.
“Saya dan suami memutuskan untuk bersalin di hospital Gleneagles.
“Ini baby raya. Menurut doktor, sekiranya bayi ini dilahirkan secara pembedahan, ia akan dijalankan pada hari raya pertama dan jika bersalin secara normal, insyaAllah seminggu selepas raya,” jelasnya lagi.
Bercerita mengenai nama anak, Anzalna memutuskan untuk mendapatkan pandangan daripada seluruh ahli keluarganya.
“Nama baby ni bukan kami yang pilih tapi daripada keluarga.
“Kami akan minta pendapat daripada keluarga dan siapa yang berikan nama paling sedap dia akan dapat hadiah,” selorohnya.
Buat pengetahuan, usia kandungan Anzalna kini telahpun menjangkau 34 minggu.
Terdahulu, Anzalna yang juga merupakan bekas finalist Dewi Remaja 2009/10 telah melangsungkan perkahwinannya bersama Hanif Zaki pada tanggal 22 Februari 2016.
Hi, guys! Sekarang ini MH berada Majestic Hotel, Kuala Lumpur untuk pengumuman jantina kandungan pelakon, Anzalna Nasir dan pengumuman istimewa produk bayi Ommey by NR
All Star Championship (ASC) 2026 bukan sekadar menghimpunkan influencer untuk beradu kekuatan di gelanggang, sebaliknya menjadi platform yang menggabungkan sukan, kandungan digital, hiburan dan...